Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Minuman Isotonik – Fakta dan mitos berkaitan air isotonik

Minuman Isotonik – Fakta dan mitos berkaitan air isotonik. Kali ini Admin ingin berkongsikan beberapa maklumat berkenaan dengan minuman Isotonik. Admin tahu ramai yang suka minum minuman ini terutamanya lelaki serta mereka yang sering menjalani aktiviti sukan.

Minuman Isotonik - Fakta dan mitos berkaitan air isotonik

Fakta 1: Minuman isotonik baik dalam menggalakkan penghidratan berbanding lain-lain minuman.

Perpeluhan adalah cara badan mengekalkan suhu terasnya pada 37 darjah Celcius.

Akibatnya, badan kehilangan cecair dan elektrolit (mineral seperti klorida, kalsium, magnesium, natrium dan kalium) dan jika dibiarkan boleh mendorong kepada penghidratan dan lama-kelamaan menyebabkan kelumpuhan peredaran dan strok haba. dua faktor utama dalam penyerapan cecair yang boleh memberi kesan terhadap kepantasan cecair yang kita minum, iaitu :

i. Kepantasan cecair dikosongkan daripada perut

ii. Kadar cecair yang diserap melalui dinding usus kecil

Semakin tinggi tahap karbohidrat dalam minuman, semakin perlahan kadar pengosongan perut. Minuman isotonik dengan tahap karbohidrat antara enam dan lapan peratus dikosongkan daripada perut pada kadar yang hampir sama dengan air. Elektrolit terutama natrium dan kalium dalam minuman akan mengurangkan pengeluaran air kencing, membolehkan cecair mengosong daripada perut dengan cepat, menggalakkan penyerapan daripada usus dan pembendungan cecair.

Keosmolarian cecair adalah ukuran jumlah partikel dalam rumusan. Di dalam minuman, partikel ini akan terdiri daripada karbohidrat dan elektrolit manakala dalam plasma darah, partikel akan mengandungi natrium, protein dan glukos.

Minuman dengan keosmolarian 270 hingga 330 mOsm/kg (sama dengan keosmolarian darah) yang seimbang dengan cecair badan, dipanggil isotonic.

Minuman isotonik menggantikan cecair yang hilang dengan cepat melalui perpeluhan serta membekalkan karbohidrat yang bertambah. Glukos adalah sumber tenaga yang menjadi pilihan badan. Oleh itu, adalah wajar untuk mengambil minuman isotonik yang mana sumber karbohidrat ialah glukos dengan pekatan enam hingga lapan peratus.

Fakta 2: Teh atau kopi tidak boleh membantu penghidratan

Teh atau kopi mengandungi kafein. Penghidratan adalah satu hasil yang berkaitan dengan pengambilan kafein secara berlebihan. Kafein menjejaskan buah pinggang dengan bertindak sebagai diuretik yang meningkatkan pengeluaran air kencing sekali gus meningkatkan kehilangan air daripada badan. Teh dan kopi boleh menjadi sumber cecair. Bagaimanapun, ia tidak mengandungi elektrolit yang hilang menerusi peluh dan diperlukan untuk meningkatkan penghidratan semula. Adalah baik untuk mengambil minuman ini apabila status penghi­dratan kembali normal dalam jumlah yang disarankan.

Penghidratan yang mencukupi adalah penting bagi semua orang dan minuman isotonik menjadi pilihan cecair penghidratan semula bagi pengguna yang menyukai kesegaran rasanya. Ia juga sesuai untuk mereka yang berhasrat mengelakkan kalori atau mengambil kafein, gula, kalori atau pelbagai bahan yang didapati pada lain-lain minuman dalam jumlah yang disarankan.

Fakta 3: Jika air kencing berwarna kuning kehitaman, itu bermakna Anda sedang mengalami penghidratan.

Berdasarkan kajian, warna air kencing boleh mendedahkan banyak perkara mengenai kesihatan Anda – satu teknik diagnosis yang terlepas pandang. Bagi seseorang yang sihat, warna air kencing hampir cerah hingga kekuningan terang disebabkan oleh pigmen yang dikenali sebagai urokrom. Tetapi, apabila urokrom menjadi pekat, air kencing boleh bertukar menjadi kuning kehitaman atau coklat, menandakan sudah sampai masanya untuk Anda minum.

Ia adalah petunjuk penghidratan yang boleh digunakan sebagai penanda sama ada Anda minum air yang mencukupi, khususnya dalam cuaca panas lembap. Jika Anda berpeluh dengan banyak, air kencing akan menjadi lebih pekat kerana air kurang bersedia untuk membawa zat terlarut. Jika pengambilan air ditingkatkan, pekatan akan menjadi cair secara automatik sekali gus menjadikan warna air kencing kembali normal. Tetapi, sekiranya Anda mendapati air kencing masih berwarna kekuningan sekali pun selepas minum air dengan banyaknya, ada kemungkinan Anda menghidapi penyakit kuning.

Lazimnya, air kencing pada awal pagi adalah lebih pekat berbanding pada waktu lain kerana kita tidak minum air ketika tidur. Sememangnya, minuman isotonik memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan badan kita dalam keadaan yang lembap (terhidrat). Dan sekiranya Anda meningkatkan pengambilan pelbagai sumber cecair, air kencing Anda yang pada mulanya pekat boleh menjadi cair manakala warnanya kekal jernih. Untuk mencapai pengambilan cecair yang mencukupi, minumlah pelbagai jenis cecair seperti air, jus, minuman isotonik, minuman soya dan susu dalam jumlah yang dibenarkan.

Fakta 4: Minuman tenaga tidak boleh digunakan untuk penghidratan.

Matlamat penghidratan semula untuk menggantikan cecair dan elektrolit yang hilang dalam badan Anda. Minuman isotonik dirumus khusus untuk meningkatkan penghidratan serta mengoptimumkan prestasi fizikal. Kajian menyokong faedah meningkatkan prestasi hasil pengambilan minuman isotonik bagi senaman yang berlangsung sekitar lebih kurang 30 minit. Meminum minuman isotonik selepas bersenam turut menggalakkan penghidratan semula di samping penambahan semula glikogen (karbohidrat yang terdiri daripada rantai bercabang unit glukosa).

Jumlah karbohidrat yang hadir dalam minuman tenaga (misalnya 10 hingga 12 peratus) adalah bersamaan dengan minuman ringan dan jauh lebih tinggi berbanding minuman isotonik (biasanya antara enam hingga lapan peratus seperti mana yang disarankan oleh Garis Panduan Antarabangsa).

Minuman tenaga sama ada mempunyai natrium yang terlalu sedikit atau terlalu banyak. Natrium adalah elektrolit yang penting dalam minuman isotonik. Ia membantu mengoptimumkan penghidratan dan mengekalkan rasa dahaga Anda. Minuman isotonik dirumuskan dengan campuran karbohidrat dan natrium yang tepat untuk penghidratan dan rasa yang optimum. Minuman tenaga, tidak seperti minuman isotonik boleh jadi mengandungi kafein atau guarana yang diuretik yang mana boleh menambah penghasilan air kencing dan meningkatkan risiko penghidratan. Sesetengah minuman tenaga juga mungkin mengandungi ginseng, gingko biloba, asid amino taurina dan inositol iaitu sejenis alkohol gula yang tidak terbukti kesahihannya dalam mengekalkan penghidratan.

Fakta 5: Minuman isotonik sesuai bagi mereka yang mengamalkan hidup aktif.

Adalah penting bagi individu yang mengamalkan hidup aktif untuk kekal dalam keadaan yang terhidrat. Minuman isotonik yang terdiri daripada gabungan air, gula dan elektrolit adalah sesuai untuk penghidratan tubuh badan. Bagi penghidap diabetes yang melakukan senaman secara intensif (bersungguh-sungguh), minuman isotonik boleh membantu menggantikan semula cecair yang hilang serta menghalang hipoglisemia. Juga dinasihatkan bagi individu yang menghidap diabetes agar berunding dengan pakar dietetik sukan mengenai pelan pemakanan dan minuman mereka terlebih dahulu sebelum melakukan jadual senaman mereka.

Sementara itu, bagi penghidap tekanan darah tinggi, pengambilan natrium Anda tidak boleh melebihi 2,400mg sehari atau lebih rendah daripada jumlah ini. Secawan minuman isotonik 240ml mengandungi 115mg natrium klorida. Oleh itu, semua makanan dan minuman yang mengandungi natrium seharusnya diambil kira jika Anda menghidapi hipertensi (tekanan darah tinggi). Membaca label produk sebelum mengambil sebarang makanan atau minuman adalah satu langkah bijak..

Bagaimana dengan pembaca, pernah minum minuman Isotonik? Ada macam-macam jenis minuman Isotonik nie, bahkan siap dengan pelbagai perisa lagi. Admin sendiri kalau buat kerja yang keluarkan peluh seperti berkebun akan beli sekurang-kurangnya 1 botol minuman Isotonik 100Plus. Admin suka minum 100Plus perisa lemon, Revive pun ok juga. Hehe.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: kesihatan

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com