Penyakit AGE di Perak – Acute Gastroenteritis
By admin on Feb 21, 2012 with Comments 0
Penyakit AGE di Perak. Kes Penyakit Acute Gastroenteritis (AGE) semakin meningkat Di Perak. Sebanyak 143 kes dikesan di Perak pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhannya 2,686 kes.
Jumaat lepas, dua bayi masing-masing berusia dua bulan dan 10 bulan meninggal dunia di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali ‘Rotavirus’ yang menyebabkan kes AGE. Sementara itu, kerajaan negeri Perak mengarahkan semua agensi dan jabatan terutamanya Kementerian Kesihatan untuk terus memantau dan mengenal pasti punca kematian dua bayi berkenaan.
Laporan awal dari Kementerian Kesihatan mendapati jangkitan akut AGE atau penyakit berjangkit bawaan air dan makanan mengakibatkan dua bayi maut di Perak baru-baru ini dipercayai berpunca daripada paip air yang tercemar.
Siasatan mendapati ada taburan kes AGE dikesan di beberapa kawasan daerah Batang Padang iaitu di Tapah dan Bidor, manakala di Hilir Perak pula kes ini dikesan di Hutan Melintang, Teluk Intan, Chenderong Balai dan Langkap
Kebanyakan kes AGE yang dikesan menunjukkan gejala cirit-birit serta muntah dan kebanyakan pesakit pula hanya mendapat rawatan pesakit luar.
Sejak 27 Jan lepas sehingga hari ini, sebanyak 2,236 kes AGE dengan gejala cirit-birit dan muntah dikesan di dua daerah terbabit iaitu 1,397 kes di Hilir Perak manakala 839 kes dikesan di Batang Padang, katanya.
Daripada jumlah itu, hanya 45 peratus yang menular di kalangan pesakit berusia 12 tahun ke bawah di Batang Padang manakala 56 peratus di Hilir Perak.
Jumlah kes serangan virus, yang dipercayai berpunca daripada penyakit bawaan air dan makanan, bagaimanapun menurun sejak seminggu lepas di kedua-dua hospital daerah itu, katanya.
Katanya kajian terperinci sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak berkenaan.
Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai terutamanya kepada rakyat negeri Perak diminta supaya memasak air terlebih dahulu sebelum diminum, mengamalkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan, sebelum menyediakan atau menyentuh makanan, serta selepas ke tandas.
Selain itu, langkah mengurangkan pemakanan mentah seperti ulam-ulaman atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan makanan dan minuman bayi dengan cara merebus terlebih dahulu sebelum digunakan serta memilih premis makanan yang bersih.
Kepada meraka yang mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan agar segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital berhampiran tempat tinggal mereka.
Hal ini bagi mengelakkan merebaknya virus berkenaan ke tahap yang lebih serius kerana pencegahan awal sangat penting.
Buat pengetahuan pelawat blog www.PelikBinAjaib.com, berita ini bukan khas untuk mereka yang tinggal di Perak sahaja, bahkan kepada semua rakyat Malaysia. Sama-sama kita cegah untuk menjaga kesihatan kita dan keluarga kita. Memang banyak penyakit yang melanda sekarang ini. Sekian.
Post ini ditaja oleh: MonavieMalaysia.Org
Artikel yang berkaitan:
Filed Under: kesihatan







