Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Kisah Pasangan Suami Isteri Curang: Cerita Selingkuh Bermula di Facebook

Hari ini admin nak update satu data yang baru admin perolehi semasa ber’jalan-jalan’ di Facebook. Tujuan admin post di sini adalah sebagai peringatan kepada pembaca blog PelikBinAjaib.com supaya sentiasa beringat sebelum terkena.

Kisah pasangan Suami Isteri curang dan selingkuh dengan orang ketiga (luar) ini bermula di laman Facebook. Daripada hanya sekadar kenalan di Facebook, kemudian bermula bertegur-sapa dan kemudiannya semakin lama hubungan terlarang ini semakin intim dan akhirnya berakhir dengan kecurangan. Hal ini tidak kira samada isteri selingkuh mahupun suami yang selingkuh. Puncanya hanya satu iaitu Facebook!

Menurut hasil kajian terbaru, saban hari semakin ramai pasangan yang bercerai menjadikan laman web sosial Facebook sebagai bukti pasangan mereka melakukan kecurangan.

Hasil kajian yang dijalankan sekumpulan peguam terkenal di Amerika Syarikat (United States) mendedahkan bahawa kebanyakan pelanggan mereka datang ke mahkamah dengan membawa bukti yang mereka temui di laman web itu. Mereka berkata, laman sosial yang amat popular itu (Facebook) dilayari berjuta-juta pengguna memberi peluang mereka menghubungi rakan lama dan mencari rakan baru, tetapi pada masa yang sama menjadi punca untuk individu berbohong dan menipu pasangan mereka.

Didapati bahawa masalah biasanya bermula apabila pengguna bersembang perkara membabitkan seks perkara yang tidak wajar dilakukan dengan ‘rakan’ di internet.

“Semakin ramai pelanggan datang menemui saya dan apabila saya menyoalkan apa tujuan mereka mahu bertemu dengan saya, mereka menjawab Facebook,” kata peguam perceraian terkenal, Mary Cay Trace.

Beliau berkata lagi, e-mel lucah serta mesej berbaur seks di laman Facebook menjadi bahan bukti yang semakin banyak didedahkan di mahkamah, sebagai punca perubahan sikap individu terhadap pasangan mereka sehingga menyebabkan perceraian.
Mary Cay berkata, mana-mana individu juga kini boleh menyiasat jiran dan rakan sepejabat melalui Facebook jika mengesyaki mereka berlaku curang.

Mary Cay merujuk kes seorang wanita yang menulis dalam laman web MyFoxPhilly.com mengenai gelagat suaminya bertukar-tukar nota cinta dengan bekas rakan sekolahnya selepas mereka bertemu kembali melalui Facebook.

“Hanya dalam tempoh beberapa bulan, perkahwinan wanita itu dan suaminya selama 13 tahun, berakhir dengan perceraian. Teman wanita baru suaminya juga bercerai dengan pasangannya. Mereka mempunyai dua orang anak,” katanya.

Bagaimanapun, kata Mary Cay lagi, perkara yang lebih menyedihkan adalah apabila seseorang individu mengesan kecurangan pasangan mereka di Facebook.

Perkara itu tidak hanya diketahui oleh mereka saja, sebaliknya jiran tetangga, anggota keluarga dan anak juga dapat mengetahuinya, kata peguam itu. – Agensi

Admin royak sikit – itu hal yang berlaku di Amerika yang kita sendiri tahu bahawa memang tahap sosialnya berada di paras kritikal. Tetapi jangan disangka hanya berlaku di Amerika, di Malaysia juga terdapat banyak kes mengenai curang di Facebook dan sebagainya. Tambahan pula melalui medium Facebook dan internet ini ramai yang menyembunyikan ‘watak’ masing-masing dan bersikap baik dan mahu menolong. Anda sendiri fikirkan. Jika tidak berlaku kepada kita, kemungkinan orang terdekat kita. Nauzubillah hi minzalik :)

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: pelik

Tags:

RSSComments (2)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. yaya says:

    saya setuju sgt facebook mmg punca utama pasangan suami isteri sekarang berbalah dan berakhir dengan penceraian. pasangan masing2 mula buat hal melalui fb ni. hal ini sy sendiri dh lalui.suami sendiri tipu isteri semata-mata kekasih gelapnya yang dikenal melalui fb.tujuan asal kewujudan fb ini adalah baik iaitu utk mengeratkan hubungan silaturahim tapi sbg manusia kita salah guna kewujudan lamn sosial ini dan take advantage kepercayaan yg diberi oleh pasangan masing2.insaflah wahai pengguna2 laman sosial.jgn hanyut dgn dunia maya kembalilah kepada realiti.jujur dan setialah dgn pasangan anda.sekali hati diguris sukar untuk sembuh sepenuhnya.parut di hati akan kekal sampai bila2.ambillah iktibar.jgn biarkan rumah tangga yang dibina bertahun-tahun musnah sekelip mata.

  2. embun says:

    punca perceraian 1 gagal mengawal perasaan.2memang ada niat untuk bercerai,3tidak suka/mahu berterus terang ,cukup tiga kan

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com