PelikBinAjaib.com



Tips Panduan peperiksaan bertulis Penguasa Kastam Gred WK1-1

Tips Panduan Peperiksaan bertulis Penguasa Kastam Gred WK1-1 ~ Sekiranya Anda bertanya mengenai jawatan Penguasa Kastam dengan skim gred baru WK1-1. Secara asasnya ianya adalah jawatan yang harus melalui peperiksaan penilaian yang sama seperti Pegawai Tadbir Diplomatik.

Buat pengetahuan Anda peperiksaan bertulis penguasa kastam gred wk1-1 ni lebih kurang sama saja seperti peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang diadakan setiap tahun sebelum ini. Cuma, ianya ada sedikit perbezaan. Lihat di sini ~ Panduan Lengkap peperiksaan bertulis Penguasa Kastam Gred WK1-1

Untuk peperiksanaan bertulis PTD, soalan-soalan terdiri daripada 5 seksyen iaitu:

Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C – Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Esei-esei.
Seksyen D – Esei Bahasa Melayu.
Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris.
Seksyen F – Sahsiah Diri

Dalam peperiksaan bertulis penguasa kastam gred wk1-1 ini, soalan-soalan terdiri dari 4 seksyen sahaja iaitu:

Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen D – Esei Bahasa Melayu.
Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris.
Seksyen F – Sahsiah Diri

tips panduan peperiksaan bertulis penguasa kastam gred wk1-1

Untuk kali ini tiada ambilan terus melalui temuduga. Harus melalui semua peringkat penilaian. Mengenai tugas penguasa Kastam pula ianya termasuk dalam cluster ‘Perkhidmatan Kewangan’ dan tugasannya antaranya (daripada edaran rasmi SPA);

  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

Bagaimana pula dengan persediaan untuk peperiksaan Penguasa Kastam ini? Persediaan yang sama seperti peperiksaan bertulis yang lain dengan format yang tidak jauh bezanya. Ianya merangkumi;

  • Pengetahuan Am
  • Daya menyelesaikan masalah
  • Esei Bahasa Melayu
  • Esei Bahasa Inggeris

Cumanya pada seksyen pengetahuan Am akan ada tambahan sedikit isu berkaitan seperti peperiksaan Pengawai Anti Dadah yang lepas. Jadi untuk persediaan kali ini, ambil tahu isu berkaitan kastam.

Adakah anda dipanggil menduduki peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1 pada 4 Februari ini? Anda perlukan Rujukan ini ~ Panduan Lengkap peperiksaan bertulis Penguasa Kastam Gred WK1-1

Tips Panduan Peperiksaan bertulis Penguasa Kastam Gred WK1-1

VN:F [1.9.15_1155]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.15_1155]
Rating: 0 (from 0 votes)

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: tips-tips

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsor