Cara pakai Pashmina
By admin on Dec 19, 2011 with Comments 1
Cara pakai Pashmina – Tadi asyik melayari Facebook Admin ternampak satu post yang disertakan dengan video tentang cara memakai Pashmina. Admin pun tengoklah nak tahu apa itu Pashmina. Owh.. gaya terbaru pemakaian tudung ala-ala selendang arab la pula. Erm, lawa dan paling penting menutup aurat.
Oleh kerana gaya selendang tu nampak menarik, maka sengaja Admin kongsikan di sini buat rujukan pembaca wanita aka Muslimah yang mungkin tertarik dengan gaya kontemporari ini. Haha, kalau nak survey pasal gaya tudung nie ada macam-macam. Bahkan cara pakai Pashmina sendiri pun siap ada gaya masing-masing; Pashmina labuh, lebar, panjang, pendek, silang, ala Yuna, ala Hana Tajima dan pelbagai lagi gaya pemakaian tudung Pashmina nie. Jangan risau, Admin kongsikan semua gaya yang Admin sebutkan tadi di bawah.
Untuk memudahkan Anda lagi, Admin post video tutorial memakai Pashmina supaya Anda nampak lebih jelas lagi bagaimana cara nak pakai Pashmina nie.
1. Cara pakai Pashmina Pendek ala Hana Tajima
2. Cara pakai Pashmina Panjang/Labuh/Lebar ala Hana Tajima
3. Cara pakai Pashmina ala Yuna
Cara pakai Pashmina gaya Yuna nie Admin tak jumpa videonya, cuma ada beberapa sumber yang boleh anda buat rujukan tentang cara memakai Pashmina ala Yuna:
~ ButterflyShopOnline
~ Meramonst
~ NurulBadiah
Ada lagi cara pakai Pashmina? Admin rasa 3 gaya tu sahaja setakat ini yang Admin jumpa. Cara pakai Pashmina panjang, pendek, labuh, lebar tu termasuk dalam 2 video tutorial Hana Tajima di atas tu.
Kalau ada di kalangan pembaca ada tambahan lagi atau pembetulan, sila maklumkan kepada Admin melalui kotak komentar di bawah. Kepada Muslimah di luar sana, selamat mencuba!
PS: Macam-macam gaya tudung zaman sekarang. Asalkan jangan terkeluar rambut dan ‘nampak bentuk’ sudah. Pakai tudung nie bukan sekadar tutup rambut sahaja.
PSS: Siapa Hana Tajima? yang Admin tahu dia seorang pereka design UK, kacukan Jepun dan British. Masuk Islam pada tahun 2005 dan sudah berkahwin dengan Nibras Hassan. Kalau nak tahu lagi Anda cari di Google. Haha
Artikel yang berkaitan:
Filed Under: kreatif









thanks2 tolong promote blog kte