Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib
88 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Surat Tunjuk Sebab Lewat Datang Kerja

Surat tunjuk sebab lewat datang kerja. Ada ke? Wujud ka contoh surat tunjuk sebab lewat datang kerja nih? Kalau pembaca ada sila beritahu Admin ya. Setakat yang Admin jumpa yang nie jela.. boleh lah Anda aplikasikan nanti. Good Luck!

Contoh dan Format Surat tunjuk sebab lewat datang kerja Terbaik

Aku Kuat Tido Bin Semua Kuat.
No 897,
Lorong Perumahan Paling Malas 12,
12345 Port Tido Terbaik,
Negeri 1001 Malam. 01 JANUARI 2020 an
_______________________________________________________

En. Jangan Maraa Arr.
Manager Suka Tido,
Cawangan Port Tido,
12345 Port Tido Terbaik,
Negeri 1001 Malam.

Tuan/Puan,

Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Ke Kerja

Saya dengan hormatnya merujuk perkara diatas.

2. Merujuk perkara diatas saya Mohd Kuat Tido Bin Semua Kuat ingin memberitahu kepada En. Jangan Maraa Arr Bin Nanti Kena Jual bahawa sebab-sebab kenapa saya tidak dapat hadir kerja hari itu. Ini kerana pada hari Isnin pada tarikh -1 Ogos 2020 saya tidak mampu untuk hadir ke kerja. *Sila abaikan surat ini sekiranya Encik tak perasan saya tak hadir hari tu eh. Ok? Baiknye Encik ni. Tak sangka. hehe heh.

3. Ini kerana pada hari tersebut saya tidak berapa nak sihat sangat untuk hadir ke kerja. Saya berasa kepala saya begitu pening hinggakan saya tidak mampu untuk bangun apatah lagi pergi ke kerja. Bayangkanlah betapa teruknya saya punya pening. Oleh itu saya tidak mampu untuk datang ke kelas. *Ni tulis surat ni pun tengah pening lagi tau. Kalau saya mati pening sebab tulis surat ini, siaplah Encik tunggu la apa balasannya nanti. I will call my lawyer! See you at the court! No mercy kau aku cakap.

4. Selain itu selain pening, saya sebenarnya mengalami masalah tidur awal di waktu malam. Encik dan yang lain-lain mungkin tak tahu penderitaan saya ni. Hipotesisnya macam ini, semakin bertambah awal saya tidur maka semakin bertambah susah saya nak bangun. Kesimpulannya pula macam ini, Jika saya tidur lewat jangan haraplah nak suruh saya bangun awal gila ke hape ngantuk siot. Maafkan saya terkasar bahasa.

5. Lagi, selain itu saya juga hendak memberitahu bahawa saya sebenarnya sangat tak suka tengok muka Encik yang hensem itu. Tengok Encik sahaja dah cukup membuatkan darah dalam badan saya menyirap pulak aku haih. Selain sebenarnya saya tipu, Encik tak hensem sebab tu tak suka sangat, Encik juga amat gatal. Gatal betul kau tu tua buat cara tua. Encik kenal Siti? Siti Bon Bon? Dia itu GF saya, tapi saya lihat Encik selambe je suka menggatal dengan dia. Kenapa? *Sila tulis surat tunjuk sebab kenapa menggatal dengan Siti GF saya itu. Biasa betul…Nakal..Nakal…

5. Akhir kata, saya juga berharap supaya Encik dapat memberikan saya peluang untuk saya membaiki kesilapan saya walaupun sukar bagi ku tapi akan saya usaha. Maaf sangat-sangat. Sekali lagi saya meminta jasa baik Encik untuk memaafkan saya kerana ke tidak hadir kerja.

Sekian, Terima Kasih.

Penting! Submit surat tunjuk sebab kenapa Encik menggatal dengan GF saya sebelum esok. CHOW!

Admin olah sikit daripada karya asal ~ http://zamnetwork.blogspot.com/, kepada Anda yang sedang stress tak dapat mencari Contoh Surat Tunjuk Sebab Lewat Datang Kerja dan tetiba masuk ke halaman ini, diharapkan Surat Tunjuk Sebab Lewat Datang Kerja Lucu di atas dapat menenangkan Anda. Tapi kalau bertambah stess Admin tak tanggung, jangan maree arr nanti kena jual. Haha!

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: kreatif

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com