Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Senarai harga rawatan Gigi di Malaysia

Senarai harga rawatan Gigi yang disyorkan oleh Persatuan Doktor-doktor gigi Malaysia. Erm, sempena gigi Admin yang sedang bermasalah ini, sebelah kiri sudah dimamah zaman aka berlubang, nak makan pun rasa ngilu, manakala sebelah kanan pula bila makan makanan seperti daging, kurma, roti (kadang-kadang), cebisan makanan asyik terlekat saja di celah-celah gigi tu, maka Admin pun mencari-cari maklumat tentang masalah tersebut.

Cari punya cari, maka daripada pembacaan Admin mengambil keputusan untuk membuat rawatan gigi di Klinik Gigi Union. Haha, sepatutnya 6 bulan sekali kena buat ‘semakan’ kesihatan gigi. Tak apelah, benda dah terjadi. Dalam pencarian tentang masalah gigi Admin ini, Admin turut menjumpai satu info yang menarik, bukan sahaja berkaitan dengan masalah gigi Admin nie saja, bahkan kesemua masalah gigi yang wujud di muka bumi ini, dalam kurungan (khas untuk manusia). Kalau gigi binatang peliharaan Anda sakit gigi, tak ada kaitan rasanya dengan artikel ini. Hehe..

Di bawah ini Admin senaraikan harga rawatan yang disyorkan oleh Persatuan Doktor-doktor gigi Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 2007. Admin dapat senarai ini daripada Blog Dr Leen. Menurut Dr Leen: “Harga yang disyorkan ini adalah supaya klinik-klinik swasta dapat memberikan rawatan yang selamat dan mengikut panduan yang ditetapkan serta menjaga kualiti rawatan. Bahan-bahan pergigian serta jenis rawatan yang dibuat sekarang mestilah yang terkini dan mengikut peraliran zaman. Diharap ianya dapat memberi anggaran rawatan di klinik-klinik pergigian swasta di negara ini. Kebanyakan klinik ikut harga yang ditetapkan ini tetapi ada juga segelintir yang tidak mengikuti, samada terlalu murah ataupun terlalu mahal. Jadi untuk mengetahui dengan lebih lanjut berapakah harga yang di tetapkan bolehlah bertanya kepada klinik yang di kunjungi sebelum memulakan rawatan. Jadilah pengguna yang bijak..TANYA DULU HARGA RAWATAN SEBELUM DI RAWAT.”

1. Diagnosis
a. Consultation – 25 ke atas
b. X-ray periapical atau bitewing – 20 ke atas
c. x-ray panoramic atau cepahamoletric ( utk rawatan orthodontik) – 60 ke atas
d. x-ray occlusal – 40 ke atas

2. Tampalan
I) Amalgam
a. simple – 50 ke atas
b. Complex – 65 ke atas
c. pin – 30 setiap pin

II) tampalan sewarna gigi ( GIC/Composite)
a. Gigi depan simple – 80 ke atas
b. Gigi depan complex – 150 ke atas
c. gigi belakang simple – 80 ke atas
d. gigi belakang complex – 200 ke atas
e. composite veneers – 250 ke atas

III) Tampalan Sementara – 40 ke atas

3. Crown

I) Ceramic – 1000 ke atas

II) Porcelain bonded to metal crown ( Luar porcelin dalam metal)
a. non-precious metal – 650 ke atas
b. semi-precious metal – 850 ke atas
c. precious metal – 1200 ke atas

III) Full metal crown
a. non-precious metal – 600 ke atas
b. precious metal – 1000 ke atas

IV)Post and core – 250 ke atas

V) Stainless steel crown ( utk kanak-kanak) – 250 ke atas

VI) Ceramic veneers – 1000 ke atas

4. Inlays & Onlays
a. Non-precious metal – 400 ke atas
b. precious metal – 800 ke atas
c. ceramic – 800 ke atas
d. composite – 400 ke atas

5. Simen semula crown yang tanggal – 60 ke atas

6. Rawatan saraf
I) Pulpotomy ( untuk kanak-kanak) – 150 ke atas per visit

II) Rawatan saraf ( dewasa)
a. Gigi depan – 400 ke atas
b. gigi geraham kecil( premolars) – 600 ke atas
c. gigi geraham besar ( molar) – 850 ke atas

III) Rawatan saraf secara pembedahan – 1000 ke atas

* semua harga rawatan saraf tidak termasuk harga tampalan

7. Periodontik
a. Scaling & polishing ( cuci gigi) – 85 ke atas
b. Polishing saja – 65 ke atas
c. Root planning ( cucian ke atas akar) – 80 ke atas utk sebatang gigi
d. simple perio flap surgery – 1000 ke atas ( per quadrant)
e. complex perio surgery dengan graft procedures – 1500 ke atas

* harga graft dan GTR tidak termasuk

8. Harga Gigi Palsu

I) Gigi separuh penuh ( partial denture)
a. tapak acrylic dengan sebatang gigi – 200 ke atas
b. tapak cast metal dengan sebatang gigi – 500 ke atas
c. tambahan gigi – 40 ke atas

II) Gigi palsu penuh
a. tapak acrylic utk atas saja atau bawah saja – 800 ke atas
b. tapak acrylic utk dua2 atas dan bawah – 1600 ke atas
c. tapak cast metal utk atas atau bawah saja – 1200 ke atas

