Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib
88 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Bidang Kerjaya Jururawat Lelaki

Bidang Kerjaya Jururawat Lelaki positif – Penyertaan semakin ramai kaum lelaki di dalam bidang kejururawatan dilihat sebagai satu perkembangan positif bagi kerjaya itu. Bagaimana dengan Anda pembaca sekalian, ada tak dikalangan Anda yang merupakan Jururawat Lelaki?

Admin pun ada beberapa rakan yang bekerjaya sebagai jururawat tetapi tak ramai, boleh dikira dalam 2-3 orang sahaja. Ini salah seorang daripadanya ~ Ikhwan Muslimin. Rakan dari kalangan jururawat wanita lebih ramai. Khas untuk Jururawat Lelaki di luar sana, di sini Admin nak kongsi artikel tentang kerjaya Anda.

Kerjaya Jururawat Lelaki

Bidang Kerjaya Jururawat LelakiSecara umumnya gabungan tenaga di antara jururawat lelaki dan wanita mampu mendatangkan manfaat kepada bidang perubatan Malaysia. Pada masa ini, bidang kejururawatan bukan lagi hak milik eksklusif golongan wanita seperti dahulu. Semakin ramai kaum Adam menyertai profesion kejururawatan termasuk di negara ini.

Kelebihan jururawat lelaki – Kekuatan fizikal yang ada pada lelaki dan kelembutan yang ada pada wanita sekiranya diraih dan digembleng secara bersama, tentunya akan memberi banyak manfaat kepada doktor dan pesakit. Selain itu, jururawat lelaki bertindak lebih baik dalam kedaan kecemasan dalam wad ICU (Unit Jagaan Rapi) kerana mereka cenderung mengambil tindakan yang praktikal serta tidak mudah terganggu emosi atau putus asa semasa menjalankan tugas.

Ada yang berpendapat, kehadiran kaum lelaki dalam profesion kejururawatan boleh meningkatkan prestij kerjaya itu. Pendapat itu berdasarkan ciri-ciri yang wujud dalam lelaki – kepimpinan, dedikasi terhadap kerja serta pengetahuan teknikal.

Jururawat merupakan profesion yang sentiasa diperlukan oleh masyarakat dan mempunyai peranan yang tidak boleh ditukar ganti dalam institusi kesihatan. Permintaan terhadap jururawat di setiap negara adalah cukup tinggi dan bilangan jururawat sedia ada seringkali dikatakan tidak mencukupi.

Hal ini menunjukkan bahawa jururawat sentiasa diperlukan masyarakat. Secara jelas, ia membuktikan jururawat hari ini mempunyai tanggungjawab sejagat yang cukup penting di mata dunia.

Dengan bertambahnya bilangan jururawat terlatih daripada Kolej Kejururawatan tempatan, ia mampu membantu usaha untuk memberi lebih perhatian kepada pesakit terutamanya warga emas, wanita dan kanak-kanak.

Nisbah Lelaki – Jumlah jururawat lelaki di Malaysia

Walaupun dengan perkembangan yang agak positif kebelakangan ini, jurang nisbah antara lelaki dan wanita dalam kerjaya kejururawatan begitu ketara. Begitupun, senario itu kini dilihat sedang beransur berubah.

Tetapi di Malaysia, kaum lelaki masih di tahap peratusan yang amat kecil dalam kerjaya jururawat walaupun bilangan mereka di sekolah latihan kejururawatan semakin meningkat.

Jururawat boleh bekerja sepenuh masa atau separuh masa selain bertugas mengikut jadual syif. Itu juga antara sebab semakin ramai lelaki berminat untuk menceburi kerjaya tersebut.

Kepada pembaca yang bakal menjadi jururawat lelaki Admin ucapkan tahniah kerana Anda berani menempuh cabaran. Erm, teringat pula cerita ER. Di negara barat seperti USA dan UK mungkin sudah menjadi kebiasaan, namun di negara kita ia masih lagi menjadi perkara baru yang perlu diterima masyarakat. Batas-batas agama juga turut mempengaruhi kerjaya. Jadi Anda sebagai Jururawat Lelaki haruslah bersedia fizikal dan mental Anda.

Artikel ini dibawakan oleh http://jururawatmalaysia.com. Sekian.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: kerjaya

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com