Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Borang Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 2012

Selamat Pagi. Di awal pagi sebelum masuksubuh ini, Admin nak update blog mengenai maklumat terkini bahawa permohonan ke SBP tingkatan 1 bagi sesi 2012 sudah pun dibuka. Anda boleh mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan permohonan sbp tingkatan 1 2011 seperti Aliran SBP, Pakej Mata Pelajaran, Tarikh Tutup, Keputusan Permohonan serta maklumat lain dengan lebih detail dibawah.

Aliran SBP

Buat maklumat anda, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iaitu Aliran Sains dan Aliran Agama. Sehingga kini terdapat 43 buah SBP aliran Sains dan 14 buah SBP aliran Agama di seluruh Malaysia.

Pakej Mata Pelajaran

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut:

SBP Aliran Sains : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/ Moral, Bahasa Antarabangsa (Arab/ Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)

SBP Aliran Agama : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab (Komunikasi), Bahasa Antarabangsa (Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)

Permohonan SBP Tingkatan 1 2012

  • Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2012 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan ini sebanyak DUA salinan:
    1. Salinan pertama perlu dihantar kepada Guru Besar sekolah asal pemohon.
    2. Salinan kedua dihantar kepada Pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang dipilih.

  • Pemilihan ke SBP melibatkan dua cara iaitu 20% murid akan dipilih oleh Pengetua SBP dan 80% murid akan dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemilihan oleh pengetua lebih kepada memilih murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu yang sesuai dengan kebitaraan (niche area) sekolah tersebut. Walau bagaimanapun semua cara pemilihan masih tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan untuk ke Tingkatan 1 SBP 2012 ini akan ditutup pada 15 Oktober 2011.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2012 ini dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember 2011.

Maklumat Tambahan

  • Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 1 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.

  • Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.
  • Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
  • Pertanyaan boleh juga dibuat di Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my

Sumber: http://www.moe.gov.my/

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: pendidikan

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com