III) Reline
a. gigi palsu tak penuh – 80 ke atas
b. gigi palsu penuh ( dibuat di klinik) – 200 ke atas
c. gigi palsu penuh ( dihantar ke lab) – 300 ke atas

IV) Tambahan gigi ke gigi palsu sedia ada
a. gigi pertama – 85 ke atas
b. tambahan gigi – 40 ke atas

V) repair gigi palsu atau tambahan clasp (cangkuk) – 60 ke atas

9. Cabutan

I) cabutan gigi dewasa
a. gigi depan – 60 ke atas
b. gigi belakang – 80 ke atas
c. cabutan susah – 350 ke atas

II) cabutan gigi kanak-kanak
a. gigi depan – 40 ke atas
b. gigi belakang – 60 ke atas

III) cabutan gigi geraham bungsu secara pembedahan kecil – 600 ke atas

IV) Biopsy dan report – 200 ke atas

V) Incision and drainage ( pembuangan nanah) – 70 ke atas

VI) Post operative review per visit ( rawatan susulan selepas cabutan bermasalah/pembedahan) – 25 ke atas

VII) Rawatan pendarahan berpanjangan selepas cabutan – 80 ke atas

* Ubat di caj berasingan

10. Rawatan Pencegahan

a. Florida – 80 ke atas
b. Fissure sealant utk sebatang gigi – 70 ke atas
c. Preventive resin restoration – 80 ke atas

11. Orthodontik (braces – pendakap gigi)

a.Simple removable appliance ( boleh tanggal-tanggal) – 1500 ke atas
b.Braces – 4000 ke atas
c. Functional appliance – 2000 ke atas
d. Retainer – 400 ke atas

12. Harga Implant Gigi (harga tanam gigi)

a. Prosedur implant ( termasuk skru dan healing cap) – 5000 ke atas sebatang
b. Prosedur prosthetic – 3000 ke atas
c. prosedur sinus lift – 2000 ke atas
d. prosedur tissue grafting – 3000 ke atas
e. surgical stent – 250 ke atas
f. bone maping – 250 ke atas
g. Prosedur guided bone regeneration dengan membrane – 2000 ke atas
h. Prosedur guided bone regeneration tanpa membrane – 1500ke atas
i. implant dengan bantuan komputer – 3000 ke atas
j. Prosedur stage 1 – 3000 ke atas
k. Prosedur stage 2 – 3200 ke atas
l. crown sementara – 1000 ke atas

* harga tidak termasuk consultation, planning, model gigi, x-ray, bahan graft, permanent crown, bridge dan gigi palsu

13. Lain-lain caj

a. dental report ( untuk insuran, peguam, dan lain-lain) – 200 ke atas
b. custamize sport mouth guard – 400 ke atas
c. night guard ( utk mereka yang gesel gigi) – 400 ke atas
d. merawat gigi sensitive utk sebatang gigi – 40 ke atas
e. pemutihan gigi
I) satu gigi – 100 per visit
II) di rumah – 800 ke atas
III) di klinik gigi – 1500 ke atas
f. house call – 150 ke atas
g. hadir ke mahkamah utk keterangan – 250 ke atas
h. non-expert witness – 500 ke atas
i. expert witness – 1000 ke atas
j. attending dentist statement ( utk insuran) – 50 ke atas

Huh, panjang bukan listnya.. semua sebut harga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM, MYR). Jadi jangan lepas nie tanya pula apa maksud angka-angka yang disenaraikan dalam list di atas tu, angka-angka tu adalah harga. Kalau nak mudah, anda boleh ‘save as’ saja gambar di bawah nie, bezanya gambar di bawah nie list dan penerangannya dalam Bahasa English, klik dahulu untuk besarkan kemudian baru save ke dalam komputer:

Erm, lepas nie kepada Anda yang menghidapi masalah gigi, sebelum membuat rawatan boleh lah rujuk list di atas tu untuk dijadikan panduan semasa survey harga di klinik gigi. Setiap masalah gigi, kosnya berbeza, ada yang mahal, ada yang murah. Tambah-tambah pula jika dibandingkan kos klinik gigi kerajaan dengan kos klinik gigi swasta, contohnya: harga sebatang gigi palsu dengan tapak paling murah di klinik swasta sekitar RM100, manakala yang murah di klinik gigi kerajaan dalam RM12.

TIPS Admin: Serbu saja mana-mana dental hospital di Universiti dan dapatkan rawatan Percuma! Anda pasti akan dilayan dengan baik sekali oleh bakal-bakal Doktor Gigi Malaysia. Sebab, Pertama; bakal Dr gigi memerlukan anda untuk pengajian mereka. Kedua; Pensyarah mereka akan memantau hasil kerja dan membuat penilaian. Maka mereka wajiblah buat dengan sebaik mungkin.

Sekiranya Anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang kos rawatan gigi terkini di Malaysia, boleh rujuk halaman sesawang di bawah:

1. Blog Dr Leen
2. Dr Waina
3. Blog Dr Fadzli
4. Dentistry2day
5. LeftHandedDentist

Ok, semoga artikel ini bermanfaat untuk anda semua, pembaca blog www.PelikBinAjaib.com. Sekian, wassalam.

PS: Antara soalan yang selalu diajukan pada doktor gigi, berapa kos pakai braces, berapa lama prosedur pasang braces. Nak jawapan pantas tanyalah pada klinik gigi berhampiran.

PS: Survey betul-betul, bukan harga rawatan sahaja, survey doktor sama, sebab tak semua doktor gigi bertauliah.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: kesihatan

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com