Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib
88 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Tudung Aidijuma – Cetusan Idea Datin Norjuma

Tudung Aidijuma – Variasi tudung bawal Aidijuma hasil cetusan idea daripada Datin Norjuma. Ok, post bab fesyen Islamik pula kali ini. Sebut tentang tudung Aidijuma nie Admin sendiri kadang-kadang tersasul salah sebut Adi dengan Aidi.

Tudung AidijumaInfo ringkas AidiJuma ~ Tudung atau scarf yang berasal dari material voile, kain yang tahan lama. AidiJuma bermula sejak Oktober 2011 membawakan kepada peminat bawal terkini dengan gaya yang lebih kontemporari tetapi masih kekalkan identiti bawal. Koleksi terbaru AidiJuma ini diberi suntikan ‘stylish’ dan luar biasa oleh pemiliknya, Datin Norjuma.

Hadirlah pelbagai jenis selendang dan tudung pun, apa yang pasti bawal sentiasa tidak lapuk dek zaman. Seiring dengan peredaran zaman, bawal yang dibawa oleh AidiJuma pastinya memberi keistimewaan dan keayuan dalam berhijab. Cukup hanya sekadar mainan warna, dan sedikit motif di hujungnya, pastinya mengundang lirikan mata yang memandang.

Jadi kepada Anda peminat tudung bawal yang mesti tercari-cari design bawal terkini bersesuaian dengan citarasa, boleh lihat koleksi tudung bawal Aidijuma. Di bawah adalah beberapa koleksi yang dapat Admin kongsikan dengan Anda:

koleksi tudung bawal aidijuma 2012-2013

koleksi tudung bawal aidijuma terkini

Perbezaan: Cara pakai konvensial (pic1) dan cara aidijuma(pic 2) – Bawal 205-pink.

tudung bawal aidijuma

Sekiranya Anda ingin mendapatkan tudung bawal Aidijuma, Anda perlu pilih dan pastikan dahulu kod tudung bawal Aidijuma yang ingin dibeli kemudian barulah melakukan tempahan.

Lokasi Store Aidijuma, Anda boleh mendapatkan di mana-mana lokasi di bawah ini, siap nombor contact sekali:

1) Central Market – Tel: 0132699022
2) The Curve – Tel: 0176250259
3) Sunway Carnival Shopping Mall – Tel: 0176250232
4) Mydin Mall Meru Raya,Ipoh – Tel: 0176250243
5) Mydin Mall MITC, Melaka – Tel: 0173463784
6) Plaza Angsana, Johor – Tel: 0176250564
7) Berjaya Megamall, Pahang – Tel: 0173463793

Untuk tempahan dan mendapatkan update koleksi terkini serta design terhangat dari Aidijuma Anda boleh rujuk pautan-pautan di bawah:

Website: www.AidiJuma.com
Facebook FanPage: https://www.facebook.com/Aidijuma

Semoga artikel tentang Tudung Aidijuma ini dapat membantu Anda menceriakan aktiviti Anda sebagai Muslimah berhijab dan menutup aurat. Sekian.

PS: Tentang tutorial dan cara pemakaian tudung Bawal Aidijuma Admin akan postkan nanti. Kalau rajin cari, lihat dalam FB Fanpage pun ada.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: santai

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com