Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Video Balan Balan – Video Penangkapan Hantu Penanggal

Video Balan-Balan – Video Penangkapan Hantu Penanggal. Err Penanggalan alias Balan-balan nie memang wujud ke? Kalau Admin belum pernah jumpa lagi lah hantu-hantu nie. Cuma bila sebut sahaja pasal Hantu Penanggal nie Admin teringat masa Admin form 2 dulu, pernah baca novel cerita seram Tamar Jalis tentang Hantu Penanggal nie. Siap hafal lagi dan cerita semula pada kawan-kawan di Asrama. Anda kenal tak siapa Tamar Jalis tu? Alah, yang terkenal dengan novel siri bercakap dengan jin tu, salah satu koleksi novel Tamar Jalis. Kepada peminat novel seram mesti kenal beliau. Google je.

Hehe.. best betul tengok diorang menumpukan perhatian dengan wajah serius bila Admin cerita pasal Hantu Balan-balan nie. Memang ingat lagi mimik wajah mereka sebab lebih 3 kali juga la Admin cerita pasal Hantu Penanggal nie pada diorang. Sekarang cuma ingat sikit-sikit saja. Yang Admin ingat, Hantu Penanggal nie keluar waktu malam, siang dia jadi orang. Dia keluar kepala sahaja dan tinggal badan di rumah. Sebelum siang dia kena kembali ke badannya. Pendek cerita suatu malam ada penduduk kampung nak tangkap dia, sebelum nie macam-macam diorang buat nak kalahkan dia, last-last jumpa juga caranya. Siapa nak tahu? Dapatkanlah buku Tamar Jalis tu, hahaha! Admin baca masa form 2 tahun 2000. Lama dah. Nak tahu komen kat bawah, cukup 10 orang Admin beritahu. Ehehehe!

Ok, berbalik kepada tajuk asal tentang video balan-balan yang Admin jumpa di Youtube tadi. Tak payah percaya, khurafat. Hantu-hantu nie kerja syaitan saja, yang bertukar wajah kepada pelbagai rupa. Golongan Jin dan Syaitan. Kita layan ja video nie, tak perlu takut, Admin tengok bukan ada sisi seram pun dalam video bawah nie:

Tajuk: Video Penangkapan Hantu Penanggal

Apa pendapat Anda lepas tengok video di atas nie. Admin tengok babak-babak serius dalam video balan-balan tu seakan-akan dibuat-buat saja. Yer tak?

PS: Tiada sesuatu yang dapat memudharatkan Manusia dan Makhluk lainnya di muka bumi ini selain mendapat keizinan Allah. Dan sesungguhnya Syaitan itu mendapat keizinan Allah untuk hidup sehingga hari kiamat semata-mata untuk menyesatkan manusia. Wallahua’lam.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: pelik

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us


    Rating for pelikbinajaib.com