Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Kuku rosak – Tips penjagaan kuku dan cara merawat kuku rosak

Kuku rosak – Tips penjagaan kuku dan cara merawat kuku rosak. Erm, berapa kali Anda potong kuku? Admin potong kuku seminggu sekali iaitu pada siang hari Jumaat. Kena jaga kebersihan kuku kita sebab setiap hari kita makan kan? So, kalau ada kekotoran di celah-celah kuku tu kenalah cuci, senang potong terus. Bukan apa, risau kotoran di celah kuku tu masuk dalam makanan yang kita makan.

Sedar tidak sedar kuku manusia nie banyak juga fungsinya, antara fungsi popular adalah digunakan untuk menggaru bahagian yang gatal selain daripada mencubit ‘mangsa’. Kalau kuku tu tajam maka kesan kotoran hasil aktiviti garu pun melekat celah kuku. Itu baru kuku sendiri, bila dah ada anak nanti kena jaga kebersihan kuku anak pula, kuku tangan dan kuku kaki.

Jadi untuk menambah pengetahuan Anda mengenai penjagaan kuku nie, di bawah ini Admin bawakan satu artikel tentang tips penjagaan kuku. Kalau ada kuku rosak boleh ikut cara rawatan kuku rosak dalam artikel nie:

Kuku – Kenali kuku Anda

Kuku rosak - Tips penjagaan kuku dan cara merawat kuku rosakKuku adalah keratin protein yang juga boleh ditemui dalam kulit dan rambut. Kuku terbahagi kepada beberapa bahagian:

  1. Nail Plate (lapisan kuku paling atas) – Bahagian yang jelas dilihat pada kuku jari dan kaki.

  2. Nail Bed dan matrix – Kawasan di bawah kulit kuku (cuticle), bahagian kuku yang tersembunyi ketika proses pertumbuhan kuku.
  3. Lunula – Sebahagian daripada matrix dan ia berwarna putih. Berbentuk seperti bulan sabit di bahagian pangkal kuku dan jelas dilihat di ibu jari.
  4. Kulit kuku (cuticle) – Tisu yang bertindan antara lapisan pangkal dan bingkai kuku.
  5. Lekuk kuku (nail folds) – Lekuk kulit yang membingkai dan menyokong kuku dari tiga arah.

Kuku Rosak

Ada banyak faktor menyebabkan kuku tidak sihat. Selain trauma kecederaan atau tabiat menggigit kuku, jangkitan juga boleh menjadi satu faktor mengapa kuku tidak sihat.

Kuku juga mudah dijangkiti fungus atau kulat, terutama pada kaki yang sering memakai kasut. Persekitaran gelap, lembap dan hangat adalah ciri utama menggalakkan pembiakan kulat. Fungus pada kuku menyebabkan perubahan warna, tekstur dan bentuk kuku. Jangkitan bakteria boleh menyebabkan perubahan warna dan jika jangkitan itu serius anda mungkin hilang ‘nail plate’ (lapisan kuku paling atas).

Untuk mengelak serangan fungus atau jangkitan semula, beberapa panduan boleh diikuti seperti:

  • Memastikan kuku sentiasa pendek, kering dan bersih. Potong kuku kaki melintang dan buang bahagian keras pada hujung kuku.

  • Keringkan kaki terutama pada celah jari, setiap kali selepas mandi.
  • Pakai stokin daripada kain kapas yang dapat menyerap peluh dengan baik. Tukar stokin sekerap mungkin, terutama bagi individu yang ada masalah kuat berpeluh.
  • Tanggalkan kasut beberapa kali sehari dan selepas bersenam.
  • Selang-selikan pemakaian kasut bertutup dan bertali.
  • Gunakan semburan atau bedak antifungus pada kaki dan bahagian dalam kasut bagi memastikan kasut sentiasa kering.
  • Pakai sarung tangan getah, khususnya bagi yang banyak terdedah kepada air, seperti pekerja restoran ketika mencuci pinggan.
  • Jangan kopek kulit di sekitar kuku kerana ia menjadi laluan fungsus memasuki badan dan memulakan jangkitan.
  • Basuh tangan setiap kali selepas menyentuh kuku yang dijangkiti kerana jangkitan fungus boleh merebak ke kuku lain.

Namun langkah terbaik ialah mencegah jangkitan. Antaranya ialah memilih kasut yang ada pengudaraan baik. Lembapkan kuku dengan losyen, terutama selepas lama terdedah pada air.

Kuku juga boleh rosak sebagai tanda kaitannya dengan penyakit kronik seperti berikut:

  • Sakit berkaitan hati – Kuku yang berwarna putih

  • Sakit buah pinggang – Kuku yang separuh berwarna pink dan separuh berwarna putih
  • Sakit jantung – Nail bed berwarna merah
  • Sakit paru-paru – Kuku berwarna kuning, tebal dan lambat panjang
  • Kurang darah (anemia) – Kuku berwarna pucat
  • Diabetes – Kuku berwarna kuning dan sedikit kemerahan di pangkalnya

Tip Penjagaan Kuku Tangan dan Kaki

  • Guna losyen tangan lepas selesai membuat kerja rumah seperti membasuh pinggan.

  • Rajin urut cuticles supaya kuku naik dengan baik.
  • Makan banyak buah-buahan dan protein.
  • Ambil makanan tambahan jika rasa pengambilan diet seharian tidak cukup, ia bukan saja untuk kuku tapi untuk seluruh tubuh.
  • Penjagaan kuku kaki dan tangan sedikit berbeza. Kaki haris discrub untuk membuang tumit keras terutama di tumit.
  • Basuh kaki setiap hari menggunakan sabun terutama di celah jari dan keringkan sebaiknya.
  • Jangan potong kuku terlalu pendek dan jangan mengorek cekam kerana ia akan mendatangkan rasa sakit.
  • Jika anda berstokin, tukar setiap hari, jangan pakai stokin yang terlalu ketat atau singkat.
  • Pakai kasut yang sesuai dengan saiz anda. Mereka yang memakai kasut ketat sebenarnya menzalimi kaki sendiri. Kaki yang tersumbat dalam kasut ketat menyebabkan pertumbuhan kuku juga terjejas. Ia akan menyebabkan jangkitan bakteria apatah lagi memakainya dalam masa lama dan kerap.
  • Sesetengah orang cepat berpeluh, justeru pertimbangkan untuk memakai kasut yang diperbuat daripada kulit atau kanvas tapi bukan sintetik. Sandal mungkin sesuai.
  • Bagus jika anda boleh bertukar kasut setiap hari.
  • Sapukan bedak khas untuk kaki.
  • Jika berhadapan dengan masalah cekam yang serius dan membimbangkan, jumpa doktor jangan cuba mengoreknya.

Demikian antara tips penjagaan kuku dan cara merawat kuku rosak yang boleh Anda praktikkan. Apapun dalam menjaga kesihatan ini mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Semoga dengan artikel ini dapat menjadi rujukan berguna untuk kesihatan kuku Anda. Sekian.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: tips-tips

Tags:

RSSComments (1)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. abdur rouf says:

    kuku kai saya sudah rosak , saya nak betulkan , ada ubat tak ?

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com