Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib
88 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Gambar air terjun

Gambar air terjun – Koleksi gambar-gambar air terjun yang cantik. Semua pembaca pernah pergi ke air terjun kan? Pemandangan air terjun amat indah. Ada sesiapa yang belum pernah pergi? Kalau belum Anda memang rugi kerana ia antara merupakan satu ciptaan Allah yang cantik dan hebat!

Melalui post kali ini Admin nak kongsikan beberapa gambar air terjun yang menjadi tarikan di dunia, mana tahu pada suatu hari nanti ada di kalangan pembaca yang berniat untuk pergi sendiri melihat air terjun di bawah ini.

  1. Gambar Air Terjun Niagara

    gambar air terjun niagara

    Air Terjun Niagara terletak di sempadan Canada dan USA. Walaupun bukan dalam kategori tertinggi atau terlebar, namun ia dianggap air terjun tercantik terdapat di mukabumi. Menjadi tarikan pelancong paling popular, Air Terjun Niagara juga dikenali sebagai “Honeymoon Capital of the World”.

  2. Gambar air terjun Angel

    gambar air terjun angel

    Dengan ketinggian 979 meter, Air Terjun Angel di Venezuela merupakan air terjun paling tinggi di dunia. Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat dilawati dengan menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki.

  3. Gambar air terjun Iguazu

    gambar air terjun iguazu

    Salah satu air terjun paling hebat dan indah, Iguazu Falls terletak di antara sempadan Brazil dan Argentina. Ia terdiri dari 275 buah air terjun yang terpisah antara satu sama lain sepanjang 2.5 batu dengan ketinggian 269 kaki.

  4. Gambar air terjun Victoria

    gambar air terjun victoria

    Menjadi tarikan utama pelancong ke benua Afrika, Air Terjun Victoria adalah antara paling cantik di dunia. Airnya yang menderu turun membasahi hutan hijau berserta kehadiran hidupan liar menimbulkan satu pemandangan yang mengasyikkan.

  5. Gambar air terjun Gullfoss

    gambar air terjun gullfoss

    Air terjun terbesar di benua Eropah dan tercantik di Iceland, Gullfoss Falls menjadi bualan dalam cerita dan misteri masyarakat tempatan. Ia juga punca pembentukan ‘Golden Circle’, tempat di mana terdapat kumpulan geiser (pancutan air panas) dan kolam air panas yang menjadi tumpuan pelancong.

  6. Gambar air terjun Upsidedown

    gambar air terjun upsidedown

    Sesuai dengan namanya, Upside Down Falls yang terletak di Gunung Konahuanu, pulau Oahu, Hawaii sangat unik. Ini kerana apabila menerima hujan yang mencukupi, air terjunnya hanya sempat turun beberapa meter sahaja. Angin kencang di kawasan gunung akan meniup air yang turun ke bawah menjadi titisan kecil berterbangan ke atas.

  7. Gambar air terjun Nachi

    gambar air terjun nachi

    Berkemungkinan paling kerap dikunjungi, malah tercantik di Asia, Nachi Falls merupakan sebahagian dari 48 rangkaian air terjun yang mengalir deras dari Gunung Nachi, Jepun. Dengan ketinggian 400 kaki, ia juga menjadi air terjun tertinggi di negara matahari terbit tersebut.

  8. Gambar air terjun Lowerfalls

    gambar air terjun lowerfalls

    Lower Falls berada di tepi sungai Yellowstone dalam kawasan terkenal Grand Canyon, USA. Dengan dikelilingi oleh batu-batu gunung berapi dan kawasan pergunungan, ia menawarkan pemandangan yang cukup indah.

  9. Gambar air terjun Apsatriver

    gambar air terjun apsatriver

    Aspat River Falls terletak di kawasan iklim sejuk daerah Kodar, Russia. Pengunjung yang datang ke sini akan terpukau dengan keindahan rupabentuk air terjunnya. Kerana memiliki permukaan cerun yang curam, Stalin pernah mendirikan kem tahanan di sekitar kawasan tersebut.

    Demikian antara 10 senarai gambar air terjun yang tercantik, tertinggi dan pelbagai ‘ter, ter’ lagi yang sempat Admin kongsikan. Semuanya terdapat di luar negara. Namun tidak kurang juga air terjun di negara Malaysia pun ada yang cantik-cantik. Nanti Admin akan kongsikan bersama Anda di artikel berasingan. Selamat mencuci mata!

    Artikel yang berkaitan:

Filed Under: kreatif

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com