Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib
88 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Tukar alamat mengundi – cara menukar tempat mengundi

Tukar alamat mengundi – cara menukar tempat mengundi. Daripada maklumat yang Admin dapat, insya-Allah pilihanraya akan diadakan pada cuti sekolah bulan Mac nanti. Jadi antara isu yang bakal dilalui oleh pengundi adalah berkenaan proses penukaran alamat tempat mengundi. Terutamanya kepada pengundi-pengundi baru, di dalam kad pengenalan selalunya adalah alamat tempat tinggal ibu bapa mereka, jadi sekarang apabila sudah ada kediaman sendiri mereka lebih cenderung untuk mengundi di tempat mereka.

Tapi tidak semua yang suka mengundi calon di kawasan tempat tinggal masing-masing, ada juga yang suka balik ke kampung halaman dan mengundi calon di sana. Kenapa ya? Sedangkan sepatutnya mengundi di tempat tinggal sendiri. Erm, mungkin kerana faktor diri calon, atau pengundi yang berniat untuk pulang dan menetap di kampung halaman pada masa akan datang mempengaruhi pola undi itu sendiri.

Kepada anda yang ingin membuat semakan daftar mengundi secara online boleh lakukannya di sini ~ http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBI.aspx, kemudian sekiranya Anda berniat untuk menukar alamat tempat mengundi, di bawah ini Admin kongsikan SPR FAQ berkaitan dengan proses tukar alamat daftar pemilih:

Bagaimana menukar alamat di dalam daftar pemilih SPR daripada alamat asal kepada alamat baru seperti di dalam Kad Pengenalan?

A:Mereka boleh berurusan dengan semua Pusat Pendaftaran dan Penolong Pendaftar (Sementara) yang dilantik oleh SPR kecuali Penolong Pendaftar dari Parti Politik.

How do I change my voting address?

Note: The voter address will follow your i/c address. If you want an address of your choice, change your i/c address first at the National Registration Department.

Di bawah ini pula adalah pengalaman sendiri pengundi yang pernah menjalani urusan penukaran alamat tempat mengundi yang Admin rasa boleh dijadikan panduan:

Pertukaran pusat mengundi ni boleh dilakukan di mana-mana pejabat pos berkomputer di seluruh negara tapi sebelum tu anda mesti pastikan yang anda telah menukar alamat kediaman terkini dalam MyKad anda. Jangan nanti penat-penat beratur lama di pejabat pos, bila sampai giliran anda tak boleh tukar pusat mengundi pulak.

So, prosedur yang pertama pergi tukar alamat dalam MyKad dulu di pejabat JPN. Sedikit info yang saya ambil di website JPN tentang pertukaran alamat.

SYARAT PERMOHONAN

1. Pemohon mestilah hadir.
2. Borang Pertukaran Alamat (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
3. Alamat mestilah menggunakan alamat tempat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat tempat bekerja, pejabat, organisasi atau alamat peti surat (P. O. Box) tidak dibenarkan.

PROSEDUR PERMOHONAN

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa Kad Pengenalan (asal dan salinan):

BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK

Warganegara = RM 10.00

(i) Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru = RM 10.00
(ii) Jika pertukaran alamat dalam cip (kemaskini) tanpa melibatkan pengeluaran kad baru = RM2.00

Bukan Warganegara = RM 40.00

(i) Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru = RM 40.00
(ii) Jika pertukaran alamat dalam cip (kemaskini) tanpa melibatkan pengeluaran kad baru = RM2.00

Makluman: Mengikut Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang hendaklah memohon gantian Kad Pengenalan jika bertukar tempat kediaman yang akan didiami selama 90 hari atau lebih.

Ok. Selepas sebulan, anda boleh ambil MyKad baru anda di pejabat JPN dan pergi ke mana-mana pejabat pos berkomputer. Hanya tunjukkan MyKad baru anda di kaunter dan kerani bertugas akan key in maklumat terkini anda dalam Borang A pendaftaran pemilih 2002.

Sumber ~ Mishafie.Blogspot.com/

Jadi secara ringkasnya ~ Penentuan Lokaliti dan Pusat Mengundi untuk anda adalah ditentukan mengikut alamat yang terdapat dalam Kad Pengenalan anda. Oleh itu untuk memohon pertukaran alamat Pusat Mengundi, anda perlu menukarkan alamat terkini anda dalam Kad Pengenalan anda terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Untuk memohon pertukaran Pusat Mengundi, anda perlu HADIR SENDIRI dengan membawa Kad Pengenalan atau Resit Sementara JPN ke mana-mana Pejabat SPR atau Kaunter Pendaftaran SPR di seluruh negara atau di mana-mana Pejabat Pos (berkomputer) di seluruh negara.

Lagi ringkas: Tukar alamat IC Anda di JPN ~> Tukar alamat pusat mengundi di Pejabat SPR/Kaunter Pendaftaran SPR/Pejabat Pos.

Semoga info dan maklumat tentang cara menukar alamat tempat mengundi ini berguna kepada Anda. Untuk mengetahui dengan jelas peranan dan tanggungjawab Anda sebagai pengundi, Admin sarankan supaya Anda mendapatkan Panduan Pilihanraya ke-13 di SINI

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: politik

Tags:

RSSComments (1)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. Cikgu Idris says:

    salam tuan…terbaek!

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com