Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib
88 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Penyakit herpes – cara mengubati penyakit herpes

Penyakit herpes – cara mengubati penyakit kulit herpes. Waspada jika tiba-tiba muncul bintil-bintil yang membuatkan anda berasa pedih dan panas di kawasan tubuh tertentu anda. Kerana berkemungkinan anda dijangkiti Herpes. Sebelum ia menjadi lebih teruk dan merebak, ada baiknya anda kenali dengan lebih lanjut tentang penyakit herpes atau juga dikenali sebagai penyakit radang kulit serta cara mengatasinya.

Selama ini, penyakit herpes dikenali sebagai penyakit yang muncul akibat kegiatan seksual yang tidak beretika. Namun jika dikaji padahal herpes tidak selalu dijangkiti akibat aktivitas seksual yang tidak sehat. Hal ini kerana Herpes adalah penyakit kulit yang boleh menyerang siapa saja, bahkan bayi sekalipun. Penyakit herpes sebenarnya merupakan penyakit yang tidak sama dengan penyakit cacar, namun begitu ramai juga yang menggelar ia sebagai cacar atau cacar ular.

Herpes merupakan peradangan kulit yang ditandai oleh bentukan gelembung-gelembung berisi air secara berkelompok. Kebiasaaannya menyerang kulit dada dari atas sampai punggung, rongga mulut, pelupuk mata di bahagian dalam dan bahagian genital.

Penyakit herpes terbahagi kepada 2 kelompok iaitu, Herpes zoster dan Herpes simpleks. Mari kita kenali dengan lebih detail kedua-dua jenis penyakit kulist herpes ini:

1. Herpes zoster

Herpes jenis ini disebabkan oleh pengaktifan kembali virus varicella-zoster yang menyebabkan cacar air. Virus ini tetap bersembunyi dalan tubuh dan boleh aktif semula jika keadaan kesihatan tubuh menurun. Penyakit ini umumnya menyerang di sekitar kawasan dada hingga ke punggung. Bentuknya pula melingkar seperti ular daripada depan (dada) sehingga ke belakang (punggung), oleh sebab itu ia sering dipanggil sebagai cacar ular.

2. Herpes simpleks

Herpes jenis ini pula disebabkan oleh virus herpes simpleks (VHS) yang dikesan dengan munculanya bonjolan kulit berisi cairan dan menyerang area genital. Herpes inilah yang digolongkan sebagai penyakit menular seksual, sebab penyakit ini penularanya melalui hubungan seksual.

Beberapa gejala yang dirasakan sebelum tonjolan di kulit muncul, iaitu sakit kepala dan merasa tidak sihat badan. Selain itu juga terasa nyeri di bahagian tubuh yang terkena herpes dan disertai dengan demam. Setelah ada gejala-gejala tersebut, kemudian muncul pula bintil-bintil atau tonjolan-tonjolan kulit berisi cairan. Bintil ini kebiasaanya gatal dan membuatkan anda berasa untuk menggarunya. Kedudukan bintil tersebut berdekatan atau berkelompok dan tidak menyebar keseluruh tubuh seperti cacar air. Herpes ini termasuk penyakit menular, penularanya boleh melalui udara bebas dan berhubungan secara langsung dengan pensakit.

Cara Mudah Mengatasi Penyakit Herpes dengan Ubat atau Tanpa Ubat

Kepada mereka yang terkena jangkitan penyakit cacar, perkara yang terpenting adalah menjaga gelembung cairan yang terhasil agar tidak pecah supaya tidak meninggalkan bekas dan menjadi pintu masuk bagi kuman lain (infeksi sekunder), antara lain dengan pemberian bedak talek yang membantu melicinkan kulit. Sekiranya anda tidak tahan dengan kondisi hawa dingin dianjurkan untuk tidak mandi, kerana dikuatiri akan menimbulkan komplikasi.

Ubat-ubatan yang boleh anda gunakan atau diberikan kepada pesakit cacar bertujuan untuk mengurangi keluhan gejala yang ada seperti nyeri dan demam, seperti paracetamol. Pemberian Acyclovir tablet (Desciclovir, famciclovir, valacyclovir, dan penciclovir) sebagai antivirus bertujuan untuk mengurangkan demam, nyeri, komplikasi serta melindungi seseorang daripada ketidakmampuan daya tahan tubuh melawan virus herpes. Sebaiknya pemberian ubat Acyclovir ketika mula timbulnya rasa nyeri atau rasa panas membakar pada kulit, tidak perlu menunggu munculnya gelembung cairan (blisters).

Manakala alternatif lain ialah menggunakan ubat penyakit herpes tradisional bernama daun sangjo. Cara penghasilan dan penggunaannya ialah dengan tumbuk saja daun sangjo sehingga menjadi halus kemudian sapukan atau tempekkan pada bahagian yang dijangkiti herpes. Lakukan sehingga luka penyakit herpes betul-betul mengering. Selalunya jika anda lakukan pada pagi, pada petangnya penyakit herpes anda akan beransur baik dan menjadi kering.

Akhir sekali, sekiranya penyakit herpes itu tidak juga sembuh dan menjadi semakin teruk, anda dinasihatkan terus pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan rapi.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: kesihatan

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com