Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Keburukan menggunakan Tandas Duduk

Keburukan mengunakan Tandas Duduk – Jika Anda diberi 2 pilihan..antara tandas duduk dan tandas mencangkung, yang mana satu menjadi pilihan Anda? Pada Admin ia bergantung juga kepada situasi Anda, sekiranya orang tua yang uzur mesti memilih tandas duduk, ataupun kepada wanita mengandung. Admin sendiri jika tiada ‘urgent case’ Admin akan memilih tandas jenis mencangkung kerana ia lebih mudah, cepat dan berkesan. haha! Tapi kalau ada ‘urgent case’ Admin pilih tandas duduk juga, mana tahann.. haha.

keburukan tandas duduk

Berbalik kepada persoalan tandas tadi, anda boleh lihat sendiri pada masa sekarang, tandas-tandas kebanyakannya sudah menyediakan tandas duduk. Betul tak? Tak kiralah samada tandas awam, hotel-hotel, pejabat, sekolah, masjid hatta tandas rumah pun menggunakan tandas jenis duduk dan menjadi pilihan orang ramai berbanding tandas jenis mencangkung sudah berkurangan dan dianggap sudah ketinggalan zaman.

Namun tahukah anda terdapat beberapa keburukan menggunakan tandas duduk dari segi kesihatan badan? dan apa sebenarnya rahsia disebalik tandas cangkung ini.

Keburukan menggunakan Tandas Duduk 1 – Apabila kita duduk semasa menggunakan tandas jenis duduk, lubang najis (anal canal) berada dalam keadaan tidak menegak berbanding dengan dalam keadaan mencangkung, laluan najis untuk keluar akan menjadi mudah kerana lubang najis berada dalam keadaan betul-betul menegak dan ini memudahkan proses pembuangan air besar.

Perkara sebaliknya berlaku sekiranya dalam keadaan duduk, kerana ini akan membawa kepada masalah sembelit. Sembelit merupakan satu keadaan di mana seseorang itu menghadapi kesukaran membuang air besar, dan kaitannya dengan menggunakan tandas duduk adalah, najis tidak akan habis dikeluarkan kerana laluannya menjadi sempit dan akan terus disimpan lagi sehinggalah untuk waktu seterusnya. Najis yang disimpan akan mengeras (kerana proses pengulangan penyerapan air) dan ini membawa kepada masalah sembelit. Sebab itulah ramai mengadu seringkali tidak berasa puas apabila menggunakan tandas duduk ini.

Keburukan menggunakan tandas duduk

Keburukan menggunakan Tandas Duduk 2 – Disamping itu juga, satu masalah yang akan timbul melibatkan tandas duduk ini adalah ia akan menyebabkan berlakunya kebocoran (backflow) najis yang ada di usus besar kepada usus kecil.Ini melibatkan kepada fungsi injap ileo-caecal yang mengawal aliran najis dari usus kecil kepada usus besar. Kebocoran “backflow” ini menyebabkan toxins diserap melalui usus kecil ini (usus kecil untuk menyerap nutrients cernaan dan mengandungi banyak salur darah) dan akan diserap oleh salur darah seterusnya memberi beban kepada hati untuk menyahtoksikkan bahan toxins tersebut.

Untuk pengetahuan anda juga, penggunaan tandas duduk merupakan penyebab nombor 2 kepada kanser kolon di United States, kerana semua rakyat US menggunakan tandas duduk. Pada fikiran kasar, tandas duduk memberi kemudahan dan kesenangan terhadap penggunanya. Hakikatnya tidak.

Dalam Sunnah Nabi, apabila seseorang itu ingin membuang air besar, disunatkan mencangkung dengan bahagian punggung kiri sedikit terangkat. Mengapa? Kerana pada bahagian itulah letaknya rectum, iaitu tempat penyimpan najis sebelum ia dikeluarkan. Selain itu disunatkan juga untuk menekan sedikit di bahagian perut dengan tangan untuk memudahkan membuang najis.

Setelah anda membaca artikel ini, adakah anda sudah berfikir untuk menukar tandas anda. Terserahlah, tetapi anda diingatkan, sekiranya tandas di rumah Anda adalah jenis duduk jangan sesekali anda pergi mencangkung, sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kemalangan. Jangan cuba berbuat demikian.

Gambar: Cedera Parah Akibat Mencangkung Diatas Mangkuk Tandas Duduk

Cedera Parah Akibat Mencangkung Diatas Mangkuk Tandas Duduk

PS: Tapi di RNR Admin lihat sudah banyak tandas jenis mencangkung berbanding jenis duduk. Mungkin sudah ada kesedaran tentang keburukan mengunakan tandas duduk nie rasanya.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: kesihatan

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us


    Rating for pelikbinajaib.com