Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib
88 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online Melalui SAPS

Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online Melalui SAPS. Yup! Mudah dan Senang bukan. Kepada ibu bapa, murid-murid serta pelajar-pelajar sekolah kini kemudahan SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah telah menyediakan kemudahan untuk semak keputusan peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun, ujian penilaian dan peperiksaan percubaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Wah memang mudah, lepas nie kepada “budak nakal” yang selalu menyorokkan keputusan perperiksaan perlulah mencari alternatif lain untuk sorokkan resut exam mereka. Haha! Ok, untuk melakukan semakan keputusan peperiksaan secara online mudah sahaja dengan SAPS nie, cuma ikut langkah-langkah di bawah:

1) Mula-mula, pergi ke laman web SAPS di http://saps.moe.gov.my/
2) Kemudian, klik pada butang Semakan Ibu Bapa yang bewarna merah. (atau terus ja klik SINI)
3) Seterusnya masukkan Nombor Kad Pengenalan (IC) atau Nombor Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.
4) Satu paparan baru akan muncul, di sini Anda boleh pilih jenis peperiksaan yang ingin dipaparkan. Anda boleh pilih samada untuk lihat “Slip keputusan peperiksaan” ataupun “Analisa keputusan peperiksaan”. Anda juga dinasihatkan agar cetak kedua-dua Slip dan Analisa keputusan peperiksaan tersebut untuk simpanan dan rujukan.
5) Untuk keluar, klik pada Menu Utama.

Mudah bukan. Dengan internet, semua kerja dapat diselesaikan dengan cepat. Semoga post ini bermanfaat untuk Anda. Sekian

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: pendidikan

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com