Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Semak status perkahwinan

Semak status perkahwinan – Bagaimana hendak buat semakan status perkahwinan online? Buat masa sekarang masih belum ada fungsi atau perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara untuk semak status perkahwinan online. Admin faham kenapa dan tujuan anda untuk semak status perkahwinan online nie. Hehe..

semak status perkahwinanBanyak kejadian yang berlaku terutamanya kepada wanita yang sedang bercinta tiba-tiba dapat tahu bahawa kekasihnya adalah suami orang. Mungkin ada di kalangan pembaca blog www.PelikBinAjaib.com sendiri pernah menghadapi situasi seperti itu. Mesti anda rasa marah setelah mendapat tahu si dia kekasih hati, rupa-rupanya milik orang. Lebih menambah kemarahan di hati apabila mengetahui si dia sudahpun berumahtangga dan mempunyai cahaya mata.

Yelahkan, kenapa dia tidak beritahu awal. Bila sudah jatuh cinta dan hampir ke jinjang pelamin baru dapat tahu perkara tersebut. Hal ini pernah berlaku kepada kakak kawan Admin sendiri. Lagi seminggu hendak berkahwin kemudian ada orang beritahu bahawa bakal suaminya sudah berkahwin. Dalam perkara seperti ini kadang-kadang bukan masalah dia kahwin itu sangat yang menjadi persoalan, kadang-kadang ada wanita yang tidak kisah itu semua. Cuma masalahnya si dia menipu Anda dan tidak jujur.

Jadi untuk mengelakkan daripada hal seperti itu berlaku, anda perlu mengambil langkah awal untuk kenali hati budi kekasih Anda. Antara cara yang mudah di fikiran anda sekarang adalah dengan buat semakan status perkahwinan si dia. Malang sekali buat masa sekarang perkhidmatan semak status perkahwinan online belum diwujudkan lagi. Itu yang menyukarkan sedikit proses penyiasatan anda.

Selain itu untuk semak status perkahwinan secara terus di pejabat agama, pun agak sukar. Anda perlu tahu di mana dia bernikah. Tambahan pula pejabat agama yang Anda pergi itu tiada link maklumat status perkahwinan dengan seluruh pejabat agama negeri lain. Selain JPN, anda boleh semak terus dengan majikan tempat dia bekerja. Kalau dia seorang pasukan beruniform, lagi senang nak semak status perkahwinan dengan majikannya. Selalunya maklumat peribadi yang terkini memang akan selalu direkod oleh HR.

Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengetahui status perkahwinan seseorang, sebab itu dalam adat perkahwinan itu sendiri adanya risik, kemudian bertunang dan baru berkahwin. Jadi tak salah untuk anda merisik status kekasih anda. Satu lagi cara untuk ketahui ialah dengan berjumpa dengan ketua khariah tempat tinggal kekasih Anda. Admin cadangkan cara ini sebab masa Admin dalam proses nak bernikah dulu kena minta cop dan tandatangan khariah kampung. Jadi dia mesti ada rekod semua penduduk kampung yang datang mendapatlan tandatangan pengesahan status daripada beliau.

Di samping itu juga, Admin nak kongsikan cara-cara dan tips mengenali pasangan anda sama ada lelaki sudah kahwin atau belum serta bagaimana mengesan keperibadian yang tersurat pada diri seorang lelaki menerusi sikap dan tingkah lakunya:

1. Cuba alih renungan wajahnya

Sewaktu berbual, si dia cuba mengelak daripada memandang tepat ke wajah anda kerana bimbang pembohongannya dapat dikesan. Kata orang, apabila seseorang telah melakukan kesalahan, hatinya akan berasa resah bagai tidak menentu apabila berbicara.

Tak rugi jika anda luangkan sedikit wang untuk menghadiri kursus NLP, bagi menguasai teknik-teknik mengenali seseorang melalui tingkah-laku dan bahasa badan ketika berbicara.

2. Elak berjumpa di tempat awam

Si dia jarang mengajak anda keluar makan bersama di kawasan yang terbuka seperti pusat beli-belah atau di restoran. Perbuatan ini dilakukan kerana si dia khuatir sekiranya tindakan itu akan dikesan oleh orang lain yang mengenali dirinya.

Bagi menjaga statusnya sebagai suami atau kekasih orang, si dia sanggup membeli sahaja makanan dan menikmatinya di dalam kereta.

