Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib
88 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Sistem Pilihanraya Mesir 2011

Sistem Pilihanraya Mesir 2011. Di Mesir sekarang nie sedang berlangsung pilihanraya. Menurut maklumat yang Admin dapat daripada rakan di sana, bahawa Parti Hurriah wal Adalah (Ikhwan Muslimin) telah memenangi sebanyak 40% undi dari sekitar 9 negeri di Mesir..diikuti Parti Nur (salafi) kemudian Parti Kutlah Misriah dan Parti Wafdu.

Lambang Hizbul Hurriyyah Wal ‘Adalah – Parti Pembebasan dan Keadilan. (Ikhwan Muslimin – IM)

Di sini Admin hendak kongsikan struktur sistem pilihanraya Mesir 2011 dan cara undi di Mesir. Buat pengetahuan anda pilihanraya Mesir mempunyai 3 jenis:

Pertama : Pilihanraya kerusi dewan rakyat مجلس الشعب
Kedua : Pilihanraya kerusi dewan negara مجلس الشورى
Ketiga : Pilihanraya presiden.

Jadual bagi :
Pilihanraya dewan rakyat : bermula 28 November 2011 sehingga 12 Januari 2012
Pilihanraya dewan negara:bermula 29 Januari sehingga 11 Januari 2012
Pilihanraya Presiden : Akan selesai sebelum bulan 7/2012

Pilihanraya Mesir mempunyai 3 peringkat bagi setiap jenis pilihanraya yang akan melibatkan 9 negeri bagi setiap peringkat.Bagi negeri-negeri yang terlibat bagi setiap peringkat boleh rujuk ke laman web www.elections2011.eg/.

Pilihanraya Dewan Rakyat :( 510 kerusi )

Mempunyai 2 jenis kerusi yang dipertandingankan iaitu kerusi berparti( qoimah ) atau kerusi individu ( fardy ). 1/3 daripada 510 kerusi diperuntukkan untuk calon fardy dan 2/3 daripadanya diperuntukkan kepada calon qoimah. Sebagai contoh di Kaherah, sebanyak 54 kerusi dipertandingkan.1/3 atau 18 orang mestilah diambil dari calon fardy, berbaki daripadanya seramai 36 kerusi diambil dari calon qoimah

Calon Individu ( Fardy ):
Setiap daerah diperuntukan sebanyak 2 kerusi yang dinamakan sebagai kerusi فيئات (profesional ) عمال @ فلاح ( buruh @ petani ).Mereka akan bertanding menggunakan nama mereka sendiri samada calon tersebut ditaja oleh parti atau sebagai calon mustaqil ( bebas).

Sebagai contoh di Kaherah : 18 kerusi fardy itu dipilih daripada 9 buah daerah di dalam kaherah yang mewakili 2 kerusi disetiap daerah.

Syarat kemenangan bagi kerusi fardy ialah :
Mestilah mendapat undian 50%+1undi daripada jumlah undi yang dibuang di daerah mereka.Sekiranya gagal mendapat jumlah tersebut, pertandingan ulangan akan diadakan semula dengan melibatkan satu lawan satu diantara 2 calon yang berjaya mendapat undian tertinggi.

Calon Berparti ( qoimah ):
Setiap daerah diperuntukkan sebanyak 4 ke 10 kerusi mengikut peruntukan kerusi yang telah ditetapkan oleh SPR.Parti yang bertanding perlulah menamakan beberapa penama yang mewakili parti mereka mengikut tertib dengan jumlah kerusi yang telah ditetapkan.

Sebagai contoh di Kaherah: 36 kerusi qoimah itu dipilih daripada pecahan 4 buah daerah di keherah.Daerah ini ialah daerah yang sama dengan daerah calon fardy.Bezanya ialah pecahan daerah Qoimah lebih kecil berbanding daerah fardy.Mudah untuk dipahami.ia seakan2 pecahan kawasan dun dan juga parlimen di Malaysia.Setiap pengundi mesti memilih 2 orang untuk menjadi calon mereka di daerah fardy dan mesti memilih parti yang mereka sokong.

Syarat kemenangan bagi kerusi qoimah ialah :
Calon berparti akan dikira menang mengikut peratus sokongan rakyat di daerah tersebut.Sebagai contoh, SPR telah meletakkan peruntukan sebanyak 10 kerusi utk daerah pertama.Sekiranya parti Alhurriyyah WalAdalah mendapat undi 50% di daerah tersebut,parti itu akan mendapat sebanyak 5 kerusi yang akan dipenuhi penama calon parti itu mengikut turutan teratas yang dihantar kepada SPR.berbaki 5 kerusi lagi akan diagihkan kepada parti yang mendapat peratus kedua dan ketiga tertinggi.

Rujukan:
1. Pecahan kerusi fardy setiap negeri ~ http://www.elections2011.eg/index.php/2011-10-07-15-44-32/constituencies-list-individuals
2. Pecahan kerusi qoimah beserta jumlahlah disetiap negeri ~ http://www.elections2011.eg/index.php/2011-10-07-15-44-32/constituencies-list-lists

Antara isu baru timbul sepanjang proses Pilihanraya Mesir kali ini: Menjelang pusingan pengundian ulangan hari ini, 5 Disember, Pengerusi SPR Mesir Abdul Muiz Ibrahim telah dikunjungi oleh wakil kedutaan Amerika di Mesir hari ini, membayangkan keresahan AS terhadap keputusan Parlimen pusingan pertama beberapa hari lalu. Parti FJP melihat ia satu tindakan campurtangan pihak luar terhadap urusan dalam negara Mesir. Amerika mula bimbang melihat situasi yang memihak kepada Ikhwan Muslimin yang bakal menganggu anak emasnya Israil. Heh.

PS: Admin harap, Parti Hurriah Wal Adalah (bawah Ikhwan Muslimin) akan memenangi pilihanraya Mesir. Sama-sama kita doakan kebangkitan Islam di Bumi Kinanah.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: politik

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com