Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Panduan Temuduga KPLI/j-QAF

Panduan Temuduga KPLI/j-QAF. Anda mencari tips lengkap untuk temuduga KPLI-SR/j-Qaf yang akan diadakan pada 12 Disember 2011 nanti? Melalui post ini Admin www.PelikBinAjaib.com ingin berkongsi satu informasi penting yang Admin yakin dapat membantu anda semasa temuduga itu nanti. Sebelum itu Admin ingin berkongsi beberapa info, maklumat terkini serta tarikh penting yang berkaitan KPLI/JQAF 2011-2012 yang wajib anda ‘alert’.

Tarikh Semakan calon berjaya : 04.12.2011
Tarikh temuduga : 12.12.2011 hingga 16.12.2011
Tarikh Semakan calon berjaya temuduga : 17.01.2012
Tarikh Lapor diri : 30.01.2012

Di perenggan bawah ini adalah Panduan Ringkas Temuduga KPLI j-QAF berdasarkan pengalaman calon temuduga yang lepas dalam menghadapi temuduga untuk ambilan guru j-QAF beberapa tahun lalu. Ia tidak menjanjikan ketepatan 100% kerana dinamiknya proses temuduga tersebut.

PEMBERITAHUAN!:Untuk Panduan LENGKAP Temuduga KPLI j-QAF Edisi Terkini 2011-2012 anda boleh lihat melalui pautan ini ~ http://kpli-jqaf.com/ atau banner di bawah:
Panduan Temuduga KPLI/j-QAF

Panduan Temuduga KPLI j-QAF

SEBELUM TEMUDUGA

1. Sediakan sijil dan dokumen photocopy yang telah disahkan
2. Sediakan sijil asal yang dimasukkan ke dalam file holder dengan kemas.
3. Susun sijil asal di dalam file holder mengikut susunan sepertimana yang terkandung di dalam surat panggilan temuduga
4. Sediakan pakaian yang kemas sebelum temuduga.
Lelaki: Kameja lengan panjang warna terang, seluar gelap , bertali leher dan berkasut kulit gelap
Perempuan:Baju kurung yang kemas.

SEMASA TEMUDUGA

1. Tunjukkan muka yang manis semasa temuduga
2. Perkenalkan diri seadanya, ceritakan sedikit sebanyak pengalaman dan mengapa memilih menjadi guru
3. Jawab soalan dengan sopan dan jujurlah dengan jawapan yang diberi. Jangan cuba menipu.
4. Tunjukkan eye contact dengan penemuduga dan jawablah soalan dengan penuh keyakinan
5. Jika ada sesi perbincangan dalam kumpulan, mulakan sesi perbincangan. Bertindaklah selaku moderator atau pengerusi kepada sesi perbincangan tersebut
6. Berinteraksilah dengaan baik ketika perbincangan kumpulan.

SELEPAS TEMUDUGA

1. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga
2. Senyum dan jangan terlalu memaksa penemuduga memberi keputusan

FORMAT TEMUDUGA (pengalaman temuduga ambilan j-QAF tahun 2007)

1. Perbincangan kumpulan.
7-8 calon diberi tajuk isu semasa, dan diminta berbincang dalam kumpulan. Berkomunikasilah dan cuba cari peluang terbaik untuk mengutarakan pandangan yang bernas. Jangan hanya diam sahaja. Anda sedang dinilai

2. Bacaan Al-Qur’an/tajwid
Ada sesi di mana anda diminta untuk membaca beberapa potong ayat Al-Qur’an dan akan disoal hukum tajwid. Jadi, ulangkaji sedikit sebanyak hukum tajwid

3. Sesi temuduga face to face
Ada beberapa orang panel penemuduga akan menemuduga calon.
Antara perkara yang MUNGKIN akan ditanya (ini adalah sebagai andaian berdasarkan pengalaman lalu). Selebihnya saudara/saudari perlu banyak membaca tentang isu dan dasar pendidikan.

