Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Statistik Obesiti di Malaysia

Statistik Obesiti di Malaysia – Pagi-pagi ini Admin nak kongsikan artikel tentang kesihatan, maklumat sebegini amatlah bermanfaat lebih penting berbanding maklumat hiburan diluar tu, kerana ianya secara terus melibatkan di kita dan badan kita sendiri.

Apa itu obesiti?

Obesiti ialah sejenis penyakit nutrisi. Obesiti dikaitkan dengan penyakit jantung, diabetes, hipertensi, batu karang hempedu dan kanser. Umumnya, obesiti berpunca daripada pengambilan kalori yang berlebihan dan gaya hidup sedentari.

Seseorang boleh dikatakan obes apabila indeks jisim badan(BMI)melebihi kadar 40/35. Berat badannya melebihi 30% drpd julat normal bg tinggi bdn, jantina dan umurnya. Terdapat cara untuk periksa bahawa kita di tahap mana, overweight, normal dan underweight. Rujuk cara pengiraannya seperti di bawah.

cara periksa bmi obesiti

Formula ni BMI = ( Berat dalam Kilograms / ( ketinggian dalam Meter x ketinggian dalam Meter) )

Bawah 18.5 = Kurang Berat
18.5 -24.9 Normal
25 – 29.9 = Berat berlebihan
30 & Keatas = Obesiti

Anda juga boleh membuat kiraan penilaian obesiti secara online di sini ~ http://hra.moh.gov.my/ (klik link Obesiti)

Statistik Obesiti di Malaysia

statistik obesiti di malaysiaDi Malaysia , 4 daripada 10 orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun samada mengalami kegemukan atau berbihan berat badan.

Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak 250 peratus dalam tempoh 10 tahun dari 1996 hingga 2006.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2006 menunjukkan sebanyak 14 peratus penduduk negara ini mengalami masalah obesiti dan ia menunjukkan peningkatan pada setiap tahun.

Statistik 2006 hingga 2008 pula menunjukkan 630 kanak-kanak dan remaja dikesan menghidap diabetes dengan sesetengah mereka sudah mula menerima suntikan insulin sejak berusia setahun.

Lebih membimbangkan jumlah dewasa obes bertambah lebih tiga kali ganda lebih sedekad lalu, daripada empat peratus pada tahun 1996 kepada 14 peratus pada 2006.

Selain itu, kira-kira 38 peratus daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan sebagai terlebih berat. Kajian yang dilakukan baru-baru ini terhadap 10,000 orang pelajar menunjukkan 24 peratus yang berumur di antara enam tahun hingga 12 tahun terlebih gemuk atau obesiti.

Buat pengetahuan Anda, negara kita Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara Asia Pasifik. Maklumat ini berdasarkan laporan Dewan Rakyat 2011.

Kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.

Fakta Obesiti Malaysia

  • Di Malaysia, 29.1% populasi dewasa didapati berlebihan berat (BMI 25.0 – 29.9).

  • Di kalangan golongan dewasa yang obes (14.0%), golongan wanita cenderung mengalami kegemukan (17.42%) berbanding lelaki (10%).
  • Antara kumpulan etnik, kaum India mempunyai berat berlebihan yang tertinggi (33.2%), diikuti oleh Melayu (29.8%) dan Cina (28.5%).
  • Prevalen kurang berat (BMI <18.5) adalah 8.5%; tahap ini sama bagi lelaki dan perempuan.
  • Prevalen kegemukan abdomen (lilitan pinggang wanita >88cm dan lelaki >102cm) adalah 17.4%. Wanita menunjukkan prevalen lebih tinggi (26%) berbanding lelaki (7.3%).
  • Prevalen berat badan berlebihan bagi orang dewasa meningkat dengan umur, terutamanya diperingkat kumpulan umur 35-39 tahun sehingga 60-64 tahun.
  • Prevalen kurang berat (BMI <18.5) di kalangan orang dewasa di bandar (9.8%) adalah lebih tinggi daripada kawasan luar bandar (7.8%).
  • Di kalangan warga emas berusia 60 tahun ke atas, prevalen pengecutan otot sebagai indikator malnutrisi ialah 19.9%, dengan kaum lelaki mempunyai risiko malnutrisi lebih tinggi (23.7%) berbanding wanita (16.8%).

Tips-tips elak Obesiti

  • Cuba kurangkan 10% daripada berat badan semasa anda, dalam tempoh 6 bulan dari sekarang! Jika berat badan anda adalah 80 kg, cuba kurangkan 8 kg dalam masa 6 bulan, iaitu 1.3 kg sebulan.

  • Makan ikut keperluan, jangan berlebihan.
  • Pilih atau sediakan makanan dengan cara mengukus, merebus atau memanggang.
  • Kurangkan masa sedentari anda, seperti menghabiskan masa di depan televisyen atau komputer.
  • Elakkan pengambilan kalori yang terlalu rendah dan turunkanlah berat badan anda secara perlahan. Penurunan berat badan yang disyorkan adalah lebih kurang 0.5 kg seminggu.
  • Lebihkan pengambilan sayur, ulam dan buah. Ianya berkalori rendah dan membuatkan anda berasa kenyang untuk jangkamasa yang lebih lama.
  • Kurangkan minuman manis, gantikan dengan air kosong dan minum secukupnya.

Demikian antara maklumat mengenai statistik obesiti di Malaysia yang dapat Admin kongsikan buat masa sekarang, sekiranya Admin menjumpai lagi maklumat lain tentang obesti Admin akan masukkan kemudian di dalam artikel ini. Sekiranya Anda ada tambahan bolehlah kongsi dengan melakukan komen di bahagian bawah artikel ini. Sekian.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: kesihatan

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com