Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Skrip lakonan lawak – Dialog lawak 3 orang sahabat

Skrip lakonan lawak – Dialog lawak 3 sahabat. Asyik serius saja, jom kita bersantai gelak-gelak dan senyum-senyu sekali sekala, dapat ubatkan hati yang lara serta me’release’kan tension yang ada.

Skrip lakonan Lawak Pertama

Skrip lakonan lawak - Dialog lawak 3 sahabatAda 3 orang kawan, Raja, Raju, Rajo..
Mereka tinggal di sebuah flat 60 tingkat..
Pada suatu hari,
lif rosak.. maka kena la naik turun pakai tangga..
Raja mencadangkan mereka bertiga menceritakan kisah yang sedih untuk menghilangkan penat menaiki tangga.

Maka Raja start dulu..
“ketika aku didalam kandungan lagi.. bapa ku telah pergi meniggalkan ku..
buat selame-lamenye..”
sedar-sedar saja mereka dah berada di tingkat 30..

Kemudian Raju pulak sambung kisahnya..
“mak aku mati ketika melahir kan aku.. aku berase bersalah..bla..bla,bla”
mereke sekarang berada di tingkat 50..

Rajo lak sambung..
“Tu tak bape sedih.. yang paling sedihnye.. cerite aku ni…
sebenarnye……
kunci rumah…
tertinggal kat dalam kerete..”
mereke skrang berade di tingkat 60…

Tanpe berfikir panjang..
Raja dan Raju terus mencampak Rajo ke luar flet..

So, kalau Anda terjumpa ada berita orang jatuh flat ke, mungkin kejadian tersebut ada kaitan dengan kisah nie.

Skrip lakonan Lawak Ke-2

Di sebuah kampung ada 3 orang remaja yang suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt. Si Ali pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yang kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan”.

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali. Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. “Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun undur le ke belakang. Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!” Lalu batallah solat Budin. Yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii… Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni… Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata, “He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee…”

Tok imam pun terkedu & terpana… kwang kwang kwang… (kalau tak ambil wuduk, sembahyanglah sampai 100 rakaat pun tetap batal)

Demikian antara Skrip lakonan lawak – Dialog lawak 3 orang sahabat. Kalau Anda ada skrip lain atau idea ‘fresh’ yang ingin dikongsikan silalah kongsi di bahagian komen di bawah.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: santai

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com