Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Tanaman cili – Cara tanam cili

Tanaman cilicara tanam cili. Bila sebut frasa cili ini Admin teringat dua peribahasa Melayu popular yang berkaitan dengan Cili iaitu “siapa makan cili dia rasa pedas” dan “Kecil-kecil cili padi”. Peribahasa pertama bermaksud: Sesiapa yang melakukan kesalahan, dialah yang akan terasa apabila disindir, manakala peribahasa kedua tu bermaksud: Meskipun kecil tetapi berani.

Artikel kali ini Admin nak kongsikan maklumat terutamanya kepada pembaca yang ada menanam hasrat untuk menjadi petani moden tentang cara tanaman cili secara fertigasi, kan pertanian itu juga perniagaan. Kalau Anda perasan, orang-orang dulu selalu tanam cili di kawasan rumah, dalam pasu bunga contohnya. Tok Admin sendiri sekarang masih suka menanam cili di kawasan rumah di kampung. Senang nak buat sambal belacan. Hehe..

Tetapi tanaman cili fertigasi nie lain, tak sama dengan teknik tanaman cili yang Tok Admin selalu buat tu. Jadi apa itu fertigasi dan apakah tanaman menggunakan kaedah fertigasi nie? Cara ini kalau Anda nak buat bisnes cili bolehlah praktikkan, khas untuk usahawan cili. Berikut adalah maklumat yang Admin peroleh dariapada projek perintis Fertigasi:

Perkataan fertigasi berasal daripada perkataan fertilization dan irrigation. Dalam fertigasi, proses pembajaan dan pengairan diberikan serentak kepada tanaman. Fertigasi tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah. Secara umumnya, hanya beberapa jenis tanaman sahaja yang sesuai ditanam menggunakan kaedah fertigasi, antaranya tomato, cili, timun, terung, melon dan strawberi.

Dengan menggunakan kaedah penanaman fertigasi, pengusaha boleh mengelakkan tanaman mereka daripada dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah. Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana sahaja asalkan cukup cahaya untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk meletak polibeg.

Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok diberikan terus ke akar tanaman.

Teknologi sistem fertigasi ini paling praktikal dibuat di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) untuk mengelakkan tanaman yang ditanam tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk dan buah yang disebabkan oleh percikan hujan. Selain daripada melindungi tanaman daripada jangkitan penyakit, SPH juga dapat mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair akibat air hujan dan mengakibatkan pertumbuhan pokok terjejas dan hasil merosot.

Sistem Fertigasi:

Tanaman cili - cara tanam cili Sistem Fertigasi

Demikian penerangan ringkas tentang tanaman cili secara Fertagasi. Kalau Anda nak tahu dengan lebih detail lagi pasal cara tanam cili dengan kaedah Fertagasi bolehlah rujuk pautan ini ~ http://abiagro.com.my/v1/artikel. Selain tu anda boleh Download Proposal Projek Usahawan Cili-Fertigasi (PERCUMA) di SINI. Semoga ianya bermanfaat.

PS: Selagi mana ada ikan, ada keropok lekor, ada kilang sos cili, adalah jualan cili.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us


    Rating for pelikbinajaib.com