Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Lagu untuk Majlis Perkahwinan dan Pernikahan

Lagu untuk Majlis Perkahwinan dan Pernikahan. Sempena bulan Disember 2011 aka hujung tahun nie, memang berderet majlis perkahwinan yang dijalankan. Kalau di Malaysia nie boleh pergi banyak majlis kahwin samada daripada rakan-rakan berbangsa Melayu, Cina dan India. Memang best! Sampai kadang-kadang sehari tu ada yang dapat 5 undangan ke majlis perkahwinan, terutamnya pada hari Sabtu dan Ahad. Selalunya kawan atau keluarga rapat itu yang didahulukan.

Pada masa nie lah kita dapat lihat adat istiadat terutamanya orang Melayu sendiri melangsungkan perkahwinan mereka. Yelahkan, sekali seumur hidup mesti buat yang terbaik! Ada antara pembaca yang akan melangsungkan perkahwinan dalam bulan 12 nie? Kalau ada Admin www.PelikBinAjaib.com ingin mengucapkan tahniah dan doakan semoga jodoh Anda suami isteri nanti kekal hingga ke syurga. Insya-Allah.

Sempena dengan berlangsunya majlis perkahwinan, tidak berserilah dan sunyilah jika tidak diselitkan dengan lagu kenduri kahwin. Kalau lebih grand skit tu boleh la jemput artis datang menyanyi secara live. Hehe, tapi kalau tiada pun tak apa, cukup sekadar DJ dan Radio memeriahkan suasana majlis pernikahan.

Di bawah ini Admin senaraikan lebih kurang 45 senarai lagu untuk majlis perkahwinan yang boleh anda spin dalam Majlis tu nanti. Admin rasa lagu-lagu di bawah ini adalah lagu yang sesuai untuk majlis perkahwinan, check it out!:

  1. Kompang (1)
  2. Kompang (2)
  3. Rabbani – Pengantin Baru
  4. Izam Eye & Waheeda – Kompang Dipalu
  5. Mestica – Selamat Pengantin Baru
  6. Nadamurni – Pengantin Baru
  7. Amar – Amani
  8. DeHearty – Siti Zulaikha
  9. DeHearty – Wanita
  10. DeHearty – Bidadari Hidupku
  11. Dehearty – Pengantin Baru
  12. Devotees – Kekasih
  13. Devotees – Mahar Cinta
  14. Far East – Bingkisan Rindu
  15. Far East – Cinta Pertama
  16. Hijjaz – Rumahku Syurgaku
  17. In Team – Bisikan Nurani
  18. In Team – Setanggi Syurga
  19. In Team – Nur Kasih
  20. In Team – Keluarga Penyayang
  21. In Team – Doa Seorang Kekasih
  22. In Team – Impian Kasih
  23. In Team – Kasihku Abadi
  24. In Team – Sutera Kasih
  25. Mestica – Destinasi Cinta
  26. Mestica – Kerana Cinta feat In Team
  27. Mirwana – Permataku
  28. Munif Ahmad – Bidadari
  29. Nazrey Johani – Isteri Solehah
  30. Rabbani – Bidadari
  31. Rabbani – Cari Pasangan
  32. Saff One – Isteri Solehah
  33. Saff One – Seri Seorang Isteri
  34. Saujana – Keluarga Bahagia (Minus One)
  35. Selamat Pengantin Baru (Instrumental)
  36. Suhaimi – Kias Cinta
  37. The Zikr – Isteri Solehah
  38. UNIC – Hanya Tuhan Yang Tahu
  39. UNIC – Atas Nama Cinta
  40. UNIC – Cahaya Cinta
  41. UNIC – Insan Bernama Kekasih
  42. UNIC – Mahligai Kasih
  43. Wildan – Setia Seorang Isteri
  44. Zaleha Hamid – Bunga Rampai
  45. Zaleha Hamid – Selamat Pengantin Baru

Majoritinya lagu nasyid perkahwinan, selain daripada lagu kahwin bunga rampai, dan lagu kahwin kompang dipalu yang selalu kita dengar tu. Pilihlah mana-mana yang Anda rasa sedap didengar dan bersesuaian dengan majlis perkahwinan itu nanti. Oh ya, satu lagi boleh juga ambil lagi Maher Zain yang bertajuk Baraka Allahu Lakuma untuk dimainkan dalam Majlis tu nanti. Admin tak sempat letak link download lagu kahwin mp3 Maher Zain, nanti Admin cari.

Selain itu kalau Anda hendak pasang lagu Gamelan untuk majlis perkahwinan pun sedap juga. Cuba search nama lagu gamelan tajuk: Lambang Sari, Topeng, Timang Burung, Togok di ruang search file di http://www.4shared.com/, ada banyak lagu-lagu gamelan kahwin kat situ.

Ok, Admin rasa setakat itu dulu untuk kali ini. Semoga post ini dapat membantu dalam pencarian anda. Sekian adanya. Wassalam.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: santai

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com