Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib
88 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Kebaikan dan keburukan minum Kopi

Kebaikan dan keburukan minum Kopi – Apakah kebaikan dan keburukan mengamalkan minuman kopi? Admin teringat pula tok aka nenek Admin di kampung yang memang suka minum kopi. Kemudian siap dicampur dengan milo menjadi “kopilo”, lebih sedap dan bertenaga katanya. Erm, Admin tak pernah cuba kopilo nie. Hehe.

Di bawah ini Admin bawakan satu artikel pendek yang berkaitan dengan amalan minum kopi nie buat bacaan pembaca sekalian:

Kebaikan dan keburukan minum KopiSAYA kerap minum minuman berasaskan kopi. Boleh dikatakan setiap hari saya minum minuman seperti itu, terutama sebelum ke tempat kerja. Di rumah juga demikian jika ada masa lapang, seolah-olah menjadi tabiat. Persoalannya, adakah tabiat meminum kopi secara kerap akan memberi kesan terhadap air mani seorang lelaki seperti mana perokok? Jika ada, apakah kesannya?

Kopi dan teh menjadi minuman gaya hidup untuk warga dunia sejak ia diperkenalkan secara terbuka. Tambahan pula kajian menunjukkan ia tidak mengganggu kesihatan dan mengandungi banyak khasiat dan kebaikan.

Kopi mengandungi banyak bahan ‘antioksiden’ dan juga kimia bergelar kafein, stimulant urat saraf setaraf ‘viagra’. Jika diminum pekat dan banyak, lelaki muda mudah mencapai ereksi yang mencabar!

‘Viagra’ sebenarnya ialah ubat yang dapat melembapkan proses kehancuran elemen tenaga CGMP yang ada pada seluruh badan selain otot zakar. Jadi tidak hairan jika orang berbangsa Arab minum kopi jenis Arabi dan mereka mudah mencapai kesegaran anggota kelamin.

Jadi tak hairan juga jika kopi mula menjadi minuman ‘gourmet’ dengan harga tinggi, dengan pelbagai perisa dan campuran herba dan aromatik untuk meningkatkan pilihan selera.

Tidak salah jika anda ketagih kopi kerana ia tidak memudaratkan seperti amalan merokok. Jika mahu membandingkan kopi dan rokok, memang sangat berbeza.

Kini kopi menjadi mangsa sesetengah pengilang yang inginkan untung yang banyak dan mereka mencampurkan kopi dengan ubat larangan sehingga minuman itu memudaratkan kesihatan, jadi berwaspadalah dengan produk sebegitu.

Di Malaysia sendiri terdapat banyak syarikat keluaran kopi. Anda sendiri boleh menjumpainya di kedai-kedai runcit disekitar Anda. Nenek Admin gemar minum kopi cap songkok, paket putih ada gambar songkok dan ada line hijau kuning. Bagaimana dengan Anda? Suka minum kopi tak?

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: kesihatan

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com