Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Implan koklea generasi baru

Implan koklea generasi baru – Artikel kali ini yang ingin Admin kongsikan bersama pembaca adalah dalam kategori kesihatan iaitu berkaitan dengan masalah pendengaran dan kegunaan alat bantuan pendengaran iaitu implan koklea terkini. Di bawah ini adalah artikel kesihatan yang Admin maksudkan.

implan kokleaUKM lakukan pembedahan pulih pendengaran pertama di Asia Tenggara

IMPLAN koklea sudah menjadi sebahagian dunia perubatan Malaysia sejak Program Implan Koklea, Universiti Kebangsaan Malaysia dimulakan pada Mei 1995. Bersandarkan matlamat membantu pesakit yang pekak, program implan koklea setakat ini sudah dilakukan ke atas 240 pesakit.

Sepintas lalu, implan koklea adalah alat bantuan pendengaran yang memberi rangsangan auditori kepada pesakit yang mengalami masalah pendengaran. Dihasilkan dengan dua bahagian; bahagian dalam elektrod penerima dan magnet perangkai yang ditanam di belakang telinga manakala bahagian luar bertindak sebagai pemproses pertuturan.

Rabu lalu, HUKM mencatatkan satu lagi sejarah dengan pelancaran implan koklea generasi baru iaitu Cochlear Hybrid, Cochlear Nucleus 5 dan Cochlear Baha BP100. Setiap satunya dikhususkan untuk pesakit yang pekak sejak lahir, separa pekak dan mereka yang lahir tanpa lubang telinga.

Jika dulu implan koklea hanya membantu pendengaran, sesuai dengan perubahan teknologi generasi baru koklea ini berupaya meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.

Pengarah Pusat Perubatan HUKM, Datuk Dr. Lokman Saim, berkata di kalangan bayi, masalah pendengaran boleh menyebabkan perkembangan pendidikan pesakit tidak setara dengan usianya. Manakala mereka yang lebih berusia, masalah ini menyebabkan mereka tidak dapat menikmati hidup yang lebih berkualiti.

Apa yang menarik, koklea jenis baru ini adalah yang terkecil dan tercanggih di dunia.

Bezanya dengan implan koklea generasi lama adalah proses pembedahan yang lebih singkat, kemampuan pengubahsuaian suasana persekitaran dengan pesakit selain pesakit mampu menggunakan telefon bimbit dan I pod.

“HUKM sudah menjalankan dua pembedahan implan koklea jenis baru ini terhadap dua pesakit, Dewi Sri Taib, 36 yang mengalami kepekakan sejak berusia tujuh tahun dan bayi berusia setahun 10 bulan, Toh Wan Xi yang dilahirkan pekak,” katanya.

Jelas Dr. Lokman, jika dibandingkan dengan koklea terdahulu, koklea baru ini lebih kecil dan nipis. Tempoh pembedahannya juga lebih pendek (antara satu ke dua jam) dan ia adalah pembedahan pertama seumpamanya dilakukan di Asia Tenggara.

“Selepas implan ditanam, bahagian luar implan koklea akan dipasang dalam tempoh dua hingga ke tiga minggu,”

“Umumnya, selepas setahun atau dua tahun pembedahan, 80 peratus pesakit boleh kembali mendengar dan bertutur tetapi 20 peratus gagal kerana mungkin mereka sudah lama berhadapan dengan masalah pendengaran,” katanya.

Dr. Lokman berkata, bagi pesakit dewasa atau kanak-kanak yang lahir masalah pekak, proses untuk otak membiasakan diri dengan rangsangan daripada implan agak lewat dan ia adalah proses berterusan.

Di Malaysia 400 bayi dilahirkan pekak. Kepekakan itu menjejaskan keupayaan untuk belajar dan menjalani perkembangan normal. Apatah lagi ujian pendengaran bukan satu kewajipan di kalangan bayi baru lahir, tidak mustahil masalah kepekakan itu hanya dikesan pada usia empat atau lima tahun.

Sedangkan bayi sudah boleh menjalani pembedahan semuda 10 bulan. Lagi cepat mereka menjalani pembedahan, lagi besar peluang untuk mendengar semula.

Ada tak diantara pembaca blog www.PelikBinAjaib.com yang memakai implan? Kalau ada, jom kongsi pengalaman Anda sepanjang memakai implan, cara-cara penjagaan dan sebagainya. Semoga dengan perkongsian Anda dapat memberi gambaran positif serta semangat kepada mereka yang sedang bercadang untuk memakai implan.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: kesihatan

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com