Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Membeli-belah di Vietnam

Membeli belah di Vietnam ~ Siapa dikalangan pembaca blog www.PelikBinAjaib.com yang pernah melawat ke negara Vietnam? Admin yakin Anda pasti puas hati terutamanya apabila masuk bahagian membeli belah nie. Tak cukup syaratlah kalau sekadar pergi melawat saja tanpa membeli belah barang-barang. Lebih-lebih lagi barang-barang di Vietnam murah-murah belaka.

Tahun lepas Pak Ngah Admin dan isterinya pun ke sana juga. Banyak ole-ole yang di bawa pulang. Di Vietnam, tempat yang paling terkenal untuk sesi membeli-belah ini adalah di Bandar Ho Chi Minh. Bahkan sekarang ini ramai rakyat Malaysia yang ke sana bukan saja sekadar melancong tetapi berniaga borong kerana terdapat pusat-pusat borong utama di sana. Anda boleh lihat sendiri di SINI. Meriah betul!

Bandar Ho Chi Minh yang dulunya dikenali sebagai Saigon ini pernah menjadi pusat utama bagi askar Amerika Syarikat sewaktu perang Vietnam dulu dan kini menjadi pusat beli-belah untuk pemborong dari Malaysia.

Tarikan utama di bandar ini adalah pakaian-pakaian siap seperti baju kurung dengan manik-manik yang bergemerlapan, telekung dengan ukiran bunga-bunga yang cantik, tudung bawal dan kain-kain ela yang murah. Semua barangan ini boleh dibeli untuk kegunaan sendiri mahupun untuk perniagaan. Barangan yang dibeli secara borong ini boleh dijual dengan harga dua atau tiga kali ganda mengikut harga pasaran di Malaysia.

Lokasi borong utama adalah pasar Ben Tanh yang menempatkan hampir 3,000 kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Di sini terdapat pelbagai jenis barangan seperti kraf tangan, baju T, kemeja, beg tangan, kain sutera dan aksesori wanita.

Selain dari itu terdapat juga barangan yang lebih kelakian seperti pakaian-pakaian sukan, kasut sukan, raket badminton dan beg-beg kembara. Mungkin disebabkan terlalu ramai orang Malaysia yang ke sini, peniaga-peniaga di sini sudah mahir berbahasa Melayu. Mana-mana kita pergi kita akan disambut dengan ucapan ‘Selamat datang abang-abang, kakak-kakak’. Selain itu mereka juga mengetahui dengan terperinci kehendak dan cita rasa rakyat Malaysia.

Selain itu, di bandar Ho Chi Minh juga terdapat satu lagi pusat borong utama iaitu pasar Ben Lay atau lebih dikenali sebagai China Town. Terdapat pelbagai barangan kanak-kanak, kasut, kain ela, serta beribu pilihan pakaian bayi dalam pelbagai warna dan rupa bentuk.

Selain dua tempat tersebut, rombongan juga dibawa ke tiga pasar raya besar di bandar itu iaitu Plaza Diamond, Saigon Tax Trade Center dan Parkson Department Store serta tempat membeli-belah lain di Vietnam iaitu pusat memborong An Dong, Binh Tay di Cho Lon dan sebagainya.

Tips semasa membeli-belah di Vietnam

  • Jika anda nampak barangan tidak mempunyai tanda harga, maknanya harga itu boleh dirunding.

  • Semasa berunding harga dengan peniaga di sana pula, pastikan anda minta sehingga tiga kali murah dari harga sebenar.
  • Jika anda dapati rundingan harga kurang berjaya, anda cuba pergi dari kedai tersebut dan anda akan terperanjat, peniaga kedai rundingan tadi akan memanggil anda semula bersetuju dengan harga yang dirundingkan tadi.

Bagaimana? Teruja bukan? kalau anda betul-betul ingin buat bisnes borong di Vietnam, Admin syorkan Anda dapatkan Panduan Bisnes Borong Vietnam di SINI.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: santai

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com