Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Tempat menarik di Bandung Indonesia

Tempat menarik di Bandung Indonesia. Hujung tahun 2011 semakin hampir, bulan November dan Disember sekolah menengah dan rendah akan cuti. Jadi mesti ramai di kalangan ibu bapa sedang merancang program cuti-cuti jalan-jalan di sepanjang cuti sekolah ini. Betul tak? Admin dan keluarga pun Ada merancang pada bulan Disember ini untuk makan angin dan cuti santai. Cuma tempatnya belum ditentukan lagi.

Oleh kerana SEA Games berlangsung di Indonesia tahun 2011 ini, jadi sempena acara tersebut Admin terdetik untuk buat satu post berkaitan dengan tempat menarik di Bandung Indonesia. Kenapa Admin memilih Bandung? Sebabnya Admin lihat ramai kawan-kwan FB Admin bila melancong ke Indonesia ramai yang pergi ke Bandung. Apa yang seronok sangat di sana ya? Erm.. sejujurnya, Admin sendiri belum pernah menjejakkan kaki ke sana lagi. Cuma sempena cuti sekolah yang bakal menjelma nanti, Admin pasti ada dikalangan Anda merancang percutian ke Bandung, betul tak?

Sedikit info tentang Kota Bandung Indonesia yang boleh memberikan Anda sedikit gambaran:

Kota Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Parijs van Java, iaitu “Paris di Jawa” dalam bahasa Belanda. Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu, telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang popular.

Bandung yang terkenal dengan nama jolokan Kota Fesyen Asia atau ‘Milan’ di Indonesia mempunyai cuaca yang agak dingin kerana terletak di kawasan tanah tinggi. Lantaran itu, ramai juga rakyat Malaysia yang memilih Bandung sebagai lokasi bermain golf.

Ok demikian secara ringkas pengenalan tentang Kota Bandung, tanpa membuang masa, mari kita lihat apakah tempat menarik di Bandung Indonesia yang boleh Anda lawati. Admin senaraikan beberapa tempat yang admin sendiri search. Semoga dapat membantu Anda.

Bandung terkenal untuk sejumlah besar bangunan lama yang seni binanya bergaya Belanda:

  • Gedung Sate, kini berfungsi sebagai pejabat Pemerintah Provinsi Jawa Barat
  • Hotel Savoy Homann di Jalan Asia-Afrika
  • Gedung Dwi Warna
  • Gedung Kantor Pos Besar Kota Bandung
  • Gedung Merdeka dan Museum Asia-Afrika, tempat berlangsungnya Persidangan Asia-Afrika pada tahun 1955.
  • Gedung Pakuan, kini tempat tinggal rasmi Gabenor Jawa Barat.
  • Gedung Yayasan Pusat Kebudayaan
  • Muzium Geologi Bandung
  • Muzium Wangsit Mandala Siliwangi
  • Institut Teknologi Bandung
  • Vila Isola, UPI
  • Stesen Hall, stesen kereta api
  • Beberapa bangunan lama di Jalan Braga.
  • Balai Cerap Bosscha di Lembang
  • Pusat membeli-belah Dago, Cihampelas dan Cibaduyut
  • Lembang, daerah beriklim serdahana di Bandung Utara.

Selain daripada bangunan-bangunan bersejarah tersebut, banyak kegiatan menarik yang dapat dilakukan:

  • Tempat peranginan Kuliner di daerah Bandung Utara dan Lembang
  • Tempat peranginan Alam yang berada di daerah Bandung Selatan, Bandung Utara dan kota Lembang

Tempat-tempat menarik yang lain yang pada masa ini menjadi trend tersendiri dalam masyarakat adalah pusat barang terpakai di Pasar Gede Bage, daerah Dalem Kaum, dan beberapa buah kedai yang secara khusus juga menyediakan barang-barang terpakai dengan harga murah, seperti: BABE, Rasek, dan sebagainya.

Memang banyak tempat menarik untuk dilawati pada musim cuti sekolah, namun sebelum pergi Anda perlu ketahui dan berkira-kira juga tentang kos perbelanjaan seperti tempat tinggal iaitu hotel, harga tiket penerbangan pergi balik, kos pengangkutan.

Daripada maklumat yang Admin dapat, untuk penginapan Anda boleh dapatkan tempat menginap dengan kadar yang murah di hotel sekitar Jalan Dago, 1 malam dalam RM80 lebih, manakala transport untuk pergi bersiar-siar di Bandung menurut maklumat daripada pihak hotel dalam 450 rupiah sehari.

Kalau Anda nak cari hotel murah di Bandung boleh layari website ini ~ Hotels Combined, Admin sendiri pun dah tengok hotel-hotel di bandung melalui website tu. Memang murah dan berpatutan. Lawo pula tu.

Ataupun guna fungsi search yang Admin sediakan di bawah ini, lagi senang. Masukkan “Nama Destinasi”, “Masa”, “Jumlah Ahli”, dan “Bilangan bilik” kemudian klik butang “Search”, terus Anda akan dapat semua senarai hotel-hotel murah lagi cantik yang terdapat di Bandung:

Untuk tempat shopping di Bandung Indonesia pula, mereka yang pernah ke sana dan ada pengalaman membeli belah di Bandung sarankan agar jangan ketinggalan untuk membeli-belah di Pasar Baru dan Ciwok. Selain itu anda juga boleh membeli-belah ala shopping sakan di pusat beli-belah di bawah:

  • Bandung Indah Plaza (BIP)
  • Bandung Super Mal (BSM)
  • Istana Plaza (IP)
  • Paskal Town Square
  • Cihampelas Walk (Ciwalk)
  • ITC Kebon Kalapa
  • ITC Kopo
  • Parijs Van Java Mal
  • Bandung Trade Center (BTC)
  • Bandung Elektronik Center (BEC)
  • Factory Outlet

Untuk maklumat lanjut untuk pelancong Malaysia atau kepada Anda yang bercadang untuk membuat trip ke Bandung cuti sekolah ini, maklumat seperti pakej percutian ke Bandung Indonesia sila rujuk pautan di bawah ini:

1. http://www.cuti.com.my/tour/destination/asia/Bandung
2. http://www.jomlahcuti.com/pakej/indonesia/

Perkhidmatan Pengangkutan Teksi DARI dan KE Airport:

1. Blue Bird ~ Tel (022) 7561234
2. Pusaka Prima Transport ~ Tel (022) 7538123
3. Golden Bird ~ Tel (022) 7538055

Pesanan Admin kepada pelancong Malaysia ke Bandung, Admin tahu Anda teruja untuk melawat Kota Bandung, seperti biasa apabila berkunjung ke tempat orang haruslah berhati-hati terutamanya soal berbelanja, silap-silap kena tipu. Harga makanan RM10 asalnya, kemudian ditipu menjadi RM24. Begitu juga kos pengangkutan, berhati-hati. Bukan Admin kata dibandung sahaja, di kebanyakan tempat perlancongan di dunia mesti akan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan ke atas pelancong asing.

Di bawah ini ada beberapa gambar yang berkaitan dengan tempat menarik di Bandung Indonesia termasuklah hotel / tempat penginapan di sana.

Hotel Karang Setra

Tasik bentuk pulau-pulau dalam peta Indonesia

Air Terjun Dago Pakar

Kawah Putih, Ciwidey (The White Crater)

Gunung Tangkuban Parahu

PS: Semoga urusan percutian anda di Bandung nanti berjalan lancar. Selamat bercuti dan melancong.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: santai

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com