Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib
88 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Planet baru dijumpai

Planet baru dijumpai – Sebenarnya cerita tentang planet yang baru dijumpai ini sudah lama diketahui umum. Admin teka berita ini keluar pada 932 hari yang lalu Tapi, oleh kerana dalam blog www.PelikBinAjaib.com masih belum mempunyai artikel pasal tajuk nie maka Admin pun cari balik info yang berkaitan dengan planet baru dijumpai.

Tak salah kan. Walaupun Anda sudah tahu, tapi ada juga yang belum tahu, atau pun Anda sudah lupa apakah nama planet baru yang dijumpai tu, betul tak? Cari punya cari Admin jumpalah keratan berita yang berkaitan seperti di bawah.

WASHINGTON 16 Sept. – Ahli astronomi menemui sebuah planet baru di luar sistem solar, yang dipercayai mempunyai kehidupan, sekiranya suhu di planet itu tidak terlalu panas.

planet baru dijumpaiPara saintis telah menemui lebih daripada 300 planet di luar sistem solar setakat ini, tetapi semuanya merupakan planet yang mengandungi gas panas atau planet yang tidak mempunyai permukaan daratan.

Kini sepasukan ahli astronomi dari Eropah mengesahkan mereka telah menemui sebuah planet yang mempunyai permukaan berbatu di luar sistem solar.

“Kami percaya terdapat kehidupan di planet yang mempunyai permukaan berbatu.

“Planet yang kami baru temui ini menyerupai bentuk Bumi. Ia berada hampir dengan matahari,” kata penyelidik bersama Artie Hatzes, yang juga pengarah Makmal Penyelidikan Thuringer di Jerman.

Beliau berkata, kedudukannya yang terlalu dekat dengan matahari menyebankan suhu di permukaan planet itu melebihi 3,600 darjah Fahrenheit, terlalu panas untuk didiami.

Ia mengelilingi matahari selama 20 jam sehari, berputar pada kelajuan 466,000 batu sejam. Secara perbandingan, planet Marikh, planet yang paling dekat dengan matahari melengkapkan pusingannya mengelilingi orbit solar dalam masa 88 hari.

“Ia terlalu panas, mereka memanggilnya planet lava,” kata Hatzes.

Ia merupakan penemuan yang hebat dalam mencari planet baru untuk manusia di alam semesta ini, kata pakar luar, Alan Boss dari Institut Carnegie.

Penemuan planet baru itu telah dibentangkan pada satu persidangan di Barcelona, Sepanyol hari ini. Planet itu yang dikenali sebagai Corot-7b mula dikesan pada awal tahun ini.

Saintis Eropah membuat pemerhatian berterusan ke atas planet itu untuk mengukur densitinya bagi membuktikan bahawa ia mempunyai permukaan berbatu seperti Bumi. Ia mempunyai radius satu setengah kali lebih besar daripada Bumi.

Penemuan ini meyakinkan saintis bahawa mungkin terdapat lebih banyak planet yang menyerupai Bumi yang mempunyai kehidupan, kata Boss. – Agensi

Ok, menurut berita di atas, nama planet yang baru ditemui itu adalah Corot-7b. Tapi berita tu adalah berita tahun 2009-2010 yang lalu. Pada akhir 2011 lalu ditemui pula sebuah lagi planet baru yang dinamakan Kepler-22b. Planet ini pula lebih 2.4 kali lebih besar dari bumi dan mengambil masa hanya 290 hari untuk mengelilingi bumi. Selalu sungguh diorang jumpa planet baru (Rujuk sini).

PS: Apa pendapat Anda setelah membaca artikel tentang Planet baru dijumpai di atas?

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com