Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Tempat menarik di Bali Indonesia

Tempat menarik di Bali Indonesia. Dekat sebulan Admin tak update artikel tentang tempat-tempat menarik. Kali ini Admin nak kongsi tempat menarik yang terdapat di Bali, Indonesia. Bila sebut saja Bali, mesti di antara pembaca yang pernah ke sana, terutamanya kepada yang baru lepas balik Honeymoon tu akan teringat-ingat kembali suasana percutian di sana.

Jujur Admin sendiri tidak pernah menjejakkan kaki ke Bali, tapi Admin kumpul dan cari maklumat siap-siaplah, mana tahu tahun 2012 nie merancang bercuti ke sana ke, tak la susah sangat cari panduan, cari dalam blog Admin sendiri.

tempat tempat menarik di bali indonesia

Oh ya, kalau Anda merancang untuk ke Bali jangan lupa tempah hotel berdekatan dengan tempat yang hendak dilawati, jangan risau, terdapat banyak hotel yang selesa lagi murah di sana. Zaman sekarang nie nak tempah hotel buat melalui online saja, bahkan jauh lebih murah lagi daripada tempahan di kaunter hotel itu sendiri. Tak perlu beratur, tak perlu telefon. Ok, tapi nak tempah di mana? Anda boleh tempah di sini ~> Senarai Hotel di Bali. Admin jamin memang selamat, atau lebih mudah boleh guna fungsi search di bawah:

Hehe.. Ok, di bawah ini adalah koleksi tempat-tempat menarik serta popular di Bali Indonesia yang boleh anda lawati.

tempat tempat menarik di bali indonesia1. Pantai Kuta
Sekiranya masuk musim pelancong ramai khususnya tahun baru dan cuti memang memerlukan sedikit cabaran untuk sampai ke pantai Kuta. Keadaan jalan yang sibuk mungkin agak mirip dengan Jakarta. Namun hal ini langsung tidak mengurangkan keinginan para pelancong untuk menuju ke pantai Kuta. Ramai orang kata tidak lengkap ke Bali kalau belum ke pantai Kuta.

Padahal masih banyak pantai indah yang ada di Bali, contohnya pantai Dreamland dan Pantai Padang-Padang. Kalu ingin melihat matahari terbenam Anda boleh ke Pantai Sanur atau pantai Candi Dasa.

2. Garuda Wisnu Kencana (GWK)
Walaupun belum kelar patung GWK uda menyedot banyak pengunjung. Hasil karya seni Nyoman Nuarta ini direncanakan memiliki tinggi 150 meter, dengan lebar sayap 64 meter.

Banyak sekali kemudahan yang ada di GWK contohnya Lotus Fond yang biasanya dipakai untuk konsert musik. Soundrenalin juga diadakan disini trus kalau ada Band manca juga manggung disini. Letaknya lumayan dekat dari Kuta dan Nusa Dua.

3. Menikmati Pemandangan Gunung dan danau Batur
Merupakan salah satu tempat di Bali yang beriklim sejuk yang terletak di paras ketinggian 100 meter dari aras laut membuatkan udara di Kintamani amat dingin dan sejuk sekali!

Anda boleh menikmati pemandangan gunung berapi yang masih aktif yaitu Gunung Batur. Bukan itu saja Gunung Batur memiliki sebuah danau yang cukup Luas. Disini juga ada desa Trunyan yang unik kerana mereka tidak menguburkan mayat, namun hanya diletakkan begitu saja diatas tanah!

4. Waterbom Park Kuta
Terletak di Jantung Kuta iaitu di jalan Kartika Plaza. Sekiranya Anda mahu bermain air sepanjang hari pun tak apa yang penting jangan lupa bayar sudahlah. Hehe.

Anda harus mencuba kehebatan boomerangnya dan aktiviti yang lain dijamin menyeronokkan! Anda akan gembira ketika menikmatinya dan pasti ketagihan. Selain itu ada permainan Climax yang merupakan aktiviti terbaru di Waterbom park Bali.

5. Ubud Desa Antarabangsa
Sebuag desa yang merupakan pusat seni dan Budaya Bali. Banyak seniman dari pelbagai negara menetap dan mengadakan pameran di Ubud. Sudah sejak dulu Ubud terkenal dengan kehidupan seni masyarakatnya. Anda boleh menonton tarian Legong, Kecak dan Barong disini.

6. Pasar Seni Sukawati
Kalau ke Bali jangan lupa singgah ke pasar ini untuk membeli oleh-oleh aka buah tangan. Anda tidak perlu risau kerana harga yang ditawarkan di pasar seni Sukawati tentunya lebih murah dari tempat lainnya di Bali. Mulai dari cenderamata sehingga ukiran kayu, pendek kata semuanya ada di sini.

7. Tanah Lot
Ya jika anda pernah melihat brosur atau iklan perlancongan Bali pasti akan menggunakan siluet dari Pura Tanah Lot. Kerana orang yang melihatnya pasti akan perasan bahawa itu ada di Bali.

Letaknya yang agak ketengah laut membuat Pura ini sangat indah saat dilihat dari bibir pantai apalagi saat matahari terbenam. Lebih mengasyikkan kalau Anda dapat menyaksikan mentari terbenam menerusi tebing tinggi yang juga ditempakan restoran-restoran kecil disana.

8. Bali Safari and Marine Park
Walaupun tempat ini baru dibangunkan, namun koleksi haiwan di taman haiwan Bali Safari ini cukup lengkap. Ada orang utan ada juga harimau sumatra dan Gajah juga anda. Letaknya kira-kira 30 minit perjalanan dari Kuta.

9. Odyssey Sumbarine
Tahukah Anda apa itu Odyssey Submarine? Ini merupakan satu-satunya pelancongan kapal selam di asia tenggara.

Selalunya untuk menikmati pemandangan bawah laut kita kena menyelam atau skuba. Namun sekarang sudah boleh menaiki kapal selam, tinggal duduk dan lihat pemandangan di kiri dan kanan Anda. Letaknya di Labuhan Amuk Krangasem Bali berhampiran dengan Padang Bai.

Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di Bali nih. Bukan setakat 9 tempat yang Admin senaraikan di atas, mungkin semakin bertambah dan dibuat tempat perlancongan baru lagi menarik. Hehe, kalau tak pergi susah nak cerita sikit pengalaman sebenar melancong ke Bali.

Kepada Anda yang pernah melancong ke Bali Indonesia, jom kongsi pengalaman bercuti ke Bali Anda bersama, komenlah di bawah, kalau ada tempat menarik lain di Bali yang Admin tak sebut di atas boleh Anda beritahu melalui ruangan komen di bawah.

Sekian, semoga maklumat di atas berguna untuk Anda.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: santai

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com