Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib
88 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Tempat menarik di Kuala Lumpur

tempat menarik di Kuala Lumpur – Cuti sekolah datang lagi! Teringat pula Admin iklan Tora datang lagi dulu-dulu tu. Ok, hari ini Admin akan kongsikan maklumat tempat menarik seterusnya untuk Anda sekiranya Anda ada buat planning bercuti. Untuk kali ini Admin nak kongsi pula tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur.

Tempat menarik di Kuala LumpurSelalunya kalau Anda tinggal di Kuala Lumpur tempat percutian pilihan Anda mestilah diuar dari Kuala Lumpur kan? Begitu juga kalau Admin tinggal di Pulau Pinang, alang-alang pergi bercuti biarlah jauh sikit dari tempat tinggal, baru syook!

Ok, di bawah ini adalah senarai tempat menarik di Kuala Lumpur yang Admin maksudkan:

1. KLCC Aquaria: Laman sesawang ~ www.klaquaria.com

Di Aquaria KLCC nie Anda boleh lihat ada macam-macam jenis ikan dipamerkan. Akuarium di sini seluas 60,000 kaki persegi!
Harga tiket masuk bagi warga Malaysia: Dewasa (RM35), Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun (RM25), Warga Emas umur 60 tahun ke atas (RM25). Dinasihatkan supaya bawa Mykad dan MyKid. Kalau tidak mungkin Anda akan dicharge RM10.

2. KL Tower / Menara Kuala Lumpur: Laman sesawang ~ www.kltower.com.my

Menara Kuala Lumpur merupakan menara telekomunikasi yang ke-6 tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara. Harga tiket masuk (basic package) untuk Dewasa adalah sebanyak RM45 manakala untuk Kanak-kanak RM35. Admin pernah pergi dulu, buka puasa atas Menara KL. Lantainya berpusing boleh lihat seluruh KL. Admin rasa harga tiket bergantung pada aras yang hendak di lawati. Apapun anda rujuk semula nanti di kaunter KL Tower, mana tahu cuti-cuti sekolah macam sekarang nie ada special fee. Hehe.

3. Petronas Twin Towers atau Menara Berkembar Petronas: Laman sesawang ~ www.petronastwintowers.com.my

Menara Petronas ini mempunyai 88 tingkat semuanya di mana ada 44 tingkat setiap satu. Ketinggian adalah 58.4 meter dan tingkat 41 dan 42 menghubungkan antara satu sama lain. Nak naik mana kena charge. Hehe..

4. Muzium Negara: Laman sesawang ~ www.muziumnegara.gov.my

Muzium Negara Malaysia terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur berhampiran Kuala Lumpur Sentral. Dekat dengan Taman Tasik Perdana. Waktu melawat adalah antara 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Bayaran untuk parking kereta: RM2.00, Motosikal: RM1.00, manakala untuk masuk: Warganegara (RM2.00), kanak-kanak bawah 12 tahun (percuma), OKU (RM1.00)

5. Central Market atau Pasar Seni: Laman sesawang ~ www.centralmarket.com.my

Lokasinya mudah sahaja, terletak berdekatan dengan Stesen Komuter Pasar Seni dan dekat dengan Puduraya. Terdapat pelbagai jenis barangan seni di dalam bangunan Pasar Seni nie. Bolehlah beli cenderahati untuk dibawa balik.

6. Petrosains: Laman sesawang ~ www.petrosains.com.my

Bertempat di tingkat 4 Suria KLCC. Muzium yang moden dan pengunjung boleh merasai sendiri @berinteraksi dengan barang-barang yang dipamerkan.

Petrosains sekarang nie sedang hot pasal Dinotrek 2. Cuma bukan di Kuala Lumpur, dia buat kat Seberang Prai Penang. Rujuk SINI untuk dapatkan peta lokasi dan harga tiket.

7. Planetarium Negara: Laman sesawang ~ www.angkasa.gov.my/planetarium

Berada di puncak Tasik Perdana. Dibuka setiap hari antara 9.00 pagi hingga 4:30 petang kecuali hari Isnin, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Antar yang menarik di sini seperti di ruangan teater, ruangan angkasa lepas dan benda-benda berkaitan dengan angkasa lepas.

Harga bayaran Tiket masuk (Rujuk SINI):
Galeri Pameran: Dewasa 18 tahun ke atas (RM1.00), kanak-kanak di bawah 12 tahun (percuma)
Pertunjukan Planetarium di Teater Angkasa: Dewasa (RM3.00), kanak-kanak bawah 12 tahun (RM2.00), Sekolah Rendah (RM1.00)

8. National Science Centre (Science Museum Malaysia) atau Pusat Sains Negara: Laman sesawang ~ www.psn.gov.my

Terletak di Jalan Bukit Kiara. Terdapat berbagai-bagai jenis barang pameran dan juga akuarium di sini. Ianya ditubuhkan bagi memberi kesedaran dan maklumat tentang Sains dan Teknologi kepada masyarakat.

9. KL Bird Park / Taman Burung Kuala Lumpur: Laman sesawang ~ www.klbirdpark.com

Lokasinya terletak di Tasik Perdana. Terdapat pelbagai jenis burung yang dipelihara di sini.
Bayaran Tiket masuk bagi warganegara Malaysia: Dewasa (RM20), Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun (RM10).

10. Buterfly Park / Taman Rama-Rama:

Juga terletak di Tasik Perdana dan pelbagai jenis rama-rama terdapat di sini. Dianggarkan sejumlah 6,000 rama-rama atau 120 species yang dipelihara di sini.

11. National Zoo / Zoo Negara:

Seluas 110 ekar yang menempatkan pelbagai jenis haiwan melebihi 5,000 ekor. Kadar bayaran masuk biasa bagi warganegara: Dewasa (RM20), Kanak-kanak (RM6), Warga Emas (RM6).

Demikian 11 lokasi dan tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh Anda lawati. Nasihat Admin, kalau Anda melawat Muzium Negara, lepas tu boleh terus melawat Taman Burung dan Taman Rama-rama, sebab ketiga-tiga tempat tu dekat antara satu sama lain. Jimat masa sikit.

Tentang tempat penginapan atau hotel di Kuala Lumpur Admin sarankan anda tempah secara online, lebih murah berbanding tempah di kaunter hotel itu sendiri. Dapatkan senarai hotel di Kuala Lumpur dengan kadar berpatutan di SINI, atau guna search box di bawah ini untuk cari hotel mengikut budget Anda:

Admin rasa cukup setakat ini dulu, kalau Ada lagi info tambahan tentang tempat menarik di Kuala Lumpur nanti Admin akan tambah di dalam artikel ini. Insya-Allah. Sekian.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: santai

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com