Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib
88 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Resepi dalca mamak – Resipi dalca mamak yang Umph!

Resepi dalca mamak. Nak tahu? tadi Admin sarapan pagi roti canai di kedai mamak, fuh.. kuah dalca mamak kedai tu buat memang umph! Sehingga banjir bekas roti canai Admin. Hehe, tetiba teringat cerita Mami Jarum lakonan Pak Pie ada babak dia beritahu yang dia memang suka kuah dalca. So, dia suruh menantu dia buatkan.. anda tengok ke belum filem tu?

Pendek cerita, menantu Pak Pie beli dalca di kedai Mamak yang selalu Pak Pie makan sebab tak tahu cara nak buat dalca. Kamden (kemudian) kantoi dengan Pak Pie dan adalah mak cik jiran sebelah (yang suka kat Pak Pie) datang bawa dalca. Dalca tu anak si mak cik tu buatkan. Akhirnya Pak Pie yang kahwin dengan anak perempuan mak cik tu. Ha.. lebih kurang begitulah jalan ceritanya, ingat-ingat lupa dah admin. Hehe..

Ok, berbalik semula kepada landasan tajuk yang sebenarnya iaitu resipi dalca mamak. Kalau anda nak belajar cara buat dalca mamak, bolehlah rujuk dan pandukan resepi dalca mamak di bawah nie.

1. Pertama sekali anda perlu sediakan bahan-bahan masakan seperti berikut, (jangan kurang, kalau tidak kesedapan dalca pun akan kurang):

  • 40gram rempah dalca
  • setengah kilo daging potong kecil-kecil
  • secawan kacang dal
  • 2 cawan santan
  • halia 2 inci
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji kentang
  • 2 biji terung bulat
  • sebatang carrot
  • 2 biji tomato
  • 5 tangkai kacang panjang
  • sedikit penumis
  • setengah cawan air asam jawa
  • garam secukup rasa

2. Next, bila dah cukup semua bahan yang disediakan, ikut cara memasak dalca di bawah:

1. Rebus kacang dal hingga empuk
2. Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar
3. Tumiskan penumis
4. Masukkan bahan-bahan kisar dan rempah dalca
5. Masukkan daging dan biarkan sampai empuk
6. Masukkan santan, air asam jawa, kacang dal dan kentang dan masak hingga empuk
7. Kemudian, masukkan terung, carrot, tomato dan kacang panjang.
8. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan mendidih.

Ok.. bila dah mendidih kira dah siap la tu.. cuba rasa sedap ke tak. Tahap kesedapan bergantung pada “air tangan” yang memasaklah, hehe!

Kepada yang teringin cuba resepi dalca mamak hasil sendiri bolehlah cubanya nanti. Berbaloi-baloi! Selamat mencuba!

Sumber gambar, bahan-bahan, dan cara memasak di atas daripada WorkaMama (resepi kuah dal mamak)

PS: Ane.. rotti wonne..

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: resepi

Tags:

RSSComments (1)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. yunie says:

    Terima kasih dik. Kalo rajin sila singgah lagi blog akak =)

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com