Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Lirik Lagu Lau Kana Bainana Habib

Lirik Lagu Lau Kana Bainana Habib. Siapa yang tengok rancangan tv tajuk “Lau Kana Bainana Habib”. Maksudnya, seandainya ada kekasih Allah di antara kita. Kekasih Allah itu merujuk kepada Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wasallam. Memang menarik, rancangan ini menguji perangai umat Islam sekarang, adakah mereka amanah atau sebaliknya, jujur atau sebaliknya. Memang best, Admin dah tengok, rancangan ini ada dalam TV Al-Hijrah Astro. Sekarang kalau Astro Oasis pun ada rancangan seakan-akan konsep rancangan nie, Akhil Hayy kalau tak silap. Admin sempat tengok iklan ja.

Sempena rancangan itu, selalu dialunkan lagu tema lau kana bainan habib di corong-corong radio, selalunya radio IKIM lah. Hehe, ok.. di bawah ini Admin letakkan video lagu lau kana bainana habib full song khas buat pembaca PelikBinAjaib.Com, selain itu di bawah ini juga Admin post sekali lirik arabnya serta maksud dalam bahasa melayu dan english, tentang download link lagu lau kana bainana habib, Admin akan masukkan kemudian, insya-Allah:

Lirik dalam Bahasa Arab dan Melayu

Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب

Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب

Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam : يا رحمة للعالمين

Englsih Subtitle / Translation

If the beloved (saw) were among us
Those from far & near will come to him (saw)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (saw)

In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (saw) will not cease to exist
Oh Ya Allah who answers prayer, please fulfill our hope to meet him (saw)

I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (saw) Muhammad saw honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (saw)

..erm, ada yang menangis sedih dalam rancangan nie apabila seorang wanita Arab ditanya soalan: Andai Rasulullah Bersama Anda Sekarang, Apa yang akan Anda katakan? Jawabnya: Dia mohon Rasulullah bawanya bersama pergi daripada dunia yang fana ini, kemudian dia menangis. Lebih kurang begitulah maksudnya yang Admin faham. Bagaimana pula jawapan anda?.. seandainya sekarang Rasulullah bersama Anda?

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: lirik lagu

Tags:

RSSComments (3)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. Mohamad Zaini says:

    lirik dan melodi lagu ini sungguh menyayat hati dan bisa buat kita meniitiskan air mata..

  2. atikah'z hassan yamani says:

    mak tika ske cgt ngn lagu nie..1 st time tika dgr kat TV Alhijrah terus minat..terus terpaut ati nk cari lagu nie.finally i got it..sedeyh jer dgr..ermm:(

  3. azannee says:

    lovely song; make us love Him more and more

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us


    Rating for pelikbinajaib.com