Semakan pinjaman PTPTN – Cara semakan baki pinjaman PTPTN
By admin on Dec 15, 2011 with Comments 0
Semakan pinjaman PTPTN – Cara semakan baki pinjaman PTPTN. Sekarang sudah ada kemudahan kepada peminjam untuk mengetahui baki pinjaman pendidikan dan pendeposit.
Jadi kepada pembaca blog PelikBinAjaib.com yang mempunyai tunggakan bayaran PTPTN dan ingin mengetahui baki deposit dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) anda secara cepat dan tepat, Anda boleh menggunakan telefon mudah alih. Cuma taipkan:
Untuk semakan baki pinjaman pendidikan anda:
PTPTN PINJAM NOKP NOPIN
Contoh: PTPTN PINJAM 880512019989 123456 atau PTPTN PINJAM RF123456 987654
atau
Untuk semakan baki Skim Simpanan Pendidikan Nasional anda:
PTPTN SSPN NO AKAUN SSPN
Contoh: PTPTN SSPN 017704190598986
atau
Untuk mendapatkan Nombor Pin anda:
PTPTN NOPIN NOKP
Contoh: PTPTN NOPIN 820504159636
Untuk semakan status pelajar Senarai Hitam di PTPTN:
PTPTN LEGAL NOKP NOPIN
Untuk semakan jumlah pelepasan cukai bagi tahun 2007 untuk SSPN:
PTPTN SSPN CUKAI NOKP
Contoh: PTPTN SSPN CUKAI 670211029119 atau
PTPTN SSPN CUKAI RF1700150000
dan hantar ke 33199
Caj sebanyak RM0.50 / 50 sen akan dikenakan bagi setiap SMS yang dihantar. Perkhidmatan ini beroperasi 24 jam sehari.
Sedikit maklumat tentang PTPTN yang ingin Admin kongsikan, buat tambah informasi sikit:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
Ok, jadi kepada Anda yang belum menjelaskan lagi pinjaman bolehlah buat dengan segera. Nanti nak bercuti ke luar negara pun susah, kena tahan di imegrisen pula. Sekian.
Artikel yang berkaitan:
Filed Under: informasi









