Nota rujukan Peperiksaan (Exam) Penguasa Kastam Gred WK1-1
By admin on Jan 21, 2012 with Comments 0
Nota rujukan Peperiksaan (Exam) Penguasa Kastam Gred WK1-1 ~ Salam sejahtera, satu lagi maklumat kesinambungan daripada artikel yang Admin post sebelum ini tentang peperiksaan penguasa kastam Gred WK1-1. Terdapat di kalangan pembaca yang mengajukan soalan tentang jawatan Penguasa Kastam dengan skim gred baru WK1-1 ini.
Secara amnya, ianya merupakan jawatan yang harus melalui peperiksaan penilaian yang sama seperti Pegawai Tadbir Diplomatik dan lain iaitu 3 tahap;
1. Peperiksaan bertulis
2. Assessment center
3. Temuduga
Ini bermakna, tiada ambilan terus melalui temuduga. Harus melalui semua peringkat penilaian. Mengenai tugas penguasa Kastam pula ianya termasuk dalam cluster ‘Perkhidmatan Kewangan’ dan tugasannya antaranya (daripada edaran rasmi SPA);
- Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
- Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
- Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
- Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguatkuasaan.
Jadi, apakah persediaan yang perlu anda lakukan sebelum menempoh peperiksaan Penguasa Kastam gred WK1-1 pada 4 Februari nanti? Bagaimana pula dengan persediaan untuk peperiksaan Penguasa Kastam ini? Persediaan yang sama seperti peperiksaan bertulis yang lain dengan format yang tidak jauh bezanya. Ianya merangkumi;
- Pengetahuan Am
- Daya menyelesaikan masalah
- Esei Bahasa Melayu
- Esei Bahasa Inggeris
Apa yang Admin dapat tahu untuk peperiksaan Penguasa Kastam kali ini, pada seksyen pengetahuan Am akan ada tambahan sedikit isu berkaitan seperti peperiksaan Pengawai Anti Dadah yang lepas. Jadi untuk persediaan kali ini, anda perlu ambil tahu isu berkaitan kastam. Rajin-rajinkan diri untuk search di internet tentang ilmu pengetahuan dan asas kastam. Mana tahu, dalam temuduga nanti akan ditanya macam-macam perkara tentang isu semasa yang berkaitan dengan kastam.
Kepada pembeli Tipsptd sebelum ini, anda boleh menggunakan rujukan yang sama untuk Peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1. Jika anda dipanggil menduduki peperiksaan Penguasa Kastam pada 4 Februari ini? Anda memang sangat perlukan rujukan ini untuk membantu anda dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
Kepada Anda yang masih belum dapatkan Panduan ini, Anda boleh dapatkan disini: Nota rujukan lengkap Peperiksaan Penguasa Kastam Gred WK1-1 (Dapatkan SEGERA sebelum pukul 12:05 malam ini)
Admin sarankan supaya Anda dapatkan panduan tersebur segera sebelum link ini ditutup dan produk ditarik balik. Akhir kata, semoga Anda berjaya dalam peperiksaan (exam) Penguasa Kastam Gred wk1-1 pada 4 Februari nanti.
Nota rujukan Peperiksaan (Exam) Penguasa Kastam Gred WK1-1
Artikel yang berkaitan:
Filed Under: penguasa kastam







