Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib
88 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Cara mudah nak edit gambar guna software edit gambar Percuma

Cara nak edit gambar. Ada banyak cara edit gambar nie, bahkan disediakan juga software edit gambar. Admin selalu edit gambar guna photoshop saja. Sebab dah biasa, tak kiralah gambar yang diedit adalah gambar static atau gambar bergerak-gerak. Kalau edit gambar static Admin selalu guna format .jpg atau .png. Manakala edit gambar bergerak guna format .gif melalui Adobe ImageReady.

Tapi untuk mempelajarinya mengambil masa jugala, oleh sebab itu untuk post ini Admin sediakan tutorial edit gambar menggunakan software edit gambar yang mudah serta ringkas lagi mudah difahami, kan senang.

Info Produk: Jika Anda ingin mempelajari cara edit gambar profesional, Admin sarankan anda rujuk sini ~ http://www.pelikbinajaib.com/rahsiaphotoshop.html
Ebook Fotografi-Ebook Editing Jurugambar Terbongkar

1. Cara edit gambar guna Photoscape:

Download software edit gambar Photoscape secara Percuma di ~ http://photoscape.en.softonic.com/
Di bawah ini adalah video asas untuk newbie tentang cara edit gambar dari halaman website (contoh:Facebook) guna photoscape tanpa perlu muat naik (upload):

2. Cara edit gambar guna Snag it:

Download perisian Snang it di sini ~ http://www.techsmith.com/snagit/default.asp (30 hari versi percubaan)
Dengan menggunakan Snang it Anda boleh capture text, imej, video dan juga boleh edit gambar, letak watermark dan sebagainya. Nak rakan screen komputer pun boleh.

3. Cara edit gambar guna Gimp:

Muat turun perisian Gimp di pautan nie ~ http://download.cnet.com/GIMP/3000-2192_4-10073935.html
Perisian Gimp ni percuma sahaja, senang diguna, saiz gambar tidak berat atau besar sangat macam Photoshop, kualiti gambar bagus macam Photohsop. Kalau Anda nak cepat dan mudah guna saja Gimp! Di bawah nie video tutorialnya:

4. Cara edit gambar guna Jing:

Download software Jing di sini ~ http://www.techsmith.com/jing/free/
Teknik Jing nie lebih kurang Gimp di atas, cuma Jing nie ada edisi pilihan samada percuma atau pro yang berbayar. Tekniknya: Capture Screen + Edit Gambar. Anda boleh rujuk video tutorial edit gambar dengan Jing di bawah:

5. Cara edit gambar guna Paint. Net:

Download perisian ini di ~ http://www.getpaint.net/download.html
Paint.Net nie pun mudah untuk digunakan, boleh edit dimensi dan saiz file gambar. Sebagai contoh, jika Admin hendak letakkan gambar di dalam blog PelikBinAjaib.Com, boleh gunakan perisian Paint.net untuk kurangkan atau kecilkan saiz gambar agar loading blog lebih cepat. Rujuk video tutorial di bawah:

6. Cara edit gambar guna Dreamlight.

Download Percuma di sini ~ http://dreamlight-photo-editor.en.softonic.com/
Software nie memang mudah, semua dah ready made punya, cuma tinggal nak pilih saja effect yang disediakan, dapat gunakannya untuk edit gambar cara mudah.

Ebook Fotografi-Ebook Editing Jurugambar TerbongkarDemikian 6 perisian percuma untuk edit gambar yang boleh anda gunakan. Selain dapat menjimatkan duit daripada membeli versi berbayar, anda juga dapat menjimatkan masa dengan perisian-perisian di atas. Selamat mencuba. Semoga artikel ini dapat membantu anda. Wassalam.

PS: Cara mudah nak edit gambar guna software edit gambar Percuma memang berbaloi.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: tips-tips

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com