Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Donat kentang – cara membuat donat kentang

Donat kentang – cara membuat donat kentang. Admin www.PelikBinAjaib.com memang suka sangat makan donat kentang. Kalau keluar rumah pagi-pagi beli nasi lemak mesti akan cari sama donat, dengan syarat donat kentang tersebut mestilah empuk. Hehe, sebagai penggemar donat dah tengok pun tau donat yang empuk dengan donat yang keras. Kalau nak puas hati lagi, buat sendiri.

Di bawah ini Admin kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan resepi serta cara membuat donat kentang khas untuk 15 biji. Yelahkan, takkan nak buat satu biji saja. Nak makan pun tak puas.

Donat kentang - cara membuat donat kentang

Resepi dan Bahan Donat Kentang :

  • 400 gram Tepung terigu protein tinggi
  • 100 gram Tepung kentang
  • 7 gram Ragi instant
  • 5 gram Tepung penaik
  • 80 gram Gula pasir
  • 8 gram Garam
  • 2 biji Kuning telur
  • 275 ml susu cair
  • 35 gram mentega

Cara Membuat Donat Kentang:

  1. Campur semua bahan kering, aduk rata.
  2. Masukkan kuning telur, tuangi susu cair. Uli hingga rata. Tambahkan mentega, uli hingga mampat.
  3. Biarkan selama lebih kurang 30 minit (mengembang 2 kali ganda), buang gas dalan adonan.
  4. Rata dan leperkan adunan hingga menjadi setebal 1 cm.
  5. Cetak adunan sesuai selera. Kembangkan kembali selama kurang lebih 20 menit.
  6. Panaskan minyak, goreng hingga bewarna kuning kecoklatan. Kemudian angkat.
  7. Donat siap dihias dan disajikan.

Ringkas saja Admin baca cara membuat donat kentang nie. Nampak senang saja. Admin nie lelaki tangan keras sikit, hehe. Tak jadi kentang pula buat nanti. So, kepada isteri-isteri di luar sana, belajar la cara membuat donat kentang nie. Suami anda memang sukakannya.

PS: Admin memang suka, orang lain tak tahulah. Cuma tak bolehlah hari-hari makan sebab ada tepung penaik.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: resepi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com