Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Cara pikat lelaki – Cara memikat hati lelaki

Salam sejahtera, erm.. sebelum ini admin tulis artikel tentang cara nak pikat perempuan, kali ini admin ingin berkongsi pula bersama pembaca blog PelikBinAjaib.Com tentang cara-cara pikat lelaki. :) Siapa lelaki itu? Pembaca jangan fokuskan kepada teman lelaki atau suami sahaja, apabila disebut lelaki ia merangkumi semua lelaki yang kita interaksi di dalam kehidupan seharian sama ada, abang, adik, cikgu, atuk, ayah, ayah mertua dan sebagainya. Mereka semua ini adalah lelaki.

Timbul persoalan: Kenapa perlu memikat hati lelaki? Penting sangatkah untuk memikat lelaki nih? Pada hemat admin, ianya perlu, supaya lelaki senang dengan kita.. bukan bodek ya. Haha, sebagai contoh memikat adalah dengan pujian, admin pasti pembaca sendiri pun suka orang lain memuji diri. Ia menunjukkan keperihatinan dan penghargaan. Itu salah satu cara iaitu dengan PUJIAN.

Selain itu terdapat banyak tips yang boleh anda pelajari mengenai cara memikat lelaki, terutamanya lelaki idaman. Tetapi ‘watch out’ sekiranya lelaki idaman anda itu egonya tinggi, banyak sikit la kena praktikkan cara memikat lelaki ego ini. Untuk memikat hati lelaki, anda perlu mengetahui dahulu mengenai peribadi lelaki tersebut. Bagaimana hendak tahu? Pembaca boleh cek melalui perwatakaan berdasarkan tarikh lahir lelaki itu, kemudian mudahlah untuk pembaca untuk praktikkan tips-tips pikat lelaki di bawah ini. Berikut admin senaraikan beberapa tips dan cara untuk memikat lelaki buat panduan pembaca:

  • Hendaklah sentiasa tersenyum (bukan pura-pura senyum) dan jangan bersikap sombong ketika sedang berinteraksi dengan mereka.
  • Anda haruslah pandai memasak kerana ia merupakan ciri-ciri utama kenapa lelaki mudah terpikat dengan anda. Terutamanya apabila anda pandai memasak makanan kesukaannya.
  • Berpewatakan menarik yang mampu menarik minat mereka.
  • Jujur, amanah dan sentiasa merendah diri. Terutama isteri kepada suami.
  • Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka. Tetapi jangan lakukan perkara yang melampaui batas pergaulan lelaki dan perempuan. Sekadar anda mampu, sebab kadang-kadang lelaki ini suka juga menguji.
  • Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  • Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut. Ala-ala perempuan Melayu terakhir? Tak perlu sehingga tahap itu, cukup sekadar menjadi diri anda sendiri.
  • Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki.
  • Jangan terlalu mengongkong.
  • Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan. Ini menunjukkan kesungguhan dan keselesaan anda ketika bersama mereka.
  • Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki tersebut. (Khas untuk isteri dan suami)
  • Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk “plan” pertama memikat dirinya.
  • Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  • Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  • Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  • Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  • Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  • Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  • Jangan bandingkan “dia” dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali. Oh, ini lelaki yang ego tinggi cukup pantang. Hati-hati..
  • Menjadi temannya ketika dia susah dan senang. Ini akan membuatkan anda menjadi sumber kekuatannya.
  • Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  • Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  • Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  • Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal. Mereka lebih menyukai wajah asli anda.
  • Mengetahui bila hari lahirnya.
  • Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  • Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  • Manja!
  • Jangan terlalu “excited” ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  • Jangan terlalu bersikap “kelakian” dan ganas dalam pergaulan.
  • Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan “perfect”. Kerana menjadikan mereka sukar untuk mendekati anda.
  • Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  • Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  • Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  • Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  • Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  • Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  • Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  • Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  • Jangan bersikap terlalu kuno. Jadi kenalah tahu etika dan isu semasa.
  • Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  • Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  • Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  • Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  • Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada. Ini menjadikan mereka rimas bersama anda.
  • Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati. Bersemangat!
  • Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  • Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  • Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  • Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Bagaimana sekarang? Adakah anda bersedia untuk praktikkan tips-tips di atas.. admin sarankan supaya ulang baca sekali lagi supaya menjadi hadam. Tips-tips di atas bukanlah hendak merubah pembaca menjadi hipokrit, ya.. mungkin ada di antara pembaca berkata: “Alah, buat apa ikut semua nie, jadi diri sendirikan bagus”. Tetapi tips-tips ini jika dipraktikkan mampu menjadikan diri pembaca lebih baik (improve) dari sebelum ini. Betul? Jadi sekiranya pembaca mempunyai idea yang lebih bernas tentang cara-cara pikat lelaki, jangan segan silu untuk berkongsi bersama adamin melalui ruangan komen di bawah. Sekian dahulu.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: tips-tips

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us


    Rating for pelikbinajaib.com