4. Soalan esei bahasa arab (30 minit, ada 2 pilihan tajuk)

ANTARA YANG MUNGKIN DITANYA BERDASARKAN PERKARA BERIKUT:

PENGETAHUAN IKHTISAS

Adalah menjadi harapan Lembaga Temuduga bahawa guru-guru terlatih yang ditemuduga mempunyai pengetahuan yang wajar dan mempunyai kemahiran berbincang secara canggih (intelligent discussion) mengenai perkara-perkara berikut :-

a) Sejarah pembentukan dan perkembangan Sistem Pendidikan Negara dari segi dasar, pengurusan dan pentadbiran, sistem persekolahan, kurikulum dan sistem penilaian. Adalah diharapkan calon-calon telah membaca, mengkaji dan menerapkan fakta-fakta penting di dalam Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta pendidikan 1961 dan Laporan Kabinet mengenai perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979);

b) Struktur dan sistem pengurusan dan pentadbiran negara pada peringkat pusat, negeri, daerah dan sekolah.

c) Falsafah Pendidikan Negara, khasnya dari segi perlaksanaannya di sekolah dan dalam bilik darjah.

d) Pengetahuan yang mendalam mengenai Dasar Pembangunan Negara/Wawasan 2020 dan hubungkaitnya dengan pendidikan dari segi falsafah dan amalannya.

e) Pengetahuan akademik yang wajar berkaitan dengan matapelajaran yang diajar opsyen/matapelajaran pengkhususan di institut/ maktab perguruan/ universiti.

f) Metodologi dan perkaedahan matapelajaran yang diajar dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di dalam bilik darjah.

g) Konsep, teori dan prinsip pedagogi dan psikologi dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di dalam bilik darjah.

h) Falsafah dan konsep mengenai kurikulum dan perkembangan kurikulum dengan tumpuan khas kepada KBSR dan KBSM dan hubungkaitnya dengan matapelajaran yang diajar dan matapelajaran opsyen/pengkhususan di Institut/maktab perguruan/ universiti.

PENGETAHUAN AM/ISU SOSIAL SEMASA

Pengetahuan semasa/am dikaitkan dengan aspek celik budaya. Celik Budaya diertikan sebagai kepekaan, keprihatinan dan daya ingin tahu terhadap alam persekitaran hidup dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran dan politik. Seseorang yang celik budaya mempunyai pengetahuan dan maklumat asas mengenai alam persekitarannya dan dapat berbincang secara canggih mengenainya dari berbagai-bagai sudut pandangan dan perspektif.

MAKLUMAT TAMBAHAN (PENTING):

1. Info berkenaan dengan PELAKSANAAN j-QAF
-Dasar dan latarbelakang j-QAF
-Model-model j-QAF
-Kaedah pengajaran untuk kanak-kanak

2. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010)
3. NKRA Pendidikan.
4. Ulangkaji kandungan ijazah pertama anda. Mungkin ada isu berkenaan dengan bidang ijazah anda dahulu.

Sumber: http://akademipenulisbebas.wordpress.com

Admin doakan semoga para calon temuduga KPLI/j-QAF akan berjaya dalam temuduga itu nanti. Isu-isu pendidikan terkini harus diambil perhatian. Soalannya mungkin berlainan daripada seorang calon yang lain pada waktu temuduga nanti. Ianya fleksible. Panduan atau tips yang ditulis diatas adalah sekadar ringkasan sahaja. Tak ramai tahu contoh soalan temuduga KPLI j-Qaf yang akan disoal nanti. Jadi Admin amat syorkan kepada Anda supaya mendapatkan Panduan LENGKAP Temuduga KPLI/j-QAF Terkini 2011-2012 segera sebelum ianya ditutup. Klik banner di bawah untuk melihat Panduan Lengkap tersebut:


Panduan Temuduga KPLI/j-QAF

Apa yang penting berdoalah moga dipermudahkan. Berusaha, berlaku jujur dengan penemuduga, berkeyakinan. Moga-moga berjaya. Lakukan solat hajat, dan minta restu ibu dan ayah. Ingatlah bahawa pesaing anda sangat ramai dan bukan calang-calang, jadi Admin nasihatkan agar jangan ambil mudah temuduga kali ini. Sekian artikel tentang Panduan Temuduga KPLI/j-QAF

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: pendidikan

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us


    Rating for pelikbinajaib.com