Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Kek Coklat Moist – Resepi Kek Coklat Moist Mudah dan Sedap

Kek coklat moist. Sedap betul kek coklat moist yang jiran Admin beri nie, hrm.. nak tukar dengan apa ya? Hehe, itulah hidup berjiran, bila jiran sebelah hulur makanan maka sebagai adat kita perlu membalas dengan makanan juga, tapi bukan wajib pun, sekurang-kurangnya basuh la bekas makanan yang jiran beri tu dan kasi pada jiran Anda balik. Itulah yang Admin selalu buat, hahaha!

Oleh kerana kek coklat moist yang jiran Admin buat ini memang sodap, Admin pun tanyala apa resepi kek coklat moist yang dia buat, sedap betul. Dia jawap: “Adalah..” Adeh.. rahsia la pula. So, oleh kerana internet pun dah ada, Admin pun cari resepi kek coklat moist yang lazat nie. Akhirnya jumpa beberapa resepi. Saja ja nak tau, kalau Admin nak buat entah bila, cuma nak usulkan saha resepi kek coklat moist pada mak Admin suh dia buat. Hehehe!

kek coklat moist

Di bawah ini adalah resepi kek coklat moist yang Admin temui semasa sesi menjelajah Google.com sekitar 1 jam tadi:

Kek Coklat Moist – Resepi Kek Coklat Moist Mudah dan Sedap

Bahan-bahan ( 21 x 21 cm )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telur gred A
  • 250 gram buttercup
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • Satu (1) cawan serbuk koko
  • Setengah (1/2) cawan gula halus
  • Satu (1) cawan air panas
  • Setengah (1/2) cawan susu cair

Cara-cara membuat kek coklat Moist.

  • Masukan serbuk koko, gula halus dan air panas kemudian jerangkan atas dapur dengan api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair, kacau rata dan ketepikan (letak tepi).
  • Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji demi sebiji, vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3x kemudian baru masukan tepung berselang-selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata.
  • Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
  • Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.
  • Untuk menyediakan moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan ke atas kek dan hiaskan ikut kreativiti Anda.

Selesai. Kalau anda nak belajar dengan lebih mudah cara membuat kek coklat moist, bolehla rujuk video di bawah nie:

Yang atas tu Kek Coklat Moist yang biasa kita jumpa. Selalunya di kedai kek lah. Ada yang berbentuk bulat, empat segi dan sebagainya. Ada juga yang dibuat cupcake. Ada yang dibuat dengan cara kukus dan ada juga yang boleh dibakar. Ikutlah kreativiti masing-masing. Kalau yang membuatkan Admin terliur tu adalah Kek Coklat Moist daripada restoran atau hotel. Meleleh jer.. haha! (macam gambar kat bawah nie)

Kek Coklat Moist 2011

PS: Bila Admin tunjukkan gambar Kek Coklat Moist pada mak Admin, dia kata: kek coklat tu la yang selalu dia buat tu la. Admin jawap: Tapi kenapa Kek Coklat Moist jiran sebelah rumah lain semacam je? Erm, teringin pula nak makan kek coklat moist kukus. Kena belajar buat kek juga nampaknya, apa ya rahsia kek yang sedap?

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: resepi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com