Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Anyaman tudung saji

Anyaman tudung saji ~ Tudung saji ke tudung salji? Sebutan yang betul menurut kamus dewan ialah tudung saji. Tudung saji nie berfungsi sebagai penutup hidangan. Tapi bukan itu saja, pada zaman moden nie tudung saji bukan sekadar digunakan sebagai menutup hidangan, bahkan dijadikan hiasan di dinding pula.

Baru-baru ini Admin ada pergi ke pasar tani, masa sedang membeli sayur dan ikan Admin ternampak satu kedai yang menjual barang-barang anyaman seperti bakul, kipas, topi, alas pinggan, bekas tisu, bekas surat, tudung salji dan sebagainya. Dari yang sekecil-kecil sehingga yang besar anyaman. Sebelum nie Admin tak perasan pula ada kedai tu, rupanya setelah ditanya ia baru buka. Patutlah pun..

anyaman tudung saji

Antara anyaman yang menarik minat Admin adalah anyaman tudung salji. Corak serta anyaman tudung salji yang dijual tu bukan seperti yang kita biasa jumpa tu, cukup kreatif dan cantik. Kalau pembaca blog www.PelikBinAjaib.com melihatnya pasti tertarik. Tambahan pula kedai tersebut membuat serta menghasilkan sendiri anyaman tersebut! Memang Admin sempat luangkan beberapa minit melihat pekerja-pekerja di kedai tersebut leka menganyam. Releks ja jari jemari serta tangan mereka menganyam. Hoho!

Admin tengok sajalah, tak beli pun, hehe. Lain kali insya-Allah Admin beli. Mana tahu lain kali Admin datang ada pula anyaman yang lebih cantik, time tu boleh la sambar satu dua. Hehe.

Kemudian Admin balik la cari info tentang anyaman tudung saji. Jumpa beberapa makumat menarik yang Admin rasa boleh dikongsikan bersama pembaca sekalian.

Tips dan cara membuat anyaman tudung salji

  • Tudung saji dianyam menggunakan reben kertas kilat pelbagai warna dengan corak anyaman songket.

  • Reben kertas ini senang diselit di antara ruang tudung saji plastik berbanding guna reben kain yang lembut agak susah sikit.
  • Anda perlu kira berapa jarak agar corak yang dihasilkan cantik. Jangan terlalu jarak sehingga lalat boleh masuk.
  • Untuk menyiapkan anyaman sebuah tudung saji memerlukan masa kira-kira seminggu. Memang kena sabar betul nih.

Harga: Sebuah tudung saji besar yang siap dianyam dijual pada harga RM40, manakala tudung saji kecil berharga RM15. Kalau corak lebih kreatif dan sukar pasti harganya lebih mahal bukan? Boleh buat bisnes dari rumah sambil tengok TV.

Demikian antara maklumat yang berkaitan dengan pembuatan tudung saji yang dapat Admin kongsikan. Lagipun Admin sendiri bukan pakar nak menganyam tudung saji nih, kalau nak menganyam ketupat tu boleh la sikit-sikit. Hehe. Di bawah ini gambar-gambar bentuk anyaman tudung saji.

Koleksi gambar anyaman tudung saji.

corak anyaman tudung salji corak anyaman tudung salji

corak anyaman tudung salji tudung saji anyaman halus

Sekadar ini dahulu perkongsian Admin untuk kali ini, semoga berguna untuk Anda. Sekian.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: kreatif

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com