Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib
88 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Buah zuriat – Khasiat buah zuriat

Tahukah anda apa itu buah zuriat? Melalui artikel ini admin akan kongsikan bersama pembaca blog www.PelikBikAjaib.Com tentang khasiat buah zuriat serta kaedah atau cara makan buah zuriat nie. (Psst, sebenarnya, admin pun baru saja tahu tentang buah zuriat nie, hehe), so admin pun terdetik untuk kongsikan dalam blog ini supaya dapat memberi manfaat kepada pembaca, itulah tujuan yang sebenarnya. :)

Ok, mari kita jalankan sesi suai kenal dengan buah zuriat nie. Ok, admin postkan juga gambar buah zuriat supaya pembaca tak tertanya-tanya atau membayangkan dan meneka sendiri bentuk buah zuriat begitu dan begini:

Bila sekali pandang, Admin tengok buah zuriat ini seperti buah pinang pula. Warnanya coklat pekat, bersabut, ada isirung dan isi putih.

Buat pengetahuan pembaca sekalian, sebenarnya buah zuriat ini juga dikenali dengan panggilan buah adam / buah hawa /buah zuriattin / buah koka. Nama saja yang berbeza namun merujuk kepada buah yang sama. Buah zuriat ialah buah yang berasal daripada pokok koka. Bila sebut sahaja perkataan Koka, mesti ramai tahu.. err.. tak tahu? alaah, yang ramai orang dok sibuk beli buat cincin, tasbih dan gilang tangan tu..hehe

Info tambahan: Pokok koka ialah pokok yang dipercayai digunakan oleh Nabi Noh A.S. untuk membina bahteranya ketika peristiwa banjir besar suatu ketika dahulu.

Khasiat Buah Zuriat

Buah zuriat ini dikatakan amat berkhasiat. Khasiatnya (dengan izin Allah SWT) adalah dapat menyebabkan kehamilan dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.

Saiz buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. Kulitnya adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena menggunakan bantuan dan kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Rupa dalamnya pula macam sabut kelapa. (Gambar di bawah)

Macamana nak dapatkan buah zuriat

Di mana nak dapatkan buah zuriat? Nak beli buah zuriat di mana? Ia hanya boleh didapati di Jabal Uhud, Jabal Rahmah dan gua Hirak. Di situ saja yang ada buah nie. Harganya sekitar 25 sen sebiji. Kalau nak, kenalah minta tolong kepada sesiapa yang hendak mengerjakan haji atau umrah untuk belikan. Atau anda boleh layari blog ini ~ HerbaZuriat, di situ ada pengedar buah zuriat.

Kaedah dan Cara Makan Buah Zuriat

Terdapat beberapa cara makan buah zuriat yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencubanya iaitu :-

Cara Pertama

Caranya ialah dengan menggunakan sudu lalu di ketuk-ketuk pada sekitar dinding buah zuriat (tak perlu di belah) bagi melembutkan kulitnya, seolah-olah seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

Cara Kedua

Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan buah hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Selepas direbus, buah zuriat ini kemudiannya dibelah menjadi dua bahagian bagai pinang dibelah dua (hehe), dan admin ingatkan sekali lagi bahawa buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Anda di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum oleh suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah zuriat yang baru.

Buah zuriat - Khasiat buah zuriat

Tips-tips

1. Sebelum minum air rebusan, bacalah bismillah diikuti petikan ayat 38 daripada al Imran sebanyak 3 kali: “RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA”. Maksud Ayat: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” ayat 38, surah Ali-Imran.

2. Air rebusan buah zuriat boleh diminum pada bila-bila masa sahaja, malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit, Insya Allah akan menyembuhkan lenguh dan terasa kelegaannya.

Jadi kepada suami isteri yang ingin mudah mendapakan zuriat bolehla mencubanya nanti. Admin ucapkan, Selamat mencuba dan doakan semoga berjaya memperolehi cahaya mata. :)

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: kesihatan

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com