Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Cerita seram highway Karak

Cerita seram highway Karak – Sebelum Admin kongsikan koleksi cerita seram highway Karak nih, cuba Anda eja Karak secara terbalik sekarang! ejannya adalah KARAK! Eeeee… (seram tak? ehehe). Tunggu dulu, lagi seram, cuba Anda eja nama Anda secara terbalik pula.. ha.. ada yang sama tak? Ahaha.. kalau sama..erm mesti ada kaitan. (…)

Sebenarnya kisah seram di highway Karak tidak kurang hebatnya jalan lama Karak. Kepada Anda yang tidak tahu dimana laluan lebuhraya Karak nie, buat pengetahuan Anda lebuhraya Karak ni buka pada tahun 1977, panjangnya 60 kilometer yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Karak di negeri Pahang. Kalau Anda nak ke Pantai Timur contohnya Pahang, Kelantan ataupun Terengganu memang akan lalu Karak dulu.

cerita seram highway Karak

Berikut beberapa kisah seram Karak yang dapat Admin kongsikan dengan pembaca blog www.PelikBinAjaib.com sekalian.

Kisah 1: Pengalaman Norman Abdul Halim KRU (Penulis skrip filem Karak)

cerita seram highway Karak“Saya percaya ramai yang mempunyai pengalaman seram ketika melalui highway Karak kerana saya dan Yusry sendiri juga pernah mengalami kejadian seram ketika melalui lebuh raya tersebut.

” Kejadian itu berlaku pada waktu malam dan kami benar-benar terkejut bila satu mahluk tiba-tiba muncul dan hampir menerkam cermin kereta kami tetapi kami sempat mengelak. Kami juga hampir-hampir terlibat dalam kemalangan pada malam kejadian itu.

“Namun, syukurlah kami bernasib baik kami juga tidak diapa-apakan. Jadi apa yang boleh saya katakan disini , kisah yang saya tulis ini hasil dari pengalaman saya sendiri serta reseacrh yang saya buat,”

Kisah 2: Dari Izyahya.Com

Korang pernah tak lalu kat Karak, yang jalan lama tu? Aku pernah. Bertahun-tahun jugak la. Masa nak balik kampung. Kampung belah mak aku, kat Ipoh. Family aku kan duduk Kuantan. So everytime nak balik raya, memang takde choice, kena jugak lalu Karak.

Masa tu takde highway Pantai Timur ni derrr… lalu la kau jalan lama tu ha.. Dah la lane biasa biasa tu je.. yang ada garis putus-putus kat tengah jalan tu. Lepas tu lori balak berderet-deret nak kena potong.

Mak mengucap dan doa macam-macam setiap kali abah overtake lori panjang. Aku pun, rasa cam terhenti napas.

Alhamdulillah la sekarang ni dah ada highway. Dan syukur jugak la sepanjang dua tahun aku duduk KL dan ulang alik balik Kuantan every week, takde perkara menakutkan berlaku kat aku. Aku drive sorang tau. Jumaat lepas kerja, balik Kuantan. Then Monday sebelum Subuh, aku balik KL pulak. Kabus subuh toksah cakap. Seram gilaaaaaaaaaaaa..

Tapi paling aku tak suka pasal Karak ni, ialah cerita-cerita seram di sebaliknya. Majoriti orang akan cakap Karak ni kawasan yang ‘keras’

Berhantu. Jangan buat-buat tak faham ‘keras’ tu apa pulak.

Kisah 3: Tokobakso.Com

Cerita Benar di Karak Highway

korg cite psl karak hiway ni baru aku teringat, 1 kwsan rehat, “Hentian sebelah lentang”, situ ada air terjun. exit situ leh wat u-turn bawah hiway tu.

masa balik raya kelantan tahun lepas, ada sorg passenger iaitu bini kpd biras aku (adik kakak ipar aku) nk g toilet… masa tu jem giler, dh stgh jam tktau nk benti katner, last2 smpai kat area hentian sbelah lentang tu, aku masuk le, igtkan ada la R&R macam R&R yg lain… rupa2nya gelap gelita. aku nmpak (suluh ngan lampu van unser) toilet, kaunter restoran situ masih dlm pembinaan , lom siap. so, biras aku pun baak le bini dia g tepi kolam, jauh le gak, gelap.

aku duk nunggu tu tiba2 je baby dia yg akak aku dukung tu nangis kaw2. tah tiba2 aku punya bulu roma plak naik berdiri. tk smpai sminit, aku dgr ada benda jatuh dlm kolam tu (bunyi mcm benda besar la), gelap = tk nampak apa. aku igtkan biras aku or bini dia jatuh ke… tp kejap je lepas tu, diorg dtg balik n ckp “dah setel”. aku pun sambung drive, smpai kat hiway, aku tanye le biras aku tu, bunyi apa jatuh dlm air tadi? dia sengih je, n ckp, “nnti citer”. smpai kat mana tah, bila dh kurang jem, jln pun cerah n kete banyak, dia kata yg dia pun tktau apa. mcm batu besar kena campak ke dlm air. smpai terpercik kena dia seolah halau dia tkmo bg guna air kat situ.

sori la klau korg baca pnjang2, tp isi cite aku tkde mende sgt, aku saje je nk cite jugak..

Kisah 4:

Menurut cerita yg diceritakan pula oleh PLUS peronda..ketika mereka menjlnkan rutin seperti biasa iaitu meronda mereka ternampak dr jauh sebuah kereta tersadai di tepi highway tersebut. namun apabila semakin dekat mereka nampak suatu lembaga menyerupai mawas yg besar sedang bertenggek dibahagian belakang kereta tersebut sambil mencarik-carik sesuatu. ketika mereka semakin hampir mahluk tersebut menoleh kebelakang lalu terus melompat kearah hutan bersebelahan. ketika itulah mereka terus menuju ke bahagian dpn kereta tersebut utk memeriksa situasi

Amacam, ada rasa timbul suasana seram tak di sekitar Anda? Tak ada? Tak kan tak der sikit pun rasa seram seperti angin menepis kulit ker. Ahaha!

Daripada Cerita seram highway Karak di atas tu ada yang kata mitos saja. Apapun siapa tahu kan sebab tak pernah alami sendiri kejadian tu. Kalau Anda teringin nak cuba rasa bolehla cuba lalu di highway Karak, kalau lalu tu jangan waktu siang, pergila waktu maghrib ka (banyak syaitan berkeliaran waktu tu) atau waktu malam. Admin gurau je, jangan cari pasal kalau tak kuat semangat yer. Sekian.

PS: Sebenarnya ada lagi cerita yang lebih seram tentang Highway Karak nie, cerita nie akan diceritakan oleh Anda.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: pelik

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us


    Rating for pelikbinajaib.com