Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Gaji guru – Skala Gaji Guru hingga DG54

Gaji guru – Skala Gaji Guru hingga DG54. Daripada sumber yang admin perolehi, pada bulan Mei lalu Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Abdul Razak telah umumkan kaedah baru kenaikan pangkat guru PDP di mana mulai Januari tahun 2011 depan, lebih 300,000 guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) akan berpeluang untuk menikmati kadar kenaikan pangkat hingga ke gred DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, walaupun menabur bakti selama 25 tahun dalam perkhidmatan.

Tambahan lagi, sekiranya mereka berjaya menunjukkan pencapaian yang cemerlang dengan menampilkan perkhidmatan lebih bermutu seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, maka mereka juga turut berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Kaedah baru kenaikan pangkat khusus untuk guru PDP itu adalah hadiah daripada Kerajaan Malaysia bersempena dengan Hari Guru tahun ini bagi mengiktiraf pengorbanan serta menyedari beban tugas para guru dalam memenuhi tuntutan potensi modal insan negara.

Melalui kaedah baru berkenaan, guru diklasifikasi kepada empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54 dalam tempoh 25 tahun perkhidmatan, berdasarkan kecemerlangan.

Cikgu atau guru yang menunjukkan potensi kecemerlangan terkemuka, boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum umur bersara. Namun begitu, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, masih berkesempatan untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. Maka, kerajaan bersetuju untuk menambah jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus menjadi 72 jawatan semuanya, berbanding 36 jawatan yang sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Pada masa yang sama, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah gred DG48 ke DG52, membabitkan 1,228 jawatan, manakala semua Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah Menengah dinaikkan dari DG44 ke DG48 membabitkan 6,585 jawatan. Bagi GPK sekolah rendah kluster pula, mereka dinaikkan pangkat dari gred DGA32 ke DGA34.

Di bawah ini admin selitkan bersama Jadual atau Skala Gaji Guru hingga DG54:

Jadual dan Skala Gaji Guru hingga DG54

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: pendidikan

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us


    Rating for pelikbinajaib.com