Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Tanda-tanda lelaki tiada Teruna

Tanda-tanda lelaki tiada Teruna – Apa itu teruna? Admin merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, Teruna membawa dua maksud. Maksud pertama mengikut sastera lama (sl) iaitu anak laki-laki yang masih muda, pemuda, belia. Maksud kedua mengikut Bahasa Indonesia (Id) iaitu pelajar sekolah tentera atau kadet. Tetapi dalam artikel ini Teruna yang hendak Admin maksudkan ialah mengikut sastera lama. Itu kalau mengikut daripada apa yang disebut dalam Kamus Dewan lah.

Jika diikut pemahaman umum, Teruna lelaki selalu dibandingkan dengan Dara perempuan. Pendek kata, lelaki ada Teruna dan perempuan ada Dara. Betulkah pemahaman kita selama ini. Namun di dalam masyarakat tidak dikisah sangat mengenai teruna lelaki, yang lebih dikisahkan ialah Dara perempuan. Betul tak.

Melalui artikel ini, Admin ingin kongsikan bagaimana untuk mengesan tanda-tanda lelaki tiada Teruna, dalam erti kata lain membuktikan bahawa lelaki tersebut pernah melakukan hubungan kelamin dengan orang lain ataupun tidak. Kadang-kadang lelaki yang sudah berkahwin pun mengaku bujang. Ok, tanpa membuang masa mari kita baca tentang cara mengesan lelaki teruna.

Tanda-tanda lelaki tiada Teruna

Pertama: Lelaki teruna kebiasaannya suka curi-curi pandang dan akan melihat pada wajah perempuan atau seseorang gadis. Manakala lelaki yang tiada teruna selalunya lebih tertarik dan gemar melihat pada tubuh seseorang wanita.

Kedua: Lelaki yang berstatus teruna kebiasaannya akan segera mengalihkan pandangannya apabila diperhatikan oleh seseorang gadis atau wanita. Namun bagi lelaki yang tiada teruna selalunya akan tetap memandang wanita tersebut tanpa mengalihkan pandangannya.

Ketiga: Lelaki teruna akan tunduk ke bawah apabila diperhatikan oleh wanita. Lelaki yang tiada teruna pula akan menunjukkan reaksi bersahaja.

Keempat: Lelaki yang masih lagi teruna akan malu-malu apabila makan di hadapan wanita dan seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku manakala lelaki yang tiada teruna kebiasaannya akan menunjukkan reaksi bersahaja dan makan seperti biasa.

Kelima: Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati ada wanita yang menyukai dan memujinya.

Keenam: Lelaki teruna membosankan apabila bercinta, asyik dengan kegemarannya yang tersendiri serta gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

Ketujuh: Lelaki teruna sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.

Kelapan: Lelaki teruna terlalu sensitif. Mereka akan selalu menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila terasa diabaikan.

Kesembilan: Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. Mereka akan bercerita tentang kelebihan pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.

Erm, sembilan Tanda-tanda lelaki tiada Teruna. Macam pakar ja Admin nie padahal Admin pun olah ayat sahaja daripada artikel yang Admin baca tadi. Pada pendapat Admin, erm.. tak boleh setakat menggunapakai kesembilan tanda tu semata-mata untuk menentukan lelaki itu ada Teruna atau tidak, sebab mungkin dia boleh sembunyikan. Admin sendiri lelaki dan berada di dalam dunia lelaki, ramai kawan lelaki. Sekarang kahwin dan ada anak lelaki. So, tahulah serba sedikit.

Ok, semoga informasi ini dapat memberi panduan kepada Anda terutamanya kepada perempuan dalam pencarian untuk mencari pasangan. Wassalam.

PS: Jangan sekadar menCARI pasangan yang soleh atau solehah, tetapi menJADI pasangan soleh dan solehah. Beza tu. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (2)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. NAISYAH says:

    heheheh…kpada lelaki2 hati2 sbb anda sedang diprhatikan oleh wanita….:)

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com