Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Semakan Nama Calon Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2012

Semakan Nama Calon Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2012. Perhatian kepada calon program latihan khidmat negara bagi sesi 2011, kini anda boleh mula membuat semakan nama Anda. Bermula 11 Julai lalu mereka yang lahir pada tahun 1994 boleh membuat Semakan Nama Calon PLKN 2012 untuk mengetahui sama ada mereka terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi sesi tahun depan 2012.

Semakan status pemilihan pelatih PLKN Siri 9/2012 – Di bawah Admin PelikBinAjaib.com sertakan beberapa cara untuk menyemak nama iaitu secara online dan SMS:

Cara Semakan Secara online PLKN 2012:

PELATIH TERPILIH SIRI 9/2012 (Untuk Remaja Kelahiran 1994)
Anda boleh layari laman web Khidmat Negara dan isikan nombor kad pengenalan diruang yang disediakan.
Pautan: http://apps1.khidmatnegara.gov.my/terpilih
Pautan berkaitan: http://www.khidmatnegara.gov.my/

Cara Semakan PLKN melalui khidmat SMS:

Taip PLKN SEMAK [Nombor IC] hantarkan ke 15888.

Taip PLKN KEM [Nombor IC] hantarkan ke 15888.

Info: semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-40274747

Maklumat Kemaskini:

  • 02 Nov 2011 – Muat Turun Borang Permohonan Pertukaran Kumpulan/Kem Pelatih PLKN
  • Buat pengetahuan Anda server laman capaian Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), iaitu www.khidmatnegara.gov.my kini mengalami kesesakan trafik teruk akibat capaian yang terlalu tinggi.

    Bahagian Komunikasi Korporat JLKN dalam satu kenyataan Isnin memaklumkan kesesakan paling teruk dialami pada waktu puncak iaitu dari 8 pagi hingga 12 tengah malam.

    “Kesesakan ini dijangka akan berlaku untuk sementara waktu sahaja,” katanya.

    Calon pelatih boleh membuat semakan melalui khidmat pesanan ringkas dengan menaip PLKN (jarak) SEMAK (jarak) nombor Mykad dan hantar ke 15888.

Menurut kenyataan itu, semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-40274747. – BERNAMA

Nasihat Admin, sila buat semakan awal untuk mengelakkan kesesakan atau server down. Cuba semak sekitar atas 12.00 malam atau sebelum 8.00 pagi waktu tempatan.

Kepada yang berjaya Admin ucapkan tahniah! Admin dulu adalah bach pertama PLKN, tapi Admin tak tersenarai la pula. Adeh..

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com