Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Resepi Steamboat

Resepi steamboat. Bila sebut pasal steam boat nie Admin teringat adik Admin yang di KL, sebab dia memang selalu keluar makan steamboat nie dengan kawan-kawannya. Gambar steamboat semasa adik Admin melantak, sori dia tak sempat ambil gambar sebelum dia dan kawan-kawannya melantak beramai-ramai. Hanya tinggal gambar selepas makan Steamboat saja tinggal. Sadis betul Admin tengok gambar ni, sampai sedemikian rupa Steambot mereka belasah:

Resepi Steamboat terkini 2011

Admin pun tak ingat bila kali terakhir Admin makan steam boat nih.. ker Admin tak pernah makan lagi? hehehe! bila Admin Google memang banyak resepi steam boat, wah.. senang lepas nie nak sediakan masakan steamboat sendiri. (hehe, ingat senang ke)

Di bawah ini antara resepi steamboat yang mantop Admin jumpa tadi, so terus kongsikan di sini untuk bacaan pelawat blog www.PelikBinAjaib.com nie. Yelah, sempena hari minggu nie Admin sedikit rajin post resepi sebab masa nielah orang bekerja atau orang pejabat sempat nak memasak di rumah kan?

Mula-mula Anda perlu siapkan Sup Steamboat terlebih dahulu, untuk pelajari Anda boleh melihat cara-cara memasak Sup Steamboat seperti berikut :

Bahan-bahan Sup Steamboat yang diperlukan:
1/2 periuk air
1 paket sup bunjut
1 kiub ayam
4 biji bawang merah – racik halus
2 ulas bawang putih – racik halus
1 inci halia – titik

sedikit daun sup & daun bawang
sedikit bawang goreng

Cara masak Sup Steamboat:

1. Rebus semua bahan-bahan di atas dalam 1 periuk,
2. Setelah mendidih, masukkan ke dalam mangkuk kosong dan taburkan daun bawang+ daun sup + bawang goreng sebelum hidang atas meja

Kemudian antara “aksesori” Steamboat yang penting ialah Dipping Sauce (Sos Pencelup), terdapat 3 jenis sos pencelup ni, untuk membuatnya Anda boleh ikut cara-cara penyediaan Dipping Sauce Steamboat di bawah:

Sos Pertama : Sos Merah
5 sudu Cili Sos
sedikit halia – racik halus
1 ulas bawang putih – racik halus

Sos Kedua : Sos Hitam
6 sudu kicap cair
1 sudu minyak bijan
3 ulas lada kecil – racik
sedikit halia – racik halus
1 ulas bawang ptih – racik halus

Sos Ketiga : Air Asam
6 sudu kicap manis
2 biji limau kasturi
1 biji bawang merah – racik
3 biji lada merah – racik

Cara Penyediaan Dipping Sauce : Campurkan setiap sos dalam mangkuk-mangkuk kecil sebelum dihidangkan.

Sekarang tibalah masanya untuk bahagian hidangan Steamboat Anda. Di bawah ini cuma cadangan hidangan sahaja, terserah Anda samada untuk memilih cara penyediaan ikut citarasa Anda, bukan apa, sebab ada orang yang alergik dan pantang.

Bebola sotong/ketam/ikan/ayam/daging
- Isi ikan Dori/daging/ayam
- Sotong kembang/ Jejari ketam
- Cendawan (shitaki/tiram/Enoki)
- Sayur (Baby Sawi/Kobis Pnjg/Green Sprout/Kailan)
- Tauhu Goreng/Tauhu putih/Tauhu Jepun
- Mee kuning/Mee Udon/Mee bayam (kaler hijau)
- Telur puyuh

Sekiranya Anda membuat Sup, cadangan hidangan Steamboat di atas memang sesuai, namun sekiranya Anda menambah hidangan kuah Tomyam, Admin cadangkan lebih sesuai jika ditambah udang, ketam atau sotong. Mesti lebih Pergh!!

Ok, setakat ini dulu resepi Steamboat ala “mentekedarah” bak kata orang utara untuk rujukan pembaca sekelian. Semoga berguna!

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: resepi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com