Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Kisah Seram di Genting Highlands

Kisah Seram Di Genting Highlands. Hoho, kisah nie memang seram. Kepada pembaca yang pernah pergi ke Genting Highlands atau tinggal di sana mesti selalu dengar atau pernah dengar tentang kisah seram di Genting Highlands nie. Ada banyak sebenarnya koleksi kisah seram Di Genting Highlands yang diceritakan. Namun Admin www.PelikBinAjaib.com kali ini hendak berkongsi satu kisah seram di Genting Highlands yang paling popular. Ikuti kisahnya di bawah.

Kisah Seram Di Genting Highlands

~ Kisah seram Amber Court – Kalau buka muzik latarbelakang seram best gak masa baca nie. Hehe. Di bawah ini adalah gambar Amber Court:

Kisah Seram di Genting Highlands

Kisah Seram di Genting Highlands

Atas tu baru gambar waktu siang. Bayangkan kalau waktu malam bagaimanala pula rupanya. Amber Court ini dikatakan merupakan tempat yang paling menakutkan dan memang ramai orang cerita yang mereka selalu kena kacau di sini. Apa yang paling penting, walaupun mereka yang tinggal di First World Hotel serta menghadap ke Amber Court pun tidak terkecuali kena kacau juga. Terdapat juga satu bilik privisi (private room) seperti di Kasino di mana mereka menyimpan jin-jin (erk?) mereka di Amber Court. Menurut sumber, pihak pengurusan di situ selalu beri amaran supaya jangan kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu. Tapi kenapa? Agak-agak anda apa sebabnya ya? Biliknya seperti di bawah ini:

Antara pengalaman seram yang diceritakan macam mana mereka yang tinggal sini kena kacau:

> Tv terpadam dan terbuka dengan sendiri
> Bunyi orang bertukang malam-malam
> Bunyi perempuan mengilai
> Suara budak menangis
> Perempuan memanggil (panggil penginap yang tinggal kat situ)
> Dengar derapan tapak kasut dari luar
> Bunyi pintu diketuk
> Terasa diri diperhatikan

Ini kata seorang penghuni di sana:

“Amber court dengan Billion Court memang berhantu. Member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung masa member aku tengah mandi. staff genting pun cakap tempat tu mmg barhantu. Kitorang memang cadang nak stay sebab nak tengok hantu tapi masa drive pegi sana malam-malam memang agak spooky (menakutkan). Tapi tak ingat nape tak jadi stay.”

“..aku tidur, tetiba tingkap bilik kena ketuk bertalu-talu…
aku punyalah takut, mula-mula malu nak kecoh-kecoh, malu dengan roomate aku..
lama-lama hilang malu, takut punya pasal,
aku nangis sampai member aku terjaga…
bila sama-sama takut, dua-dua menjerit, “Woi… kitaorang ngantuk lah..nak tidur… pegi main jauh-jauh.. kita orang tak der masa nak layan ko..”
aku dah stop jerit.
member aku pulak pegi belasah tingkap tu dengan bantal, bantai tingkap tuh cukup-cukup…
pastu baru diam…”

“aku nak citer pasal Amber court ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak sana tapi lepak kat bawah jer lah..sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus paking depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa minit lepak-lepak dengan member-member kat situ… hehehhh nak taw apa jadii… kedengaran satu jeritan dari bawah parking pastu ada bunyik melolong dari tingkat atass sekali..aku nk blah dahh masuk dalam kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama macam dalam movie hantu…tapi member-member rilexs jer…kalau korang nk tahu lanjut korang boleh datang lepak kat bawah tu malam-malam pastu sembang dengan pak guard kat situ…hahahhah macam-macam dia citer…kat situ sebenarnya port bunuh diri…”

Lebih kurang begitulah apa yang diceritakan oleh mereka yang pernah menghuni di situ. Walaupun Admin sendiri tidak pernah menginap, hanya pernah sekali menjijakkan kaki di Genting Highlands, Admin dapat rasa keseraman tempat tu. Lihat gambar pun dah boleh agak bagaimana suasana tempat tu. Erm, ada di antara pembaca yang pernah menginap di sana? Kalau ada pernah alami tak kisah seperti di atas tu? Cer komen dan kongsi sikit.

PS: Kisah seram di Genting Highlands memang seram.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: pelik

Tags:

RSSComments (2)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. Mario King says:

    I stayed in Amber Court once. We went in a group of 5 person. The purpose of us staying there is because it was cheap and therefore we were there to party and get drunk. There was a moment where i was locked outside of the balcony by my friends who is playing a fool with me…so i did not think much and i started to smoke a cigi and look around while all my friends was inside the unit. When i was looking around suddenly what caught me in attention was the unit we were staying next to it was also a unit where it was empty and the room was full of talisman on the wall..I did not shout or what but i just told myself to stay calm and relax..later my friend opened up the balcony door because i told them i was cold cant stand already…The moment i went in back to my unit i started to drink and 3 of my friend who is almost drunk and they want to sleep…therefore in the night when the 3 of them was sleeping i sneaked out from the unit with another friend and headed straight to the carpark and drive our car home. Thanked god we arrived safely.

  2. wardah syaukah says:

    i’m not sure la tu hantu ke tak tapi nseb baik menginap 1 mlm jek….tepat pukul 12 jek bunyi loceng 3x…ble intai xde orang….nseb baik x bukak pintu….tp apa yg penting kena sembahyang….baru la hantu tak kacau kay….

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us


    Rating for pelikbinajaib.com