Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Ayat-ayat kelakar sepanjang Zaman oleh Samy Vellu

Ayat-ayat kelakar sepanjang Zaman oleh Samy Vellu – Aduh.. sampai keluar air mata Admin baca ayat-ayat yang pernah diucapkan oleh bekas Presiden MIC di bawah nie, memang kelakar habis. Admin pasti, beliau sendiri tidak berniat untuk membuat orang ketawa dengan kata-katanya. Siapa yang berkawan dan bersembang dengan orang India mesti pernah mendengar cakap-cakap mereka di dalam Bahasa Melayu.

Buat pengetahuan Anda, Samy Vellu sudah meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun. Mesti ramai “peminat” yang akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun.

Seperti Perdana Menteri kita pernah sebut dalam persidangan BN 2010 yang lalu, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna, kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

Di bawah ini adalah koleksi Ayat-ayat kelakar sepanjang Zaman oleh Samy Vellu:

ayat-ayat kelakar Samy Vellu1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
“Besoh kirim, hari ini juga sampai”

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
“Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar”

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
“Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini.” Kemudian seorang pakcik bertanya, “Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?” Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, “Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
“Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
“Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!”

6. Berkenaan masalah sosial:
“Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade”

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
“Marilah kita semua menderma dare”

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
“Selamat datang saudara-mara semua” (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
“Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam”

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
“Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain”

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

“Kita akan bina roket pigi matahari.” Salah seorang wartawan berkata, “Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati.” Samy menjawab, “Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam”

Itu saja setakat ini. Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu. Kami berharap segala yang terbaik untuk anda.

Sumber: Facebook Media Malaysia.

Huh, kali kedua Admin baca ayat-ayat kelakar sepanjang Zaman oleh Samy Vellu nie masih lagi bertambah ketawa, memang humor evergreen la kata-kata beliau. Admin rasa beliau berkata dengan penuh ikhlas namun kata-katanya itu tetap mampu menjadikan jiwa yang lara hilang gundahnya. Hahaha!

PS: Terbaiklah Samy Vellu.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: santai

Tags:

RSSComments (5)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. samy says:

    No. 1 itu salah ler.. saya cakap,
    “hari ini hantar, semalam sampai”..
    itu la.. semalam.. 1 malam jugak.. sama la sebuah, 1 buah…

  2. bocat says:

    ada satu lagi…Datuk samay ada berkata semasa galakan menderma darah. “rakyat jelata harus sama-sam menderma dara!!!!!

  3. mai says:

    blh x tlg carik kenyataan dato mase kes tanah runtuh kat lbuh raya…yg tu pun best gak….
    apapun Dato’ terbaik..

  4. MIA MAIRA says:

    hik hik…admin…saya gelak macam orang gila ni….paling lawak yg roket ke matahari…thanks ya…
    JOM usha post terbaru MIA MAIRA di ~ recently posted..LIRIK ALBI NADAK by FaresMy Profile

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com