Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Semakan Keputusan Permohonan Pertukaran Guru KPM eGTukar bagi Sesi Januari 2012

Semakan Keputusan Permohonan Pertukaran Guru KPM eGTukar bagi Sesi Januari 2012. New update untuk semua guru-guru di Malaysia. Kepada guru atau cikgu yang membuat Permohonan Pertukaran Guru Online Januari 2012 sebelum ini, sekarang anda boleh melakukan semakan keputusan pemohonan anda itu (ayat skema la pulak).

Jadi kepada guru-guru yang membuat pemohonan pertukaran antara negeri boleh la membuat semakan untuk melihat samada pemohonan anda sebelum ini berjaya atau gagal. Keputusan permohonan pertukaran guru 2012 secara online ini telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui laman web rasminya. Semakan boleh dibuat mulai hari ini, 10 november 2011 melalui pautan dibawah ini:-

http://apps.moe.gov.my/epgo/

Perhatian: Semakan hanya boleh dibuat menggunakan browser Internet Explorer. Jadi pastikan anda menggunakan IE untuk menyemak keputusan anda. Kalau tiada browser IE boleh Download di SINI

Semakan Keputusan Permohonan Pertukaran Guru KPM eGTukar bagi Sesi Januari 2012

Kalau mengikut jadual dan tarikh yang dinyatakan sebelum ini semakan permohonan pertukaran guru 2012 boleh dibuat mulai 14 November 2011, tetapi apabila Admin buka laman web kementerian tadi Admin cuba dah boleh. Ini bermakna semakan keputusan permohonan pertukaran guru 2012 ini telah diawalkan dari tarikh yang ditetapkan. Ramai yang belum tahu, Admin sarankan semak awal sebab mana tau nanti ramai orang semak menyebabkan web tak boleh ekses. Ok cikgu, jangan tanguh-tangguh ya. Ehe!

Kepada guru yang berjaya dalam permohonan pertukaran guru 2012 kali ini, Admin PelikBinAjaib.Com ucapkan tahniah! Mesti best sebab dapat mengajar di tempat yang dihajatkan. Selalunya dekat dengan keluarga menjadi sebab utama. Betul tak? Yang paling best, sekali saja mohon dah dapat, kepada yang sudah membuat pemohonan sebelum ini berkali-kali, dan kali ini baru dapat, Admin mengucapkan tahniah sekali lagi kerana usaha anda membuahkan hasil!

Manakala, kepada guru-guru yang gagal dalam pemohonan pertukaran guru 2011 kali ini, jangan putus asa, cuba lagi nanti. Erm, Admin rasa boleh buat rayuan pertukaran guru 2012 dalam talian atau dalam web tu juga. Mungkin apabila dengan membuat permohonan rayuan, keputusan pertukaran guru tersebut akan dipertimbangkan oleh KPM untuk ditukarkan ketempat yang dipohon. Cuba dulu tengok.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh diajukan atau rujuk menggunakan alamat dan nombor telefon seperti dibawah ini:-

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
Tel: 03-88849586 / 03-88849370 | Fax : 03-88849315
http://www.moe.gov.my/bpsh/

Ok, semakan keputusan permohonan pertukaran guru 2011 dah tahu kan, lepas nie cuma tunggu surat daripada JPN negeri untuk ditempatkan di sekolah yang dipohon. Tapi sebelum tu, sebagai guru yang berdedikasi kena habiskan dulu kerja-kerja akhir tahun disekolah yang lama. Jangan tinggal dan lepas tangan je, nanti turun kepada anak murid atau pelajar. Ehe.

Sekian, semoga maklumat di atas serba sedikit dapat membantu para guru di Malaysia dalam proses pertukaran guru online. Wassalam.

PS: Keputusan rayuan pertukaran guru 2010 bagaimana pula?

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: pendidikan

Tags:

RSSComments (2)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. mikuni says:

    Selamat sejahtera, saya sedih kerana tidak berjaya dalam pertukaran, bolehkah saya tahu bagaimana cara untuk membuat rayuan?

    • admin says:

      Salam sejahtera,
      Cuba sekali lagi Cikgu. Buat rayuan melalui link di atas juga, kalau tiada bahagian rayuan, rujuk alamat dan contact yg saya letak di atas tu. Kalau tak boleh juga, boleh cuba lagi tahun depan. Guru yang berjaya pohon kali ini ada yang 3-4 kali pohon baru berjaya. Cuba lagi. Jika ada rezeki, insya-Allah berjaya. :)

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us


    Rating for pelikbinajaib.com