3. Bola mata tidak ketentuan

Ketika anda dan si dia sedang menikmati kemesraan kala berjumpa, posisi bola matanya dilihat tidak tentu arah. Sekejap ke kanan dan beralih pula ke kiri bagai memerhati dunia di sekeliling.

Ini mungkin kerana si dia bimbang terserempak dengan rakan-rakannya atau saudara mara kekasih mahupun isterinya.

4. Sukar untuk dihubungi

Setiap kali menelefonnya, si dia sentiasa sibuk atau mungkin berada di luar kawasan liputan. Si dia kerap kali sukar dihubungi melalui telefon bimbitnya walaupun menggunakan dua atau lebih daripada satu talian telefon. Ini kerana si dia hendak menyembunyikan rahsianya daripada terbongkar.

5. Merahsiakan alamat dan nombor telefon rumahnya

Anda tidak pernah diberitahu di mana si dia tinggal, tempat kerjanya dan nombor telefon rumahnya. Segala maklumat penting itu seolah-olah ingin dirahsiakan daripada kamu.

Paling ketara, sewaktu si dia berada di rumah. Intonasi ketika berbual menerusi telefon amat berbeza. Si dia tiba-tiba mengubah topik perbualan dan meletakkannya dengan cepat.

6. Elak berjumpa orang tuanya

Si dia yang telah pun berpunya juga tidak pernah atau tidak akan sesekali menjemput anda datang ke rumahnya atau berjumpa dengan orang tuanya. Ini kerana dia bimbang, rahsianya akan terbongkar.

7. Pengalamannya begitu luar biasa

Pengetahuan tentang isi hati wanita agak luar biasa kerana dia memiliki banyak pengalaman berdampingan dengan wanita lain. Pandai memujuk dan bijak menyelongkar rahsia dalaman wanita, antara kelebihan yang ada pada dirinya.

8. Alert! ‘Kegatalan’ yang melampau

Sewaktu bersama anda, si dia berani melakukan sesuatu tanpa disedari. Ini kerana si dia mungkin dikongkong oleh teman wanita atau isterinya. Oleh itu, anda seharusnya berhati-hati dan ambil tindakan berjaga-jaga dengan sikap lelaki yang seperti ini.

9. Masa yang terhad

Disebabkan banyak komitmen yang perlu ditunaikan, si dia begitu sukar untuk bertemu dan meluangkan masa berbual di telefon.

Menyedari masalah itu, kamu pula yang terpaksa mengikut masa yang dia tetapkan. Alasannya, dia sibuk, sedangkan dia sebenarnya menemani wanita lain, mungkin temanita ataupun isteri dan anak-anaknya sendiri!

10. Menjauhi perbualan telefon

Bila telefonnya berdering, si dia akan beredar ajak jauh daripada anda atas alasan takut perbualannya didengari. Untuk menyelamatkan diri, dia sanggup berjalan jauh.

Demikian antara cara-cara yang dapat anda praktikkan buat masa sekarang. Sementara menunggu perkhidmatan semak status perkahwinan online diwujudkan (entah bila), bolehlah anda guna pakai cara-cara yang Admin sebutkan di atas.

Admin faham, anda bukannya tidak percaya kekasih Anda, tetapi sekurang-kurangnya anda dapat buang keraguan di hati anda setelah mengetahui status sebenar si dia. Takut kalau-kalau bercinta dengan suami orang pula.

Apa yang hendak anda risaukan, sebelum perhubungan menjadi lebih rapat, lebih baik Anda bertanya terus kepada dia: Awak dah kahwin ke belum? Pernah kahwin tak sebelum ini?. Apa salahnya? Bukankah cara itu lebih mudah? Tak perlu anda bersusah-payah lagi untuk lakukan seperti yang Admin sarankan di atas. Betul tak?

Betul bagi sesetengah orang, namun bagi orang lain dia mahu kekasihnya sendiri beritahu tanpa diminta. Yang nie susah sikit. Last-last hati sendiri yang merana. Fikir-fikirkanlah.

Admin rasa setakat ini dahulu perkongsian Admin kali ini. Sekian.

PS: Kalau laman web perkhidmatan semak status perkahwinan online ini wujud. Admin rasa la kan terus jem website tu. Haha, sebab ramai sangat orang nak buat semakan dan periksa status perkahwinan. Kalau boleh setiap orang di pejabat dia nak semak. Kalau semak sekali tak apa juga. Ini berkali-kali semata-mata inginkan kepastian. Erm.. mungkin itu salah satu sebab kenapa perkhidmatan semak status perkahwinan ini tidak diwujudkan sampai sekarang.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: tips-tips

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com