Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Teori-teori Pembelajaran

Teori-teori pembelajaran – Admin baru baca pasal teori pembelajaran tadi. Agak menarik juga teori pembelajaran ini jika dipraktikkan. Di bawah ini Admin kongsikan artikel yang berkaitan dengan teori pembelajaran tersebut khas untuk guru, atau siswa. Mungkin berguna dan dapat membantu untuk proses pembelajaran di kelas untuk guru atau assignment bagi student universiti.

Teori-teori Pembelajaran

Konsep Teori

    Teori-teori Pembelajaran
  • Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan

  • Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru
  • Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada empat mazhab yang dan humanis.

Teori pembelajaran 1: Teori Behaviorisme:

Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Teori pembelajaran 2: Teori Kognitif

Mazhab kognitif pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.

Teori pembelajaran 3: Teori Sosial

Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih mazhab sosial berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.

Teori pembelajaran 4: Teori Humanisme

Mazhab humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

Ok, di atas tu cuma pengenalan tentang teori-teori pembelajaran sahaja. Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan Teori-teori pembelajaran nie boleh baca melalui slide di bawah ini:

PS: Sekiranya slide teori pembelajaran di atas nie tidak berfungsi, sila beritahu Admin dengan memberi komen di bawah, Admin akan ganti dan letak slide yang baru nanti.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: pendidikan

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com